
Sama ada nasi atau periuk nasi yang bermasalah, nasi yang anda masak adakalanya cepat basi. Pasti anda pernah menghadapi masalah sebegini bukan? Penat bertukar jenis beras, dan cuba pelbagai jenis petua. Namun perkara yang sama tetap berlaku. Memang rugi!

Apa kata anda cuba pula petua ini. Ketika hendak memasak nasi, ambil sedikit bunga cengkih bersama secubit garam. Basuh beras bersama-sama cengkih hingga sebati kemudian barulah dibilas dan ditanak seperti biasa hingga masak.

Hasilnya nasi yang anda masak dapat tahan lebih lama. Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tip Dapur Bersih Berkilat, Tabur Bahan Ini & Tuang Cuka

Biasanya dapur di rumah jarang bersih berkilat begini, pasti akan ada kesan minyak hitam yang melekit selain sisa sisa masakan yang melekat di celah dapur.
Melihat perkongsian Dapur Pak San yang berkilat macam baru ini mesti ramai yang tertanya-tanya apa tip yang digunakan. Ini cara yang beliau kongsi.
Guna cara ini supaya dapur bersih, berkilat macam baru

Ramai bertanya dan nak tahu cara untuk kilatkan dapur seperti baru. Ini caranya;
1. Tabur baking soda dan garam atas dapur.
2. Kemudian sabun cecair cuci pinggan. Lumur seluruh bahagian dapur supaya bahan tadi kena semua tempat.
3. Selepas sapu rata, tutup bahagian dapur yang dilumur tadi guna tisu dapur (boleh lihat gambar di atas)
4. Kemudian tuang cuka, pastikan cuka meresap dan basah. Biarkan dalam 1 jam, selepas itu buka dan gosok guna besi pengosok periuk. Insya-Allah kotoran degil atas dapur senang bersih.
5. Nak bersihkan belakang kuali dan periuk pun boleh gunakan cara yang sama.
Selamat mencuba.
Sumber: Dapur Pak San
Daun Kesum 2 Minggu Masih Segar. Begini Cara Simpan Supaya Tahan Lama

Daun Kesum memang sedap jika letak dalam masakan. Baunya yang wangi memang membuka selera. Cuma masalah jika beli daun ni adalah jumlahnya yang banyak serta tak tahan lama. Guna dalam masakan pun bukannya banyak. Andai simpan di ruang penyimpanan yang biasa, daun kesum tak boleh tahan lama dan pasti kering atau layu.
Namun ada petua yang boleh dicuba.
Guna cara yang dikongsi oleh saudari Effa Latifah Hashim ini, lebihan kesum yang dibeli boleh tahan lebih lama malah kekal segar seperti baru dibeli. Gambar yang dikongsi ini juga adalah kesum yang telah disimpan lebih dari 2 minggu. Nampak elok lagi kan? Nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
CARA SIMPAN KESUM AGAR KEKAL SEGAR & TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
Daun kesum
Bekas minuman berpenutup
Air tapis
CARA-CARA:
1. Masukkan lebihan kesum ke dalam bekas minuman.
2. Letak air tapis kemudian tutup dengan penutupnya.
3. Simpan dalam peti sejuk. Bila hendak diguna, baru buka penutup dan ambil.
4. Bila air keruh, tukar dengan air baru. Pastikan hanya tukar setengah sahaja.
Kredit petua & foto: Effa Latifah Hashim
Dapatkan lebih banyak petua yang mudah & praktikal di laman web RASA:
Tip Masak Ayam Goreng Yang Sempurna & Tak Berdarah Bila Diangkat
Cara Buat Cili Kisar , Boleh Tahan Selama Sebulan Dan Tidak Berbau
Tonton lebih banyak video tip & trick di Youtube @Majalah Rasa Official
Guna Sudu Plastik Saja, Cara Senang Keluarkan Biji Rambutan


Musim rambutan berlambak, tapi leceh kalau tergigit biji kan.
Jom kita ikut cara senang yang dikongsi Amanda Tan keluarkan biji rambutan pakai sudu plastik saja. Buah masih kekal elok. Janji selamat, senang dan cepat.
Kata Amanda, dia kongsikan cara ini supaya rambutan boleh diolah dengan buah lain untuk dijadikan resipi manisan. Tak payah beli dari tin yang penuh dengan bahan pengawet.

Paling penting, budak-budak kecil boleh makan dengan selamat tanpa biji. Biar lama asalkan selamat untuk budak budak.
Caranya mudah saja:
*Kupas kulit rambutan terlebih dahulu.

*Guna sudu plastik jernih (seperti dalam gambar).

*Masukkan bahagian tangkai sudu ke dalam bahagian buah rambutan.

*Kemudian, putar-putar tangkai sudu sehingga biji rambutan tercabut. Tarik keluar sudu bersama biji tersebut.

Kredit: Amanda Tan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedapnya Bistik Daging, Resipi Istimewa Daripada Tok Sendiri
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

