Bagi peminat burger, anda mempunyai satu lagi pilihan kedai burger yang sungguh istimewa. Burger hidangannya sungguh mewah dan rasanya pasti menepati cita rasa anda semua.
MHR Burger bermula hanya dari depan rumah. Berbumbungkan khemah dengan saiz 10×10 dan berlantaikan tanah, pada tahun 2008 di Bandar Sunggala. Selain berniaga di depan rumah, pemilik MHR Burger juga berniaga di pasar malam sekitar kawasan Port Dickson 3 kali seminggu.
Dari depan rumah, MHR Burger berpindah di kawasan gerai makan di Bandar Sunggala. Gerai mereka menumpang tapak di salah satu gerai di situ. Rezeki mereka terus dilimpahi apabila pemilik kantin sekolah dan pemilik dewan makan di Politeknik Port Dickson datang untuk mempelawa mereka berniaga di tempat mereka.
Pada tahun 2018, MHR Burger membuka cawangan pertama di Port Dickson bertempat di No 11 Jalan Remis 2, Medan Remis, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bagi yang suka makan banyak dan tercari-cari kedai yang menjual nasi murah tapi dalam kuantiti yang besar, lokasi yang RASA kongsikan kali ini memang wajib anda terjah.
Kedai Nasi Bukit Padang Jawa; nama yang tidak asing lagi bagi penduduk-penduduk sekitar Shah Alam dan Klang. Ini kerana kedai ini sememangnya terkenal dengan menunya yang luar biasa. Jika anda menikmati hidangan disini, portion yang dihidangkan memang sangat besar. Mana tidaknya, sepinggan nasi goreng boleh dikongsi hingga 2-3 orang. Memang menimbun!
Malah kedai ini juga menjadi pilihan pelajar-pelajar universiti untuk datang makan bersama kawan-kawan. Selain hidangan yang besar, harganya juga amat berpatutan. Untuk sepinggan nasi goreng yang menimbun tu, harganya dalam anggaran RM5-RM10 sahaja bergantung kepada jenis-jenisnya. Pendek kata, kalau sekali makan tu, memang tersangat kenyang dan duit pun tak habis banyak.
Selain aneka nasi goreng, kedai Nasi Bukit Pada Jawa juga ada menawarkan pelbagai menu lain. Antara sajian yang menjadi kegemaran dan mendapat permintaan ramai adalah Nasi Ayam Penyet, Pecel Lele, Nasi Ayam, Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Ayam. Air Kelapa dan aneka air gelas besar. Memang top sale!
Bagi penggemar Kambing Bakar, kedai ini juga ada menjual menu ni. Dengar kata, antara yang tersedap di Padang Jawa. Ha…Andai ke sini, anda bolehlah cuba nanti.
Kedai Nasi Bukit Pada Jawa dibuka setiap hari kecuali Jumaat ( tutup setiap 2 minggu sekali) bermula jam 12.30 tengah hari hingga 11 malam.
INFO KEDAI: NASI BUKIT PADANG JAWA
ALAMAT: Jalan Mat Raji, Padang Jawa, 40200 Shah Alam, Selangor.
WAKTU OPERASI: Isnin-Ahad :12.30 tengahari -11.00 malam
WAJIB CUBA: Nasi Ayam Penyet, Pecel Lele, Kambing Bakar, Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Ayam, Nasi Ayam, Air Kelapa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Saat bersama keluarga di kala Ramadan memang dinantikan. Tambah lagi dapat menikmati makanan kesukaan bersama keluarga, apa kata raikan Ramadan ini dengan membawa yang tersayang ke restoran pilihan.
Kunjungan ke Restoran White & Black Lakeside Titiwangsa pasti tidak mengecewakan. Suasana sekeliling juga tenang dan mendamaikan. Sejak dibuka, restoran ini menjadi tarikan kepada peminatnya yang inginkan suasana makan yang santai.
Berbuka puasa sambil menikmati pemandangan tasik pasti menyeronokkan. Sempena Ramadan, restoran ini menyediakan bufet Ramadan dengan menu Western dan Melayu.
Ketua Pegawai Eksekutif White N Black Lakeside Titiwangsa, Mohd Firdaus Jamaluddin berkata, antara menu di sini adalah western dan Melayu. Bermula dari kuih muih melayu sehinggalah piza. Lebih menarik terdapat Asam Pedas Salmon, Chicken Grill dan yang pasti ditunggu-tunggu ialah Kambing Golek, Fresh Oyster dan Fresh Prawn.
White & Black Lakeside Tasik Titiwangsa merupakan restoran berasaskan makanan barat namun turut menampilkan menu istimewanya ‘Asam Pedas Salmon’ dengan menggunakan resipi tersendiri. Kambing golek juga antara tarikan menu di sini.
Restoran ini mampu memuatkan lebih kurang 150 orang pada suatu masa.
Harga bufet Ramadan bermula dari RM69.90 (kanak-kanak) berumur 7 hingga 12 tahun. Tambah Mohd Firdaus harga early bird RM110 dikekalkan sehingga 20 April 2023.
Pihak restoran juga menyediakan ruang solat yang luas dan selesa, kaunter zakat serta busker di hujung minggu.
Jom buat tempahan di Facebook White & Black Lakeside Titiwangsa KL dan Instagram White_blacktitiwangsa.
Biasanya kita makan nasi lemak dengan ayam goreng berempah, kan? Pernah tak terfikir nak makan nasi lemak dengan ikan siakap yang digoreng rangup? Siap ada sup tauhu. Haaaa itulah keistimewaan nasi lemak kukus di Restoran Ngeteh Santai.
Ya, memang kedengaran macam pelik tapi setiap hari orang ramai sanggup menunggu meja kosong untuk duduk makan nasi lemak kukus ikan siakap goreng ini. Ini diakui sendiri oleh pemilik stall Dapo Kecik Kubisbunga, Nur Maisarah binti Mat Noh yang mesra dipanggil Sara.
Nasi lemak kukus ikan siakap goreng dimakan dengan sup tauhu.
Terletak di restoran Ngeteh Santai, stall nasi lemak kukus ikan siakap goreng menyediakan pelbagai menu nasi lemak. Namun yang paling mendapat perhatian adalah nasi lemak yang dimakan dengan ikan siakap goreng.
“Keunikan dan keistimewaan nasi lemak kukus di stall kami adalah setiap menu dihidangkan panas-panas. Kami akan kukus dan goreng ikan siakap selepas ianya dipesan. Jadi memang panas dan pasti pelanggan lebih berselera untuk makan,” kata Sara.
Set nasi lemak ayam goreng berempah.
Selain ikan siakap goreng, variasi nasi lemak di sini adalah Nasi Lemak Kukus Rendang Ijo dan Nasi Lemak Kukus Ayam Goreng Berempah. Nasi lemak di sini dihidangkan panas-panas bersama sup tauhu.
“Rendang ijo di sini juga mendapat permintaan tinggi kerana dimasak dengan cara istimewa. Biasanya rendang ijo ini terdapat di Negeri Sembilan tapi kami bawakan kepada pelanggan di sini iaitu di Batu Pahat, Johor.”
Ayam dan ikan hanya digoreng selepas dipesan. Jadi boleh makan panas-panas.
Stall nasi lemak kukus ini memulakan operasi sejak Jun 2020 yang lalu. Apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), restoran sudah boleh beroperasi dengan syarat yang tertentu.
“Saya menyewa stall di restoran Ngeteh Santai dan memilih untuk menjual nasi lemak. Nasi Lemak dengan orang Malaysia tak dapat dipisahkan jadi saya pilih menu ni sebab sangat dekat dengan cita rasa orang tempatan tak kira bangsa.
Alhamdulillah sambutan dari hari pertama hingga hari ini amat menggalakkan. Sehingga kami terpaksa tambah meja, tambah kerusi dan juga tambah pekerja. Waktu kemuncak di sini adalah dari jam 8 malam hingga 10 malam. Ada pelanggan sanggup tunggu meja kosong kerana nak makan nasi lemak kukus kami yang berbeza daripada kedai lain.”
Suasana pada waktu malam.
Pelanggan yang datang makan di sini.
Happy customer.
Menurut Sara, dia mengusahakan katering dan servis penghantaran makanan bersama arwah ibunya selama hampir lapan tahun. Selepas ibunya meninggal dunia, Sara meneruskan legasi bisnes ini dengan cara membuka stall di Ngeteh Santai.
“Lagipun di sini lokasinya menarik. Tepi Sungai Batu Pahat. Saya jemput orang ramai sekitar Batu Pahat Johor ini untuk cuba Nasi Lemak Kukus Ikan Siakap Goreng yang dimakan dengan sup tauhu. Sangat sedap! Ngeteh Santai adalah restoran berkonsep stall. Jadi boleh cuba pelbagai jenis makanan di sini.”
Boleh rujuk menu ni untuk info harga ya.
NAMA RESTORAN: Ngeteh Santai NAMA STALL: Dapo Kecik Kubisbunga LOKASI: No. 210, Jalan Shahbandar, Batu Pahat, Johor (Belakang Klinik Nur) WAJIB CUBA: Nasi lemak kukus ikan siakap goreng
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Ketahui mengapa kuih tradisional masih relevan dan patut diberi peluang kedua dalam dunia moden. Kupasan mendalam tentang keunikan, sejarah dan potensi kebangkitannya.