Ramai suka makan sup kaki lembu tetapi kurang arif bab nak proses kaki lembu mentah untuk dijadikan sup. Agak leceh prosesnya tapi berbaloi dengan hasil sup yang bakal dinikmati nanti. Memang sedap! Jom lihat cara-cara nak bersihkan kaki lembu perkongsian dari saudara Abdul Muhaimin Mahfuz.
CARA-CARA BERSIHKAN KAKI LEMBU UNTUK DIBUAT SUP
1. Kaki lembu yang belum diproses. Menu paling sedap untuk masak bahagian ini adalah sup.
2. Mulakan dengan membakar kaki lembu hingga hangus bulunya dan ‘kasut’nya. Pastikan bakar dengan api terus seperti dalam gambar atau guna kayu api pun boleh.
3. Bakar hingga betul-betul rentung seperti ni. Cara untuk tahu kaki lembu ni sudah boleh diangkat atau tidak ialah dengan cara mencungkil menggunakan pisau atau mata parang. Jika ia senang terkopak, itu tandanya kaki lembu ini sudah boleh diangkat dari api.
3. Bersihkan kaki lembu yang telah dibakar tadi dengan mengikis bulu yang hangus serta membuang ‘kasut’ nya. Proses ini agak renyah dan agak susah namun berbaloi dengan hasilnya. Berhati-hati ketika membersihkan kaki lembu ini kerana ia masih panas. Boleh guna tukul, pisau dan sebagainya untuk memudahkan kerja.
4. Kaki lembu yang telah siap dibersihkan.
5. Potong menjadi bahagian-bahagian kecil supaya senang dimasak, mudah lembut dan senang dimakan. Hanya potong guna pisau kerana bahagian ni lembut.
6. Bersihkan kaki lembu dengan membuang kesan-kesan arang. Kemudian bolehlah direbus dengan api sederhana selama 4 jam. Boleh juga guna periuk tekanan untuk mempercepatkan proses memasak.
7. Masak hingga kaki dan urat menjadi lembut.
8. Kemudian bolehlah masukkan aneka bahan-bahan sup yang lain mengikut resipi kegemaran anda.
9. Ha…Tak ada lah susah mana nak bersihkan kaki lembu ni kan? Jadi, lepas ni puan-puan bolehlah cuba masak sup kaki lembu pula. Memang sedap! Selamat mencuba!
Kredit foto & petua: Abdul Muhaimin Mahfuz
Link asal: SUP KAKI LEMBU
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
5 Jenama Air Fryer Terbaik Boleh Beli Dengan Harga Bawah RM200
5 Resipi Homemade Paling Mudah & Sedap Boleh Masak Guna Cendawan
Nak Buat Mi Goreng Basah Paling Sedap? Macam Ni Rupanya Cara Masak Betul
Aneka Resipi Mufin Gebu Yang Mudah & Sedap. Sesuai Untuk Hari Raya Aidiladha.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI