Cerek adalah antara kelengkapan di dapur yang kita wajib guna setiap hari. Namun, ada kalanya cerek elektrik ( berbadan plastik) yang terlalu lama digunakan mempunyai kesan karat air yang tidak menyenangkan. Walaupun dibasuh menggunakan span, kesan tersebut masih ada dan tidak bersih sepenuhnya.
Ada petua yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini. Kaedah ini menggunakan bahan-bahan yang selamat dan tanpa bahan peluntur kimia berbahaya. Anda hanya memerlukan:
CARA BERSIH KESAN KARAT AIR PADA CEREK
BAHAN-BAHAN:
- Air – jumlahnya sehingga memenuhi paras cerek yang kotor
- Cuka makan – jumlahnya 2/3 jumlah air
CARA-CARA:
1. Campurkan air bersama cuka. Kacau sebati.
2. Masukkan air yang dicampur dengan cuka tadi ke dalam cerek elektrik, didihkan dan biarkan semalaman.
3. Selepas itu, basuh dan sental guna span lembut di bahagian yang ada karat air.
4. Bilas menggunakan air bersihdan keringkan. Hasilnya, cerek anda akan kelihatan lebih bersih dari biasa.
ATAU anda juga boleh gunakan buah lemon! Caranya sama seperti yang menggunakan cuka tadi.
BAHAN-BAHAN:
- Air – jumlahnya sehingga memenuhi paras cerek yang kotor
- 1 biji lemon – hiris
CARA-CARA:
- Isikan air ke dalam cerek dan masukkan buah lemon.
- Didihkan air seperti masak air biasa. Kemudian rebusan air bersama lemon selama semalaman atau beberapa jam.
- Gosok permukaan dalam cerek dengan span lembut hingga bersih. Bilas dan keringkan.
- Hasilnya cerek anda lebih bersih berbanding sebelum.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI