Apam pisang ni memang sedap. Kalau makan satu je mesti tak cukup. Nak beli pun agak mahal, lebih baik buat sendiri di rumah. Pastinya lebih gebu dan sedap. Bahan yang digunakan pun ringkas dan tidak susah. Jom kita cuba buat apam pisang menggunakan resipi oleh saudari Junainah Borhan.
Tidak dinafikan Rendang Kerang memang sedap, cuma nak mengopeknya ambil masa, tapi bila sudah masak berbaloi dengan rasanya yang sedap. Resipi lebih kurang masak rendang yang lain, cuma anda tidak perlu tunggu lama di dapur kerana tidak perlu masak lama. Anda yang ingin mencuba, berikut resipi disertakan di sini.
RENDANG KERANG BAHAN-BAHAN:
3 kg kerang | dibersihkan dan tos
1 liter santan pekat
2 helai daun kunyit | dicarik-carik
5 batang serai | dititik
1 keping asam gelugur
3 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukup rasa BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
3cm lengkus
3cm kunyit
CARA MEMBUAT:
Rebus kerang seketika. Kemudian keluarkan isi dan ketepikan.
Masukkan santan ke dalam kuali bersama bahan kisar.
Masak sehingga kuah menjadi pekat.
Seterusnya, masukkan kerang, daun kunyit, serai titik, asam gelugur, kerisik, garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan kacau selalu sehingga rendang kering.
Kuih getas merupakan kuih tradisional yang sangat unik kerana rasanya yang lemak manis. Ada yang juga memanggil getas-getas atau gegetas. Cara penyediaannya antara yang paling senang berbanding kuih tradisional yang lain. Uli, gentel dan goreng je. 10 minit dah boleh siap! Rasanya yang lembut dan kenyal itu menjadikan ia amat diminati dan sering dijadikan sebagai hidangan minum petang seisi keluarga.
KUIH GETAS
BAHAN-BAHAN
1/2 biji kelapa parut
2-1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 cwn air (atau secukupnya)
1 sudu teh garam
Untuk sira gulanya
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
CARA PENYEDIAAN
Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat.. nanti susah nak bentuk), uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa.
Bentukkan doh sebesar nugget
Goreng dengan api sederhana.
Air dan gula dimasak dalam kuali, biar betul-betul pekat baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Kacau hingga kering.
Air dan gula dimasak hingga pekat. Berbuih macam ni tanda gula telah pekat.
Masukkan kuih yang telah digoreng dan boleh tutup api, kacau hingga jadi seperti ini.
Bila sebut mengenai petai, selain dibuat ulam ia juga sesuai dicampur dalam pelbagai jenis masakan terutamanya menu bersambal. Lauk paling mudah yang anda boleh sediakan ialah Sambal Udang Petai Cili Padi ni. Sangat senang dan memang cepat masak. Selamat mencuba!
SAMBAL UDANG PETAI CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
500gm udang
20 tangkai cili padi merah & hijau – dikisar
4 biji bawang merah saiz besar – dikisar
3 papan petai – dibuang kulit dan dibelah dua
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan airnya.
Panaskan minyak dan goreng petai hingga sedikit layu. Angkat.
Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis cili padi dan bawang yang dikisar hingga garing dan masak.
Perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya. Gaul rata dan biar hingga pecah minyak.
Masukkan udang dan gaul hingga sebati. Biar udang hingga 1/2 masak.
Seterusnya masukkan petai yang dah digoreng tadi. Gaul hingga rata sekali lagi.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.