
Mudahnya nak buat Ayam Popcorn homemade perkongsian saudari Amie Samuri ni. Sesuai dijadikan kudapan anak-anak sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina ni. Bahan yang digunakan pun sangat ringkas dan mudah untuk diperolehi. Jom cuba.
RESIPI AYAM POPCORN HOMEMADE
BAHAN AYAM:
- Dada ayam – dipotong dadu
- Lada sulah secukupnya
- Serbuk kunyit secukupnya
- Garam dan perasa secukupnya
BAHAN GORENG:
- Tepung gandum secukupnya ( campur dengan sedikit baking powder) – letak dalam mangkuk
- Telur – dipukul rasa. Letak dalam mangkuk
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan ayam ke dalam mangkuk. Gaul rata dan perap seketika.

2. Ambil isi ayam yang diperap, salut dalam campuran tepung hingga rata.

3. Kemudian celupkan dalam bancuhan telur dan salut sekali lagi dalam campuran tepung.

4. Masukkan dalam minyak panas dan goreng hingga garing dan keperangan.
5. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati bersama sos dan mayones.

Kredit resipi & foto: Amie Samuri
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam Panggang Serai Air Asam Sedap & Mudah, Tak Guna Banyak Bahan

Anda dan keluarga suka sangat nikmati sajian Ayam Panggang? Tentu sekali. Menu ini antara salah satu sajian kegemaran rakyat Malaysia.
Terdapat pelbagai resipi Ayam Panggang yang boleh dicuba. Ada yang lebih ke cara barat, ayam panggang cara Malaysia malah ada juga versi fusion yang diolah penggunaan bahan serta ramuan perapannya.
Resipi perkongsian saudari Adnilsam Apat ni antara yang terbaik dan boleh dicuba oleh anda yang bercadang nak masak menu ni untuk keluarga. Lengkap dengan resipi Air Asam. Tengok gambar je pun dah emmbuka selera. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI AYAM PANGGANG SERAI AIR ASAM
1. AYAM PANGGANG

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana – boleh masak seekor atau potong empat
BAHAN PERAP:
7 ulas bawang putih – tumbuk halus
3 batang serai – hiris nipis dan tumbuk halus
1 sudu makan (penuh) serbuk lada hitam kasar
3 sudu makan gula perang – beli online disini
2 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu teh paprika – beli online disini
1 sudu teh serbuk cajun – beli online disini
4 sudu makan minyak jagung – beli online disini
1/2 biji jus perahan limau nipis
Garam secukup rasa
Aji – optional
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan perapan dan gaul sebati. Lumur pada ayam hingga rata.
2. Perap ayam sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman dalam peti sejuk.
3. Untuk memasaknya, panggang ayam dalam ketuhar pada suhu 200C selama 1 jam atau hingga ayam cukup masak.
4. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama air asam.
2. AIR ASAM

BAHAN-BAHAN:
1 kuntum bunga kantan – hiris nipis
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit hirisan daun kesum
Sedikit hirisan daun bawang
1 ulas bawang kecil – hiris nipis
1 sudu teh serbuk beras pulut sangai ( thai toasted rice powder) – beli online disini
4 sudu makan sos ikan – beli online disini
3 sudu makan gula kelapa thai ( thai palm sugar) – boleh ganti dengan gula perang – beli online disini
1 sudu makan pes asam jawa – larutkan dengan sedikit air panas
2 sudu makan thai chilli flakes – beli online disini
3 biji limau nipis – ambil perahan jusnya
1 sudu makan minyak masak/zaitun/jagung – optional
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kacau sebati. Sesuaikan rasa dengan selera anda.
2. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ayam bakar.
Kredit resipi & foto: Adnilsam Apat
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jom Cuba! 24 Resipi Sambal Pelbagai Jenis Citarasa Orang Malaysia
Asam Pedas Daging Tetel Sedap, Resipi Mudah Boleh Masak Hari-Hari
Resipi Bingka Kelapa Muda, Kuih Tradisi Banjar Paling Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Kiub Pati Ayam Homemade Guna Tulang Rangka

Stok ayam ni banyak gunanya. Selain dijadikan bahan perasa dan penyedap pada masakan, ia juga menjimatkan masa memasak. Hanya dengan satu kiub sahaja ia boleh menjadikan masakan anda beraroma serta lazat!
Nak cuba buat sendiri? Jom kita lihat bahan-bahan serta cara-cara penyediaannya yang dikongsi oleh blog http://annuranna.blogspot.my/2016/04/resepi-stok-ayam-homemade-tanpa-msg.html . Untuk kiub pati ayam homemade ini, ia mampu bertahan 3-5 hari jika disimpan dalam peti sejuk biasa dan 2 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk beku.
CARA BUAT KIUB PATI AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Tulang ayam, leher, kepak dan sedikit isi
- 2-3 ulas bawang putih | dihiris
- 1-2 biji bawang merah | dihiris
- 1 batang kulit kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 1 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga cengkih
- 1 sup bunjut | optional
- 1 pelepah daun saderi | dihiris
- 1/2 batang lobak merah | dihiris
- Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Rebus kesemua bahan sehingga mendidih.


2. Lepas mendidih, kecilkan api dan renehkan sup hingga airnya tinggal separuh. ( Empunya resipi biasa rebus 4-6 jam. Sebabnya nak keluarkan segala aroma, rasa dan khasiat dari tulang temulang dan isi ayam tu)
3. Dah masak, tapiskan airnya. Ambil isi ayam, batang saderi sikit (batang sahaja) dan lobak untuk dikisar. Bahan-bahan lain dibuang termasuk tulang-tulang.
4. Letakkan stok ayam dalam tray ais untuk dibekukan.


5. Untuk mudah disimpan, selepas kiub pati ayam beku, keluarkan dari tray dan simpan dalam bekas lain. Letak kembali dalam peti sejuk beku dan guna pada bila-bila masa.

Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: http://annuranna.blogspot.my/2016/04/resepi-stok-ayam-homemade-tanpa-msg.html
Resipi ni juga lebih cepat dimasak guna PRESSURE COOKER. Tak tahu nak pilih yang mana? Boleh tengok-tengok DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Cuba juga resipi-resipi terbaik dari laman web RASA.
Ni Dia 4 Jenis Gulai Lemak , Kesedapannya Melekat Di Ingatan
Sepinggan Tak Cukup. Nasi Goreng Ikan Cili Tumbuk Ni Memang Sedap.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Ayam Masak Kicap, Lauk Ringkas Pembuka Selera

Lauk ayam masak kicap ni memang terkenal dalam kalangan masyarakat Jawa. Dalam kenduri kahwin atau musim perayaan memang ayam masak kicap akan menjadi pilihan. Lauk ini juga turut ada sebagai salah satu lauk dalam juadah nasi ambeng. Senang cakap, ayam masak kicap adalah salah satu lauk utama dalam masyarakat Jawa dan ianya memang sedap serta menyelerakan.
AYAM MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN
• 1/2 ekor ayam (dipotong kecil-kecil)
• Minyak masak
BAHAN TUMBUK
• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 4-5 cili padi merah
• 2 inci halia
• Jintan manis
• Lada putih
BAHAN LAIN
• Serbuk ketumbar
• Kicap manis
BAHAN HIASAN
• Tomato
• Cili besar merah
CARA MEMBUAT
1. Goreng ayam. Ketepikan.
2. Tumis semua Bahan Tumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam yang sudah digoreng.
4. Masukkan serbuk ketumbar dan kicap. Kacau.
5. Masukkan Bahan Hiasan dan biarkan seketika. Angkat.
Resipi Oleh Dapur Kak Zura dari Telegram KakiMakan

