Kali ini RASA ingin kongsikan resipi membuat tepung goreng pisang yang gerenti rangup dan sedap. Resipi ini dikongsikan oleh surirumah, Rafidah Zainul di laman facebooknya. Siap ada bijan. Bolehlah kita try buat.
CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk, masukkan tepung beras, tepung rangup, bijan, garam dan gula.
2. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
3. Bancuhan cair sahaja, asalkan bersalut pada pisang.
Ads
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak masak.
2. Celup pisang pada bancuhan.
3. Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.
Bila time raya, kerepek sebenarnya lagi cepat laris berbanding biskut raya. Rangup dan berempah, kunyah-kunyah sedar-sedar dah habis sebalang. Dahlah tu mudah, murah dan cepat.
Jom tengok resipi kerepek ketam dar Nurul Natrahtul dan kerepek gunting cara Nick Myra.
KEREPEK KETAM
BAHAN-BAHAN : 1kg isi ketam 1 sudu besar tepung gandum*jangan letak sesuka hati nnt tak rangup 3 sudu besar serbuk kari daging daun kari(ikut suka)
CARA MEMASAK : 1. Carik2 dulu isi ketam tadi,lagi halus lagi cepat masak. Kemudian letak dalam satu mangkuk besar dan letakkan semua bahan2 tadi tepung,serbuk kari dan daun kari. Gaul sebati. 2. Panaskan minyak,dah agak2 panas boleh start menggoreng,make sure korang tak letak sekali banyak sebab bila menggoreng isi ketam ni akan mengembang 3. Bila dah agak keperangan boleh angkat dan toskan minyak,biarkan sejuk seketika sebelum masuk ke dalam botol . Siap.
Kredit :nurul natrahtul
KEREPEK GUNTING
BAHAN-BAHAN : 1kg tepung gandum 500gm tepung ubi 1 biji telur daun kari *10 tangkaicili kering(nk pdas blh lebihkan) *1genggam udang kering(Rm4) *1genggam garam kasar(5@6sdb) *1sudu besar serbuk perasa.
CARA MEMASAK :
1. Kisar bahan bertanda *. 2. Masukkan tepung gandum dgn tepung ubi ke dalam bekas. 3. Masukkan telur dan bahan kisar, masukkan sedikit air,uli sebati dan jangan lembik.
Hidangan Gulai Kurma Ayam ni memang popular di kalangan orang kita. Memang sedap bila masak kuahnya pekat dan bau harum. Tambah pula dengan gabungan lauk lain, lagi bertambah makan. Dan kali ini, kita kongsikan resipi gulai kurma ayam Kelantan yang dimasak cikgu Afy AL Habibi. Memang nampak sedap!
5 ketul ayam 1 biji ubi kentang | dipotong 4 sekawan 3 sudu besar rempah kurma – beli online disini 1 mangkuk air asam jawa (semangkuk air + secubit dua asam jawa) ½ keping nise @ gula melaka – beli online disini ½ sudu besar gula perang 1 sudu kecil garam Secubit dua perasa 150ml santan kotak 1 sudu besar gula perang 1/3 sudu kecil garam
2. Tuang bahan kisar tadi sehingga wangi. Kemudian masukkan 3 sudu besar rempah kurma (jangan penuh membukit sangat setiap sudu ya).
3. Kacau dalam api paling perlahan sehingga terbit minyaknya.
4. Masukkan semangkuk air asam jawa. Perasakan peringkat pertama dengan nisse, gula perang, garam dan secubit dua perasa.
5. Tutup periuk dulu untuk proses pes menjadi pecah minyak. Masih dalam api perlahan. 6. Biar jadi rupa seperti dalam gambar, barulah gulai akan menjadi wangi dan elok kejadiannya.
7. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Saya dah tak tambah air sebab nanti lepas ayam mengecut, airnya akan keluar lagi.
8. Kacau rata sebelum ditutup dengan tudung periuk. 9. Proses ‘palo awah’ ni mengambil masa 20-25 minit untuk memastikan pes meresap dengan baik dan ayam masak sempurna. Gunakan api paling kecil. Kacau sesekali.
10. Seterusnya masukkan santan. Saya guna lebih kurang 150ml (atau ikut kuantiti kuah yang diingini). Saya dah tak tambah air sebab air ayam masih banyak. 11. Seterusnya masukkan perasa peringkat kedua iaitu 1 sudu besar gula perang dan 1/3 sudu kecil garam. Sukatan mengikut citarasa masing-masing.
12. Selepas kuah mula mendidih, masukkan bahan hiasan. Semua bahan boleh digoreng seketika sebelum dicampur sekali. Dah siap.
Malam-malam ni kalau bosan nak makan berat-berat, ummph syok betul kalau dapat hirup sup cendawaan shitake. Kalau nak beli kafe mau terbang Rm 7 lebih semangkuk. Kalau buat homemade boleh guna cendawan segar dan sesuai untuk mereka yang ‘umatnya’ ramai…hehehe.
Ni min kongsikan resipi dari Nana Aziz untuk dicuba, buatlah nanti kejap aje buatnya. Yang penting cendawan shiitake memang diakui berkhasiat. Kalau makan di kafe atau restoran, ntah-ntah dihidang dari dalam tin aje.
SUP CENDAWAN SHIITAKE ALA IKEA
BAHAN-BAHAN :
Bahan dikisar Bersama :
CARA MEMASAK :
1. Ambil bahan yang dikisar bersama, masukkan dalam kuali atau periuk bertangkai. Didihkan hingga mendidih dengan api yang sederhana.
2. Apabila sudah mendidih baru masukkan bancuhan tepung, cendawan yang diracik dan bahan-bahan lain. Jangan tinggalkan kacau sehingga pekat.
3. Kalau kurang pekat tambah lagi bancuhan tepung tadi.
Selamat mencuba
Resepi : NanaAziz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Daging Goreng Cili Padi yang pedas, beraroma dan mudah disediakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua untuk menghasilkan daging yang lembut serta sambal yang padu dan menyelerakan.