Mesti ramai yang suka tempe goreng, kalau korang jemu dengan goreng biasa-biasa, apa kata cuba pulak  goreng tempe dengan keju. Kata orang barulah sesuai dengan selera semasa. Silap-silap yang tak makan tempe pun akan makan.  Apa salahnya mencubakan, dah cuba gerenti nak buat lagi.

BEBOLA TEMPE BERKEJU

Ads

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 200gm tempe | hiris kecil
  • 50gm daging kisar
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 tangkai daun bawang | hiris halus
  • 50gm keju Cheddar | parut
  • 100gm bawang besar | cincang
  • 4 biji telur
  • 2 sudu makan serbuk roti
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

Ads
  1. Panaskan minyak, goreng tempe hingga keperangan. Angkat dan toskannya.
  2. Setelah sejuk, hancurkan tempe tersebut dan ketepikan.
  3. Campurkan tempe yang telah dihancurkan bersama daging kisar dan keju. Gaul rata.
  4. Masukkan pula bawang besar, hirisan daun bawang bersama garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan serbuk roti dan telur kedalamnya dan adun rata.
  6. Sediakan loyang yang dialas dengan plastik yang disapu dengan minyak supaya bahan adunan tidak melekat.
  7. Kukus sajian ini lebih kurang 30 minit atau hingga ia masak.
  8. Setelah masak, potong dengan saiz dan bentuk ikut cita rasa anda.
  9. Panaskan minyak dalam kuali, goreng hirisan tempe yang telah dikukus tadi hingga kuning keperangan.
  10. Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama sos cili

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI