Biskut Mazola adalah salah satu biskut raya popular bila menjelangnya Aidilfitri. Mana tidaknya, nak buat biskut ni sangat mudah. Bahannya pun sangat ringkas. Rasanya pun semestinya sedap. Bagi anda yang masih tercari-cari resipi Biskut Mazola yang enak, resipi perkongsian saudari Suzi Yanti Md Hane ini salah satu yang perlu dicuba.
RESIPI BISKUT MAZOLA
BAHAN-BAHAN:
- 2 1/2 cawan tepung gandum – diayak
- 1/2 cawan gula icing – diayak
- 2 cawan kacang tanah kisar – goreng dulu tanpa minyak. kemudian kisar
- 1 cawan minyak jagung
BAHAN HIASAN:
- Kuning telur secukupnya
- Kacang tanah goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati.
2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga jadi doh yang boleh dikepal. Tak perlu habiskan minyak jika doh telah cantik.
3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah di atasnya. Sapu kuning telur dan bakar hingga masak antara suhu 150C – 180C selama 20-25 minit bergantung pada ketuhar masing-masing.
4. Jika nak buat banyak, gandakan adunan. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Suzi Yanti Md Hane
JANGAN LUPA CUBA RESIPI DI BAWAH NI YA
https://www.rasa.my/cookies-ala-ala-famous-amos-rangup/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI