Sedap kalau makan Roti Kering ni sambil cicah Kopi O panas. Ada geng, sebungkus pun tak cukup. Kalau anda suka makan Roti Kering ni apa kata anda cuba buat sendiri secara homemade. Resipi perkongsian saudari Ayu Watie ni memang mudah. Cubalah.
RESIPI BISKUT ROTI KERING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwic
Marjerin
Gula
CARA MEMASAK:
Ads
1. Ambil roti sandwic dan potong empat. Lakukan hingga habis.
2. Sapu marjerin dan tabur gula pada roti dengan secukupnya.
Ads
3. Susun dalam dulang dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit.
Ads
4. Keluarkan, biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
Barli membantu menyejukkan tubuh terutama bagi mereka yang menghidap demam. Selain dijadikan minuman, barli juga sebenarnya sesuai dijadikan bubur. Tambah sedikit keledek atau lobak merah untuk menambah cita rasanya. Bubur barli yang dihirup suam-suam boleh menyejukkan tubuh dan sekali gus membantu menghilangkan panas badan yang demam.
RASA tampilkan resipi bubur barli untuk anda.
BUBUR BARLI
BAHAN-BAHAN
1 cawan barli (direndam 1 jam dan toskan)
1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar gula merah
1 cawan santan pekat
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Rebus barli dengan 2 cawan air sehingga kembang. Lebih kurang 30 minit.
2. Dalam periuk lain, isi 1/2 cawan air. Kemudian masukkan gula pasir dan gula merah. Biarkan mendidih.
3. Tapiskan bancuhan gula ke dalam periuk berisi barli tadi.
4. Masukkan santan, daun pandan dan garam. Kacau sehingga mendidih lagi.
5. Masukkan ke dalam mangkuk dan sedia hidangkan.
sedikit jus lemon / esen vanilla – beli online DI SINI
.
CARA MEMASAK : 1. Satukan krim keju , susu penuh krim dan kepingan keju di dalam periuk . 2. Untuk versi baby , gantikan gula dengan puri kurma / madu dan langkau penggunaan kepingan keju . 3. Masak di atas dapur menggunakan api sederhana perlahan . 4. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi licin . 5. kemudian masukkan gula , aduk rata . 6. Masukkan pula mentega bersama kuning telur dan juga sedikit jus lemon / esen vanilla . 7. Kacau sehingga adunan menjadi likat . 8. Tutupkan api . 9. Sapukan Bahan B pada Bahan A dan susunkan di dalam loyang pembakar . 10. Ulang proses sehingga selesai . 11. Panaskan oven . 12. Bakar pada suhu 200C selama 10 – 15 minit atau sehingga bahagian atas kelihatan hangus .
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.