Sedapnya Cinnamon Roll ni. Biasanya kalau teringin nak makan, kenalah beli. Tapi menerusi perkongsian saudara Adri Oppa ni, puan-puan boleh buat sendiri. Lebih istimewa lagi resipi ini sangat mudah dan tak perlu adun guna mixer pun. Guna tangan je. Hasilnya? Tentulah gebu. Memang berbaloi.
CINNAMON ROLL SEDAP & MUDAH ULI TANPA GUNA MIXER
BAHAN A:
- 3 1/2 cawan tepung gandum / tepung roti
- 1/4 cawan gula halus
- 2 sudu teh yis
- 1 biji telur A
- 1/4 cawan mentega
- 1 1/4 cawan susu segar
- 1-2 cubit garam
BAHAN-BAHAN LAIN:
- 1 cawan kismis/buah campuran – dicincang
- 1 cawan gula merah + 1 sudu teh serbuk kayu manis
- 1/2 cawan mentega cair
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, gula halus, garam dan mentega. Gaul guna hujung jari (kaedah ‘finger tip’) sampai mentega bergaul rata dengan tepung. Masukkan yis.
2. Masukkan telur dan susu segar. Adun dan uli dengan tangan hingga jadi doh dan tidak melekat pada mangkuk.
3. Rehatkan doh selama 30 minit kemudian leperkan doh menjadi bentuk petak. Pastikan doh tidak terlalu nipis.
4. Sapukan mentega cair diatas doh dan tabur gula merah yang telah digaul dengan serbuk kayu manis. Ratakan.
5. Taburkan juga kismis/buah campuran. Gulung doh seperti membuat kek gulung.
6. Kelim @ matikan bahagian hujung doh. Potong doh dengan ketebalan yang sekata.
7. Susun doh di atas loyang dan letak seperti dalam gambar di bawah.
8. Rehatkan doh sehingga kembang seperti dalam gambar.
9. Bakar doh pada suhu 180C selama 25-30 minit sehingga keperangan atau sedikit kecoklatan.
10. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Adri Oppa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI