Ikan masak apapun sedap, tapi sayang anak-anak sekarang tidak suka ikan kerana tidak mahu bersusah payah membuang tulang. Mak-mak ambik jalan mudah bagi lauk yang tak bertulang seperti  isi ayam.  Jangan kecewa, masalah tulang ikan boleh diatasi dengan cara  mudah ini.  Anda hanya perlu fillet  isi ikan sebelum dimasak dengan menu kegemaran anak-anak.

 Cara Buat Fillet Ikan & Resipi Fish & Chips Yang Anak-Anak Suka.

Pilih Saiz Ikan Yang Betul

Pastikan ikan yang ingin difillet adalah sesuai.  Ikan mestikan bersaiz besar kerana ia mempunyai isi lebih tebal dan mudah dipisahkan dengan tulangnya. Ikan yang kecil kerana isi yang nipis, menjadikan rposes fillet sukar dan isi boleh hancur.

 Cara Buat Fillet Ikan & Resipi Fish & Chips Yang Anak-Anak Suka.

Ads

Ikan Mesti Segar

Ikan segar mempunyai tektur isi yang kenyal dan mudah difillet berbanding ikan lama yang teksturnya lembik dan mudah hancur.  Jika tidak sedia dimasak, fillet ikan boleh anda simpan dalam freezer lebih lama berbanding dengan  ikan yang tidak difillet.

 Cara Buat Fillet Ikan & Resipi Fish & Chips Yang Anak-Anak Suka.

Pisau Mesti Tajam Tajam

Jika membuat fillet ikan anda perlu menggunakan pisau tajam. Proses hirisan isi ikan untuk asingkan dari tulang mesti dilakukan dengan satu hirisan (satu gerakan tangan). Jika pisau tumpul dan membuat dua tiga kali hirisan akan menyebabkan isi ikan hancur dan banyak isi ikan masih melekat pada tulang ikan.

Cara Buat Fillet Ikan & Resipi Fish & Chips Yang Anak-Anak Suka.

 Bahagian  Ikan  Boleh difillet

Ads

Lakukan hirisan fillet dari atas bahagian atas hingga ke bahagian bawah perut ikan.  Isi bahagian ekor tidak perlu difillet kerana isi nipis dan kurang sedap.

Cara Buat Fillet Ikan & Resipi Fish & Chips Yang Anak-Anak Suka.

FISH AND CHIPS

Bahan-bahan A:

Ads
  • 4 keping fillet ikan
  • 100gm tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 150gm serbuk roti
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan B:

  • 100gm mayones
  • 5 biji buah zaitun hitam
  • 3 biji Gherkin
  •  3 ulas bawang putih |kisar
  • 1 biji lemon

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan fillet dengan tepung gandum, kemudian celupkan dalam bancuhan telur sebelum sekali lagi gaulkan dalam serbuk roti.
  2. Panaskan minyak, goreng kepingan fillet ikan sehingga kuning keemasan. Ketepikan.
  3. Untuk Sos, potong halus buah zaitun hitam, gherkin dan bawang putih.
  4. Kemudian masukkan ke dalam mayones dan gaulkan.
  5. Perasakan dengan jus lemon.
  6. Hidangkan bersama fillet ikan, coleslaw dan salad campur.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI