Orang utara mesti suka gulai tulang ikan masin campur terung, sesetengah tempat menu ni selalau menjadi menu rewang atau bila ada kenduri kendara. Bunyi macam biasa-biasa tapi kalau dah rasa memang bertambahlah nasi. Tapi kalau korang teringin boleh je cuba buat sendiri, tak perlulah tunggu kenduri. Resipi ada disertakan ini:-
.
Ads
GULAI TULANG IKAN MASIN & TERUNG
BAHAN-BAHAN:
1/2kg tulang ikan masih merah/kurau | rendam
2 biji terung bulat | belah empat
500ml santan kelapa
2 keping asam gelugor
2 sudu makan rempah kari ikan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
Ads
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia muda
3cm kunyit hidup
BAHAN TUMIS DARAT:
Ads
4 biji bawang merah | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
1 sudu makan rempah campur
1 tangkau daun kari | lurut dari tangkai
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar serta rempah kari, kacau rata.
Masukkan bersamanya tulang ikan masin bersama terung dan asam gelugor.
Renehkan atas api sederhana hingga mendidih dan terung empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (rasa dulu, jika perlu baru masukkan garam kerana ikan masin sudah masin).
Setelah cukup rasa, ketepikan periuk gulai.
Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, goreng hirisan bawang merah, bawang putih.
Bila wangi masukkan rempah campur dan daun kari.
Setelah wangi, tutup api dan tuangkan dalam periuk gulai tadi.
Kacau seketika, kemudian gulai sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Cuti hujung minggu kalau dimeriahkan dengan manisan untuk sarapan pagi adalah bonus untuk surirumah. Encik suami mesti tersenyum lebar bila dihidangkan manisan kegemarannya ini. Resipi asal dari Azie Kitchen olahan Anith Syazwani sangat menarik menggunak acuan shell tart lain dari yang lain. Selamat mencuba.
KUIH NONA MANIS
(Bahan A)
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan- campur santan kotak dgn sedikit air jadikan 1 cawan
1 cawan tepung gandum
Pukul telur hingga kembang atau boleh juga dikisar dengan blender
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Akhir sekali, tuangkan adunan telur ke dalamnya dan pukul atau kacau rata. Saya kisar dengan blender. Bila dah siap ketepikan
(Bahan B)
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air daun pandan ~ ambil 5 helai daun pandan dan kisar dengan 1/2 cwn air dan tapis.
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau apple
CARA MEMASAK:
Satukan gula, tepung jagung, garam dan sedikit pewarna hijau. Kemudian masukkan santan yang dicampur dengan air daun pandan. Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil.
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, berkilat dan sedikit pekat. Angkat dari dapur dan biarkan sehingga suam suam kuku.
Tuangkan adunan A ke dalam adunan B. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. Saya kisar dengan blender bagi menjadikan adunan yang sebati.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan putih.
(Bahan C)
1 cawan santan pekat ~ guna 1 kotak santan dicampur sedikit air dijadikan untuk 1 cawan
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
1/2 sudu kecil garam halus
* Satukan semua bahan C dan kacau rata. Kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat.
Tunggu suam sedikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik (bahagian hujung bag plastik).
CARA MEMBUAT NONA MANIS:
Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau sehingga adunan naik memenuhi acuan cawan lompang.
Susun dalam kukusan. Kukus selama 7 hingga 10 minit. Angkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan dari acuan.
Ada tetamu nak berkunjung ke rumah. Tentulah lepas menu utama , menu pencuci mulut juga perlu difikirkan. Bolehlah buat puding.Puding biskut lemak ni mudah saja nak buat. Kalau disejukkan sebelum dimakan lagilah nikmat rasanya.
Puding Biskut Lemak
Bahan-bahan: *25 keping biskut cracker – rendam air panas kejap – toskan *1/2 tin susu pekat *4 biji telur * Sedikit esen vanilla
Cara membuat: 1.Kisar semua bahan-bahan – boleh letak warna pilihan 2.Kukus setiap lapis 5 minit. 3.Cakar sikit dengan garfu sebelum tuang lapisan baru. 4.Lapisan last kukus 10 minit. *sapu minyak skit pada loyang *air kukusan mesti mendidih dulu. *tutup tudung periuk kukus – supaya air tak menitik Kredit: Lily Juliana
Siapa pernah makan Daging Pekasam, orang lama-lama menang tahu akan keenakan daging ini dan anatara menu yang sangat sedap dibuat dengan daging pekasam ini adalah masak sambal. Potong Cili Bawang je korang, ia memang menghabiskan nasi 2-3 pingganlah jawabnya. Nak buatnya pun senang, korang boleh cuba.
.
SAMBAL DAGING PEKASAM BAHAN-BAHAN:
500gm daging pekasam | hiris
1 biji bawang besar | hiris
Gula secukupnya
Garam jika perlu
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
4 biji cili merah
10 biji cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia muda
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian, masukkan daging pekasam, kacau rata sehingga daging layu.
Masukkan hirisan bawang besar, gula secukup rasa dan garam jika perlu.