Corn Cup @ Jagung Cawan adalah snek wajib beli bila berkunjung ke pasar malam. Kalau nak buat sendiri, mudah sahaja caranya. Sesuai bagi anda yang mempunyai anak ramai kerana guna resipi ini, tentunya lebih jimat dan boleh makan puas-puas. Nak tahu cara buat Jagung Cawan lemak manis yang sangat sedap? Saudari Aisyah Humaira ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!
RESEPI CORN CUP @ JAGUNG CAWAN LEMAK MANIS ALA PASAR MALAM
BAHAN-BAHAN: 1 paket jagung sejukbeku 1 tin krimer pekat manis – beli online disini 3 sudu makan marjerin (lebihkan lagi sedap) – beli online disini Sedikit air & garam secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Masukkan jagung ke dalam kuali dan masukkan sedikit air. Sukatan air anggaran setengah dari jagung. (RASA: jika ada jagung segar, anda juga boleh menggunakannya. Caranya mudah sahaja. Asingkan isi jagung dari pulurnya kemudian kukuslah sehingga jagung masak dan lembut.)
Ads
2. Tutup kuali dan biarkan hingga jagung empuk/masak. Jika air kering, boleh tambah lagi airnya. 3. Akhir sekali masukkan susu pekat manis. Sukatannya mengikut manis yang anda suka.
4. Garam dan marjerin juga dimasukkan secukup rasa.
5. Jika suka keju, boleh parutkan mengikut cita rasa. Sedia untuk dinikmati.
Dengan suasana raya berbeza tahun ni, pastinya kita akan lebih banyak mengudap di rumah. Yalahkan, tak dapat nak berkungjung-kunjungan seperti selalu. Jadi duduk rumah, selepas bermaafan sesama keluarga, kita mengudap.
RASA berikan satu resipi kudapan yang sedap dan tak jemu dimakan. Boleh buat sendiri di rumah nanti.
KACANG POLO (KACANG PEAS)
BAHAN-BAHAN
2 biji telur ayam
2 sudu besar gula
1 sudu besar serbuk cili
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
500 gram kacang peas (yang sudah siap panggang)
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Campur telur ayam, gula, serbuk cili dan bawang putih. Gaul sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau sehingga sebati.
3. Gaul kacang pis dengan adunan tadi.
4. Panaskan minyak dan goreng kacang dengan kepanasan sederhana sehingga garing dan toskan.
5. Simpan dalam bekas kedap udara selepas sejuk.
Kalau anda suka makan Roti John, anda perlu cuba resipi Burger John Leleh yang dikongsi oleh Chef Brian ni. Resipi yang dikongsi sangat mudah untuk dimasak. Walaupun ringkas, tapi rasanya memang sedap. Daging burger yang berjus dengan lelehan keju memberi kepuasan yang berganda dalam setiap gigitan. Lepas makan tu, jangan lupa minum Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Tropical Fruits terbaru ni. Confirm puas hati.
BURGER JOHN LELEH
BAHAN-BAHAN:
¼ cawan bawang | dicincang
250gm daging cincang pilihan
Perasa
1 sudu besar serbuk kari
½ sudu besar serbuk jintan putih
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil gula
½ sudu kecil serbuk cili
2 telur
4 biji roti burger
1 sudu besar Anchor Unsalted Butter
KuahKeju Chesdale Burger*
Sos cili
2 cawan kubis | dihiris
8 kepingkeju Chesdale Burger
BAHAN KUAH KEJU CHESDALE:
1 ½ sudu besar Anchor Unsalted Butter
1 ½ sudu besar tepung gandum
1 cawan susu
Garam dan lada hitam, secukup rasa
(4 keping) 75gKeju Chesdale Burger
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang sehingga lembut. Masukkan daging, perasa, serbuk kari, serbuk jintan putih, serbuk cili, garam serta gula dan masak sehingga daging keperangan. Tutupkan api, masukkan telur and gaulkan bersama.
Sapukan mentega pada roti burger dan panaskan atas kuali leper.
Untuk Kuah Keju Chesdale Burger; Dalam periuk kecil, cairkan mentega. Masukkan tepung gandum dan panaskan sehingga bau tepung kurang kuat. Masukkan susu sambil mengacau. Panaskan sehingga memekat. Masukkan bahan kuah keju Chesdale lain termasuk kepingan keju Chesdale Burger.
Untuk sediakan burger john, letakkan campuran daging atas kuali leper, letakkan 2 keping keju Chesdale burger dan belah bawah burger bun. Panaskan sehingga keju cair. Terbalikkan, letakkan 2 sudu besar kuah keju Chesdale Burger, sos cili, kubis dan tutupkan burger dengan bun burger belah atas.
Hidangkan panas-panas! Enak dinikmati bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Tropical Fruit.
Menu minum petang atau sesuai juga untuk sajian pagi. Walaupun ianya nampak mudah, resipi kali ini ada istimewanya. Perkongsian dan olahan resipi ini di ambil dari resipi baba dan nyonya dan terhasillah hidangan yang enak ini. Selamat mencuba!
RESIPI CUCUR UDANG GERAGAU
BAHAN-BAHAN:
200g (1 1/3 cawan) tepung serbaguna
2 sdt serbuk penaik (baking powder)
1 sdt serbuk kunyit
1 sdt serbuk cili
1 gelas (230 ml) air
4 sdb udang geragau kering
Sebiji bawang besar (hiris halus)
Setangkai cili merah (buang biji & hiris)
Setangkai cili hijau (buang biji & hiris)
1/2 batang lobak merah (sagat halus)
3 tangkai daun ketumbar/ daun bawang/ daun kucai (hiris halus)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang geragau kering dari kekotoran. Bilas & tuskan.
Campurkan ke semua bahan ke dalam mangkuk & masukkan air sedikit demi sedikit.
Kacau rata sehingga mendapatkan konsistensi adunan yang baik. Adunan hendaklah tidak terlalu pekat & tidak juga terlalu cair.
Panaskan minyak. Ambil adunan lebih kurang satu sudu besar & goreng dengan menggunakan api sederhana di dalam minyak yang banyak. Balik-balikkan cucur sekali-sekala ketika menggoreng hingga berwarna keemasan & masak. Angkat & tuskan minyak berlebihan sebelum dihidangkan.
Nota:
– Udang geragau segar biasanya digunakan untuk membuat cencaluk. Udang geragau kering boleh didapati di pasaraya. Sekiranya tiada, boleh juga digantikan dengan udang kering yang ditumbuk, ikan bilis atau udang segar yang dicincang.
– Anda juga boleh tambahkan tauge atau jagung ke dalam adunan cucur.
Ikan jenahak antara yang sedap dibuat asam pedas, tapi kalau nak tambah sedap boleh gunakan petua Nurhayati Maleq. Resipi asam pedas ikan jenahak yang dikongsi oleh beliau menggunakan buah keras supaya ada rasa lemak dalam hidangan ini.