Kalau selalu makan atau buat jeli kelapa, musim rambutan ini buat pulak jeli rambutan. Rasanya memang sedap apatah lagi kemanisan asli buah rambutan.

Lagi enak jika diletakkan sekali dengan hirisan buah rambutan segar. Bagi yang nak merasa kesedapan jeli rambutan ini boleh cuba terutama kalau di rumah memang ada pokok buah ini.

Cara buat jeli rambutan

Bahan-bahan

1 kg buah rambutan – dikupas, dibuang biji
20 biji buah rambutan – ambil isi dan hiris panjang
20 gm agar-agar
10 cawan air(kalau suka lembut tambah air)
10 sudu gula (boleh kurangkan jika tak suka manis)
3 helai daun pandan

Cara Buat Jeli Rambutan, Letak Banyak Hirisan Isi Rambutan Lagi Sedap

Cara membuat

1. Rebus rambutan yang dibuang biji dengan 10 cawan air. Masak dengan api sederhana dalam 20 minit

2. Kemudian keluarkan rambutan, sebaiknya jangan dibuang kerana boleh dibuat pajeri atau gulai atau masak lemak cili padi.

3. Masuk daun pandan dan agar dalam air rebusan rambutan tadi. Bila agar agar sudah hancur masuk kan gula.

4. Selepas mendidik lagi sekali, tutup api. Tapis dan terus tuang dalam cawan.

5. Masukkan hirisan buah rambutan ke dalam cawan tadi.

INFO: Sukatan ini untuk 20 cawan kecil.

Sumber: Normah Bahari

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI