Cara Buat Kek Marble Mudah & Sedap

Share

Melalui facebook, Farisha Sofea berkongsi cara membuat kek marble yang mudah dan sedap. Resipi ini dikongsikan olehnya di facebook group RASA Share Resepi. Jom kita tengok cara wanita ini membuat kek marble yang penampilannya sangat cantik dan menarik.

KEK MARBLE SEYGAK

BAHAN A
5 biji telur ayam gred A
1 sb ovallete
170 gram gula kastor
1 sudu kecil esen vanilla

BAHAN B
50 gram cawan susu segar
220 gram tepung naik sendiri (diayak)

BAHAN C
150 gram minyak jagung

BAHAN LAIN
Pewarna pilihan

CARA MEMBUAT
1. Masukkan BAHAN A ke dalam bekas dan pukul sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan BAHAN B secara berselang seli sambil dipukul rata.
3. Akhir sekali, masukkan BAHAN C. Kaup balik adunan sehingga sebati.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan .
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang secara berselang seli sehingga habis adunan.
6. Hentakkan sedikit loyang.
7. Panaskan oven. Bakar pada suhu 180C selama 50 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing.
8. Setelah masak , sisipkan keliling loyang dan terbalikkan di atas redai.
9. Sejukkan seketika sebelum dipotong.

Selamat mencuba !

Kredit Resipi: FB Farisha Sofea

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7

Published by
Siti Mariam Elias