Peria memang punya rasa agak pahit namun tinggi nilai khasiatnya. Selain dimasak, sayur ini juga boleh dijadikan ulam atau jus. Namun rasanya agak kurang sedap. Oleh itu, bagi menikmati sayurini dalam versi yang lebih enak, anda boleh hasilkan Kerepek Peria. Menerusi resipi perkongsian saudari Hasnita Namat, beliau menunjukkan cara mudah untuk menghasilkan Kerepek Peria yang sedap, rangup serta tahan lama. Jom cuba.
RESIPI KEREPEK PERIA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Peria katak secukupnya – ikut sebanyak mana nak buat
Minyak masak secukupnya
BAHAN SALUT:
Tepung gorengan serbaguna perisa pedas
Tepung Gorengan serbaguna perisa original
Tepung beras ( Jumlah ketiga-tiga tepung ni agak-agak sahaja. Campur supaya hasil kerepek nanti tidak terlalu masin dan tidak terlalu pedas)
CARA MEMASAK:
Ads
1. Basuh bersih peria dan toskan airnya. Biar kering.
2. Ambil penyagat ( sebaiknya penyagat untuk kerepek pisang) dan sagat sedikit buah peria tadi sehingga nampak rongga dalamnya. 3. Dengan menggunakan belakang sudu, korek untuk membuang bijinya.
Ads
4. Teruskan sagat peria nipis-nipis hingga habis.
5. Masukkan peria ke dalam bekas ( kuantiti untuk sekali goreng), isi tepung dan tutup bekas tadi. Goncang hingga tepung bersalut rata pada peria.
Ads
6. Panaskan minyak dengan banyak ( seperti nak goreng pisang), dan goreng hingga garing.
7. Angkat, toskan minyak dan biarkan sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup dan tahan lama. Sedia untuk dinikmati.
Cara buat Black Garlic homemade. Obsesi terbaru di kalangan masyarakat yang mementingkan kesihatan. Black Garlic ini dihasilkan dari bawang putih yang melalui proses fermentasi tertentu dalam tempoh masa yang lama sehingga ia mengalami perubahan warna kepada hitam.
Rasa Black Garlic ini berbeza dengan bawang putih segar. Selain warnanya yang hitam, teksturnya juga lebih lembut, sedikit manis, sedikit masam dan seakan buah prun. Wow… Kalau beli, Black Garlic ni harganya agak mahal. Jadi, bagi yang nak cuba buat sendiri, boleh cuba resipi perkongsian saudari Mimi Tiyo.
CARA BUAT BLACK GARLIC HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Bawang putih ( bawang putih biasa.bawang putih lanang @ tunggal)
Periuk nasi
Tisu
CARA MEMASAK: 1. Sediakan bawang putih ( apa-apa jenis) dan periuk nasi. Jangan buang kulitnya.
2. Alas periuk nasi dengan tisu dapur. Boleh guna anggaran 5 helai.
3. Masukkan bawang putih dan susun seperti dalam gambar. Tutup bawang dengan tisu dan ulang langkah sama hingga bawang habis.
4. Tutup lapisan bawang paling atas dengan tisu juga. Tutup periuk nasi.
5. Set periuk dengan api ‘keep warm’ selama 1 bulan (minimum) atau maksimum 3 bulan (90 hari).
6. Setelah cukup tempoh 1 bulan, matikan api periuk dan keluarkan Black Garlic.
7. Susun Black Garlic dalam dulang dan biarkan hingga sejuk sebelum disimpan da;am kotak atau bekas bersesuaian. Pastikan bekas tersebut dialas dengan tisu terlebih dahulu.
KHASIAT BLACK GARLIC
Antara khasiat Black Garlic ialah, ia dikatakan boleh membuang angin dalam badan, mengawal kolesterol, tekanan darah, gula, menghaluskan kulit dan banyak lagi.
Untuk menikmatinya, hanya kupas kulit dan makan begitu sahaja. Untuk tujuan perubatan, makan 2 siung Black Garlic 3 kali sehari. Untuk menjaga stamina, makan 3 biji sehari. Pastikan minum air dengan banyak kerana Black Garlic boleh panaskan badan.)
Sepanjang tempoh PKP ini masing-masing tentunya menyediakan menu homemade buat keluarga. Dalam tempoh ini juga mengajar anda untuk berjimat dan menghargai setiap rezeki yang dikurniakan Allah. Jika sebelum ini banyak berbeli dan berbuang , mungkin dari boleh menjadi kreatif untuk menghasilkan menu buat keluarga.
Menjengah ke facebook Yna Sarina anda mungkin boleh mendapatkan idea untuk memasak pada setiap hari. Dia berkongsi resipi-resipi sepanjang PKP ini . Lebih 50 menu masakan bermula dari menu sarapan, tenghah hari dan minum petang dikongsinya.
Baginya sememangnya masa PKP ni, kami luang banyak masa bersama keluarga. Bercerita tentang macam -macam hal. “kami pun balik ke Kedah jarang-jarang, jadi menggunakan masa yang ada untuk keluarga dengan memasak makan buat mereka. Ia satu terapi buat saya memasak untuk suami dan mentua,” jelasnya.
Rutin harian sepanjang PKP
Di rumah mentua ada tiga keluarga dalam rumah iaitu enam dewasa dan lima kanak-kanak. Pastinya memasak dengan kuantiti yang banyak untuk kami makan bersama. Selesai solat subuh tugasan memasak sudah dimulakan.
Dalam jam 7 hingga 7.30 pagi sarapan sudah tersedia. Dalam waktu begini, kadangkala anak-anak belum bangun lagi. Habis sarapan dalam jam 8.30 , selepas kemas-kemas rumah terus prepare untuk makan tengah hari.
“So bila prepare lunch, saya akan masak berdua dengan biras atau saya masak sorang. Dia akan jaga anak. Saya atau kami berdua duduk dapur, anak-anak buat online homework. Jadi memang tidak mengganggu masa masak kami.
Memang sengaja masak pagi-pagi untuk lunch supaya tengah hari tidak kelam kabut. Jadi akan prepare 3-4 jenis lauk sekali untuk makan malam. Biasanya ambil masa untuk masak sekejap saja sebab saya memang tukang masak sebelum ni, jadi masak untuk 3-4 jenis lauk dalam masa satu jam sudah selesai,”kongsinya.
Selepas solat zohor kami makan bersama . Selepas itu berfikir pula menu untuk hi tea. “Biasanya saya akan Google resipi mudah atau ahli keluarga yang lain akan bagi idea nak masak apa. Minum petang di rumah ini adalah wajib. Sebenarnya saya bukan jenis orang yang suka buat kuih. Tapi time PKP ni, saya ambil peluang untuk belajar sesuatu yang baru. Bila kita buat dan menjadi, seronok itu datang sendiri. Bila seronok, kita jadi excited nak try buat yang lain pulak.
Biasanya kuih yang saya cuba buat hanya menggunakan barang yang ada di rumah. Bahan wajib ialah tepung gandum,” terangnya
Bila tengah hari sudah memasak banyak, jadi akan panaskan lauk siang. Andai kata lauk habis, akan masak benda yang simple contohnya sambal sardin dan telur dadar atau buat nasi goreng. Lagipun makan malam tak cerewet sangat. Memadai makan apa yang ada sahaja.
Tip memasak dengan cepat: 1. Perasingkan bahan mentah
Biasanya kalau ketua keluarga keluar beli barang, saya akan cuci semua bahan mentah siap-siap. Senang Nanti nak ambil kalau nak guna.
2. Kisar cili kering
Kisar siap-siap. Nak Guna just ambil sahaja. Jangan la time nak masak, time itu juga nak rendam lada kering, nak kupas bawang. Bukan buat keje pejabat kena work smart. Buat keje dapur pun Sama.🤣🤭
Saya mmg Akan menggunakan masa seminima mungkin ketika berada di dapur kerana mempunyai anak yang masih kecil (1y5m & 3y3m)
3.Masak ikut turutan
Untuk jimatkan penggunakaan kuali/periuk, saya akan masak mengikut turutan. Satu kuali boleh masak tiga jenis masakan tanpa perlu membasuh.
CTH: masak sayur terlebih dahulu, kemudian ayam masak merah dan akhir sekali kari daging. Jimat masa!
4. Rancang menu
Rancang menu sebelum masuk ke dapur. Jangan melanguk 15 minit baru nak fikir nak masak apa, dah bazir masa. So make sure, Kita tahu menu apa yang kita nak masak untuk hari ini
Sambal Goreng Sayur ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Idea terbaik untuk anda yang nak makan Sayur Goreng tetapi tidak cukup bahan mentah seperti udang, hati ayam atau daging. Ramuannya dimasak dengan sempurna menjadikannya kegemaran ramai. Kalau dimakan begitu sahaja tanpa nasi pun sudah mengenyangkan. Nak cuba masak hidangan ini hari ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Pasti puas hati.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.