Cantiknya Kuih Lapis Keledek Ungu ni. Sesuai sangat dijadikan sajian minum petang. Bahan-bahan sangat ringkas dan memang sudah ada di dapur. Bagi anda yang suka makan kuih tradisional, resipi Kuih Lapis Keledek Ungu perkongsian saudari Raja Amanina ni antara yang boleh dicuba.Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH LAPIS KELEDEK UNGU
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung beras (beli online DISINI)
- 2 cawan keledek ungu – direbus & dilenyek (beli online DISINI)
- 1/2 cawan tepung gandum (beli online DISINI)
- 1/2 cawan tepung jagung (beli online DISINI)
- 2 cawan santan pekat
- 4 cawan air (kalau suka lembik, boleh lebihkan air dalam 1/2 cawan)
- 1 cawan gula (beli online DISINI)
- 1/2 sudu teh garam (beli online DISINI)
- Pewarna pink & biru (beli online DISINI)
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula, garam, air dan santan hingga sebati
2. Kemudian kisar adunan bersama keledek ungu.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dibiar pada warna asal dan dua adunan ditambah pewarna pink dan biru.
4. Oleskan acuan dengan minyak dan panaskan periuk kukusan.
5. Tuang lapisan pertama dan kukus selama 5minit menggunakan api besar.
6. Kemudian ulang langkah sama untuk lapisan kedua dan seterusnya hingga adunan habis.
7. Untuk lapisan akhir, tambah masa kukusan selama 15-20 minit lagi.
8. Angkat Kuih Lapis Keledek Ungu. Biar sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong.
Kredit resipi & foto: Raja Amanina
Miliki PERIUK KUKUSAN ELEKTRIK baru. Dapatkannya secara online DISINI
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Tak Perlu Sira. Resipi Kuih Gegatas Ni Sesuai Untuk Anda Tak Suka Manis.
Kak Ros Kongsi Cara Buat Sambal Belacan Sedap. Campur Bahan Ni Memang Padu.
Scone Homemade Sedap Macam Di Cameron Highland. Ini Cara Buat Guna 3 Bahan Je
Sedap & Tak Perlu Sira. Resipi Kuih Gegatas Ni Sesuai Untuk Anda Tak Suka Manis.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI