Pernah makan kuih lepat? Kuih tradisional dah tak ramai orang yang membuatnya.

Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri.

Resipi yang dikongsikan Ariff Budiman Zainal Abidin ini sangat mudah untuk membuatnya. Bahan-bahan pun mudah didapati.

LEPAT LIAT

Cara Buat Kuih Lepat Liat Yang Mudah & Sedap

Ads

BAHAN-BAHAN:

500gm tepung pulut – beli online di sini
200gm gula merah – beli online di sini
100gm gula pasir – beli online di sini
2 sudu cawan air
2 helai daun pandan
1 biji kelapa putih
Sedikit garam
Minyak lumur daun pisang

Cara Buat Kuih Lepat Liat Yang Mudah & Sedap

CARA MEMBUAT:

1. Masak air, gula merah, gula pasir dengan daun pandan hingga gula hancur. Kemudian, tapis.
2. Masuk air gula panas-panas ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati (saya guna senduk).

Cara Buat Kuih Lepat Liat Yang Mudah & Sedap3. Sementara itu, gaulkan kelapa putih dengan sedikit garam.

Cara Buat Kuih Lepat Liat Yang Mudah & Sedap4. Lumur sedikit minyak di tengah daun pisang. Letak 1 sudu besar adunan tepung dan tenyeh-tenyeh hingga leper.
5. Letak kelapa putih di atas adunan.

Cara Buat Kuih Lepat Liat Yang Mudah & Sedap6. Lipat kemas-kemas daun pisang. Masak air hingga mendidih. Kukus selama 20 minit. Siap.

Cara Buat Kuih Lepat Liat Yang Mudah & Sedap

Ads

Kredit resipi: Ariff Budiman Zainal Abidin

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Seperti Makan Yogurt Strawberry, Buat Sendiri Cocktail Lemak Berkrim

Dessert Mudah Hanya Guna 4 Bahan, Rasanya Sangat Sedap!

Buat Sendiri Ayam Madu Sira, Memang Sedap Menjilat Jari! 

Ads

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI