Kesedapan pai ni banyak bergantung kepada doh atau pastri dibuat selain intinya.Cara buah doh dan teknik membuatnya kena betul baru pastri jadi rapuh dan sedap. Ni tip dan perkongsian resipi dari Eny Abdullah boleh dijadikan panduan untuk mendapat kulit pastri pai yang diiinginkan.
RESIPI KULIT PAI * sesuai untuk pai bersaiz besar
Kredit Foto : pinterest.com
Bahan-bahan :
1 cawan tepung
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan Butter (beku terus dari peti ais e)
4 sudu besar air ais sejuk
TIP BUAT PASTRI RAPUH :
1. Guna mentega yang sejuk
Biasanya kalau buat kek kita kena pakai mentega yang perlu dilembutkan pada suhu bilik. Tapi untuk kulit pastri, mentega boleh guna mentega terus dari dalam peti sejuk
2. Parut mentega
Sebab mentega masih sejuk jadi keras dan mudah diparut menggunakan pemarut biasa tu. Bila kita pakai pemarut ni, kita akan dapat hasil kulit pastry yang flaky dan rapuh.
Ads
3. Guna air ais
Bukan air sejuk tapi air berais. Sediakan satu cawan air berisi ais ketul di dalamnya semasa kita mengadun pastry.
4. Jangan uli tapi adun
Jangan sesekali menguli macam kita uli doh untuk buat donat atau pizza. Tapi kita perlu adun (campur dan gaul sehingga menjadi adunan sebati) sehingga menjadi seketul doh. Caranya hanya putar pakai hujung pemegang senduk kayu
CARA MENGADUN
1. Campurkan mentega dan tepung dalam satu mangkuk. Pakai jari ratakan mentega dan tepung menjadi serbuk. Tetapi jangan lama sangat, cukuplah sehingga mentega bergaul dengan mentega.
Ads
2. Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu, putar tepung dengan hujung pemegang senduk kayu sehinga adunan nampak berketul dan agak boleh dibentuk
3. Kemudian guna tangan dan bentuk kan adunan menjadi bulat dengan menekan nekan sehingga padat.
Ads
4. Simpan adunan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.
Ikan Salmon kaya dengan Omega-3 yang sangat baik untuk kesihatan. Kini semakin ramai orang menggemari menu salmon yang sedap dan dianggap mewah ini. Kepada anda yang ingin membeli dan memasak salmon secara homemade, jangan risau berikut RASA kongsikan beberapa tip mudah membeli dan cara memasaknya sekali supaya segala kebaikan Omega-3 boleh dimanfaatkan sepenuhnya.
Pilih Salmon Segar
Jika ingin terus memasak, anda boleh terus beli salmon segar. Sampai rumah terus perapkan dengan bahan perapan dan simpan dalam peti sejuk sementara menunggu masa untuk dimasak.
Tambah Rempah Ratus Sebagai Penambah Rasa.
Tidak kira kukus atau panggang, sebaiknya gaulkan dengan sedikit garam, lada hitam dan rempah ratus atau sos sebelum dipanggang, digoreng atau dikukus. Isi salmon juga enak dihidangkan bersama pasta,campuran dalam salad atau dijadikan inti untuk sandwich.
Masak hanya 6-8 Minit.
Apapun cara anda memasak salmon, sebaiknya jangan lebih dari 6-8 minit, tujuan untuk mengekalkan kandungan zat dan memberikan rasa yang lazat. Jika dipanggang, sebaiknya selepas tiga minit segera terbaikkan. Jika dimasak dengan kuah, masukkan salmon selepas kuah menggelegak.
Frozenkan Jika Belum Sedia Digunakan.
Apabila anda membeli salmon dan tidak bercadang untuk menggunakannya terus, sebaiknya simpan di dalam freezer, kemudian letakkan di dalam peti sejuk biasa bila ingin memasaknya. Ia bertujuan untuk mengelakkan kesegaran ikan salmon.
Sesekali, selera kita pasti berubah-ubah kan? Asyik makan nasi, nak juga rasa makan pasta. Kali ini kami tampilkan resipi ringkas tapi bukan main sedap lagi iaitu Angel Hair Goreng Cili Padi. Kalau ikutkan, pasta memang tidak pedas. Tapi kita ubah sedikit untuk sesuaikan dengan cita rasa tempatan. Letak cili padilah baru syok!
ANGEL HAIR GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN
2 sudu makan minyak masak| untuk menumis
5 ulas bawang putih | cencang halus
10 tangkai cili padi | tumbuk kasar
300 gram daging | hiris nipis
1 sudu makan sos tiram
1 peket pasta angel hair | celur dan toskan
1 batang lobak merah | parut kasar
¼ biji kobis | hiris halus
1 sudu teh MAGGI CUKUP RASA
1 sudu teh serbuk lada hitam
Lada sulah secukup rasa
Cencangan daun bawang – hiasan
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan cili padi.
2. Masukkan hirisan daging dan sos tiram. Goreng sehingga daging masak.
3. Masukkan pasta angel hair dan gaul sebati.
4. Masukkan lobak merah dan kobis. Kaup-balikkan semua bahan sehingga sebati.
5. Tambah MAGGI CUKUP RASA, lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
6. Tabur cencangan daun bawang sebagai hiasan.
* Selepas menggunakan MAGGI CUKUP RASA, anda tak perlu masukkan garam kerana segalanya sudah cukup dalam setiap penggunaan serbuk MAGGI CUKUP RASA. Senang, kan?
Nak tengok video masak Angel Hair Cili Padi? Jom tengok di sini.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!