Sedapnya Lepat Jagung ni. Kalau buat untuk minum petang, memang sesuai sangat. Istimewanya resipi ni anda tidak perlu kukus. Hanya kacau bahan-bahan hingga masak, bungkus dan simpan dalam peti sejuk je. Malah Opah Mas Cotek juga ajar cara-cara nak bungkus Lepat Jagungni dengan kemas dan cantik. Jom cuba. Bolehlah sedekah dekat jiran tetangga.
CARA BUAT LEPAT JAGUNG TANPA PERLU KUKUS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung jagung
2 sudu makan tepung Hoen Kwe
3/4 cawan gula
5 ½ cawan santan
1 cawan jagung (Opah Mas Cotek guna jagung dalam tin)
3 sudu makan perasa jagung (kordial jagung)
1 sudu teh garam
Daun pisang secukupnya untuk membungkus – layur terlebih dahulu
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan-bahan dalam periuk. Kacau sebati.
2. Masak guna api perlahan hingga pekat dan meletup-letup.
3. Kacau lagi adunan hingga kelihatan berkilat. Tutup api. Alihkan periuk dari dapur.
Ads
4. Ambil 2 sudu makan adunan lepat dan letak atas daun pisang. Bungkus ketika adunan masih panas.
5. Untuk membungkusnya, lipat sedikit tepi daun ( terik ke tepi sedikit adunan lepat tu).
6. Kemudian gulung seperti dalam gambar di bawah. Proses menggulung kena buat dengan cepat kerana adunan lembik & nak elak ia terkeluar dari daun.
Ads
7. Lipat bahagian hujung daun. Kemudian tolak ke bawah supaya padat.
8. Kemudian lipat lagi hujung bahagian atas seperti dalam gambar. Siap.
9. Biarkan kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Ads
10. Lepat Jagung sedap & lembut bergedik sedia untuk dinikmati.
Pulut Panggang berinti Sambal Ikan yang baru masak dan masih panas-panas, memang sedap! Pulutnya yang lembut ditambah pula dengan inti sambal ikan yang pedas, memang kombinasi yang terbaik!
Pernah rasa Pulut Panggang versi Kelantan dan Terengganu? Jika pernah,. pasti anda tahu sedap dia macam mana kan? Pulut yang lembut berintikan serunding ataupun sambal ( serunding) ikan. Agak berbeza dengan Pulut Panggang yang berinti kelapa. Bagi yang nak cuba buat sendiri, resipi dibawah ini boleh anda cuba.
CARA MASAK PULUT PANGGANG SAMBAL IKAN
BAHAN SAMBAL @ SERUNDING IKAN
4 ekor ikan selayang @ sardin | direbus dengan asam keping dan garam
8 biji cili kering | dikisar halus
5 ulas bawang merah | dikisar halus
1 ulas bawang putih | dikisar halus
1/2 inci halia | dikisar halus
5 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu teh garam halus
4 sudu makan santan pekat
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumbuk isi ikan rebus yang telah dibuang tulang. Ketepikan.
Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga wangi. Masukkan santan pekat dan gaul rata.
Setelah bahan tumisan nampak hampir kering, masukkan isi ikan yang ditumbuk tadi. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
Masak dengan api perlahan dan sentiasa kacau sampai sambal kering dan berderai.
Dalam bekas berasingan, satukan santan, gula dan garam. Larutkan. Jika menggunakan santan kotak, tambah 2 sudu makan minyak masak.
Angkat pulut dan gaul bersama campuran santan tadi. Masukkan kembali ke dalam periuk kukusan dan kukus selama 20 minit. Angkat.
CARA PENYEDIAAN:
Ambil daun pisang dan sudukan 1 sudu makan pulut. Ratakan.
Letakkan 2 sudu teh sambal ikan dan gulung dengan kemas.
Cucuk lidi di bahagian hujung gulungan pulut.
Bakar seketika menggunakan bara yang tidak terlalu panas sehingga daun pisang menjadi sedikit hangus.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
CARA BALUT & BAKAR PULUT PANGGANG VERSI MUDAH
Bagi yang tinggal di bandar dan tak ada ruang untuk membakar, ada versi mudah yang anda boleh cuba. cara ni praktikal bagi anda yang tinggal di rumah jenis apartment. Jom lihat cara-caranya.
1. Setelah daun pisang dilayur, letakkan pulut dan inti.
2. Padat-padatkan pulut sebelum digulung dengan daun pisang. Kemudian cucuk dengan lidi atau dengan stapler.
3. Ambil tudung periuk dan lenserkan sedikit minyak. Kemudian susun pulut yang telah siap dibungkus diatasnya. Masak menggunakan api sederhana besar. Memang wangi!
Bila sekali makan donut yang gebu dan lembut, buat kita terlagi lagi nak menikmatinya. Rahsia nak jadikan donut gebu membukit ialah pastikan yis betul-betul berbuih sebelum dicampur ke dalam adunan. Selain itu guna air suam untuk bancuh yis. Jangan guna air panas kerana ia akan menyebabkan yis mati. Selain donut yang ditabur gula diatasnya , untuk cetus kelainan boleh letakkan salted karamel . Memang sangat sedap dan cara buatnya juga mudah.
DONAT SALTED KARAMEL
Bahan-bahan :
2 sudu besar yis 4 sudu besar gula 1 sudu besar susu pekat 1 cawan air suam
Sebatikan semua . Biarkan yis mengembang .
4 cawan tepung gandum 1 sudu besar susu tepung 1 biji telur 1 sudu besar mentega 1/2 pelembut roti
Cara memasak:
1.Ramaskan semua sehingga menjadi seperti serbuk roti . 2.Tuang air yis tadi , gaul sehingga menjadi doh . 3.Perap doh, biarkan doh mengembang. 4.Tumbuk tumbuk doh , canai atau roundingkan doh . 5.Biarkan donat mengembang sebelum digoreng. 6.Sejukkan donat sebelum disalut dengan sos karamel .
1.Masak gula menggunakan api kecil sehingga menjadi perang . 2.Sentiasa kacau agar gula tidak hangit dan menjadi pahit . 3.Bila gula dah cair , masukkan mentega dan garam . 4.Kacau sebatikan sehingga kesemua mentega cair . 5.Masukkan susu segar . 6.Kacau sehingga gula karamel menjadi pekat . siap
Kredit: Jom Belajar Buat Kek
ADA YANG NAK MEMBELI KUALI NON STICK? BOLEH LIHAT DI SINI.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.