Halia memang terkenal sebagai bahan super untuk buang angin dalam badan. Tapi kalau makan halia segar terus, kadang rasa ‘letar’ yang agak kuat buat ramai kurang suka. Jadi, bagaimana nak nikmati khasiat halia dengan rasa yang lebih sedap dan mudah? Jawapannya, serunding halia!
Serunding halia gabungan halia rangup, ikan bilis dan sedikit bawang putih ni bukan saja enak, malah boleh tahan lama dalam bekas kedap udara. Sekali makan, confirm tak sedar habis sebalang! Senang sangat buatnya, tak perlu skill tinggi pun.
Jom ikuti resipi viral dari Nor Haidah Md Said yang sentiasa jadi kegemaran ramai ni.
SERUNDING HALIA
Bahan-bahan Mudah
Halia (tumbuk halus atau sagat)
Sedikit bawang putih (tumbuk atau hiris halus)
Ikan bilis (dibelah dan dibersihkan)
Garam & serbuk perasa secukup rasa
Minyak masak secukupnya (untuk menggoreng)
Tip hebat: Untuk rasa serunding lebih mantap, tambah sikit bawang goreng bila dah siap.
CARA MEMASAK:
Perah halia yang telah ditumbuk untuk keluarkan airnya. Ambil hampas halia sahaja.
2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api besar. Goreng hampas halia tadi sampai garing dan rangup. Toskan minyak.
3. Guna minyak yang sama, goreng ikan bilis pula sampai garing. Toskan minyak.
4. Tumbuk ikan bilis hingga hancur atau ikut tekstur yang anda suka.
Ads
5. Gaulkan garam dan serbuk perasa dalam halia goreng tadi.
6. Masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk, kacau hingga rata.
7. Simpan serunding halia dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama.
Kenapa Anda Patut Buat Serunding Halia Ini?
Mudah & cepat – Bahan senang didapati dan cara buatnya tak renyah.
Sedap & rangup – Rasa halia yang ‘letar’ bertukar jadi menu yang sangat digemari.
Khasiat halia terbukti – Membantu buang angin dalam badan secara semula jadi.
Sesuai untuk semua – Terutama yang tak tahan makan halia segar.
Sesuai jadi stok raya dan hadiah homemade!
Jom Buat Serunding Halia Sekarang!
Kalau anda nak rasa keunikan serunding halia ni, jangan tunggu lama! Sediakan bahan-bahan, ikuti cara mudah di atas dan hasilkan sendiri serunding halia premium buatan tangan. Pasti puas hati!
Info chef:
Kuantiti sukatan untuk setiap bahan bergantung kepada citarasa masing-masing.
Jika mahukan rasa serunding yang lebih sedap, boleh menambah bawang goreng.
Tulang sedap dimasak sup. Namun jika dah jemu, boleh cuba masak Singgang Tulang cara orang Kelantan. Bahan-bahannya sedikit berbeza dengan resipi Singgang Ikan namun rasanya sangatlah sedap sehinggakan anda tak mampu melupakannya. Gitu… Bagi anda yang nak cuba, Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI SINGGANG TULANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1/2kg tulang
2 keping asam gelugur
BAHAN KISAR:
1 tangkai cili kering
2 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
BAHAN DIMAYANG:
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
BAHAN TUMBUK:
1 sudu makan ketumbar
BAHAN PERASA:
1 sudu makan garam
1/3 keping manisan kecil atau gula melaka
1 sudu teh perencah secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan tulang dan toskan airnya.
2. Masukkan air ke dalam periuk. Kuantitinya agak-agak sahaja dan bersesuaian dengan tulang yang dimasak. Didihkan.
3. Kemudian tuangkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Kacau sebati.
4. Masukkan pula bahan yang dimayang dan tumbuk. Kacau lagi.
5. Masukkan juga dua keping asam gelugur.
6. Tambahkan bahan-bahan perasa dengan secukupnya. Semua bahan-bahan boleh disesuaikan mengikut cita rasa dan kuantiti kuah.
7. Masak sehingga daging dekat tulang empuk. Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba.
Sedapnya aiskrim kacang merah! Teringat dulu admin masa kecil, tunggu uncle jual aiskrim naik basikal lalu semata-mata nak beli aiskrim kacang merah tu sebab memang sedap kacang merah memang banyak! Zaman dulu Rm1.20 je dah merasa aiskrim kacang merah sedap kalau zaman sekarang macam susah je nak dapat aiskrim sedap tak kedekut bahan memang mahal sedikit. Terima kasihlah untuk Raja Amanina sudi berkongsi resipi aiskrim kacang merah yang lemak berkrim ni di Facebook. Senang sikit untuk admin lepasni cuba buat sendiri je di rumah. Korang pun boleh cuba resipi ni di rumah!
AISKRIM KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
-4 cawan kacang merah (rendam sekejap)
*rebus kacang merah hingga lembut & empuk
*blend & kisar kacang merah bersama 2 cawan air
Bahan A
-2 cawan gula
-sehelai daun pandan
-7 cawan air
Bahan B
-2 sudu besar tepung ubi
-3 sudu besar tepung jagung
-1/2 cawan air
*bancuh tepung jagung&tepung ubi dengan air
Bahan C
-1/2 cawan susu pekat
-2 kotak kecil santan kara (200ml+200ml)
-1/2 sudu kecil garam
-sedikit pewarna merah
Dapatkan TELEKUNG RAWDAH NAYLA SETdengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5DISINI!!!
CARA PENYEDIAAN:
Masak bahan A hingga gula larut dan mendidih
Masukkan bancuhan tepung dan kacau hingga sebati
Masukkan kacang merah yang dikisar
Masukkan bahan2 C whisk hingga sebati masak hingga mendidih
Perasakan gula(nak manis boleh lebihkan gula)
Tutup api dan sejukkan
Isikan dalam plastik aiskrim dan bekukan
P/s : Resepi Aiskrim kacang merah lemak berkrim.. Lagi banyak kacang lagi sedap makan sejuk sejuk laju je kan masuk mulut. Ais tu nak bagi gebu nina masukkan tepung jagung & tepung ubi.
Masuk hari ke 14, pasti ramai yang tercari-cari idea nak masak apa untuk berbuka petang nanti. Resipi yang RASA kongsi ni pasti anda suka. Sangat mudah & sedap! Penyediaannya tidaklah terlalu rumit, namun yang pasti, lauk pauk ni pasti kena dengan selera anda yang suka menu pedas.
1. SAMBAL CILI PADI UDANG DENGAN KAMPAS
BAHAN-BAHAN:
1kg udang ] bersihkan
3 biji kampas saiz sederhana ] buang biji, hiris dan rendam seketika dalam air garam
20 biji cili hijau
4 ulas bawang merah
1 keping asam gelugur
Garam secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar cili padi dan bawang hingga lumat. Ketepikan.
Udang digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng udang tadi hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan lebihan minyak menggoreng tadi, tumis bahan kisar hingga naik bau dan cili padi bertukar menjadi hijau gelap. Masukkan asam gelugur.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Masukkan kampas dan udang yang telah digoreng tadi. Kacau sebati.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika suka lagi pedas, boleh tambah jumlah cili padi.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!