Hidangan spageti bolognese memang selalu kita sajikan kerana sajian ini boleh dimakan tak kira masa dari pagi sampai ke malam.
Oleh itu berbaloi sangat kalau kita sediakan stok sos bolognese secara frozen. Lebih memudahkan, bila terasa nak makan cuma defrost dan panaskan saja. Jika mahu menyediakan dalam kuantiti banyak boleh ikut cara yang dipraktikkan oleh Erni Abu Samah.
Cara beliau ini membolehkan kita menyediakan sos bolognese untuk 5 kali makan dan tahan hingga 6 bulan. Malah menurut beliau rasanya pun lagi sedap dari sos segera.
Buat sendiri sos spageti frozen, tahan 6 bulan boleh 5 kali makan
Sementara ada mood kita buatlah sos speghetti frozen, standby untuk Ramadan. Biasanya bila dah hujung puasa, tak lalu dah nak makan nasi.
Masukkan dalam paket kecil dan simpan dalam freezer, sos oni boleh tahan 6 bulan.
Ads
Bahan-bahan
7 kg tomato merah -buang kulit, biji dan kisar
5 biji bawang besar -didadu
15 ulas bawang putih – dipecahkan dan didadu
3 – 4 sudu besar garam
2 sudu besar – gula
Origano, parsley, basil (serbuk kering) – 2 sudu besar setiap satu
2 susu besar chili flakes
2 sudu besar lada hitam
Bay leaves
2 tin besar tomato puri
2 tin cendawan hiris (optional) ( letak 1/2 jam terakhir)
Cara membuat
1. Panaskan sedikit minyak jagung, tumis bawang besar, bawang putih. Jangan garing, cukup layu saja.
2. Masukkan tomato yg dikisar halus.
3. Masukkan 2 tin tomato puri bersama garam, gula, lada hitam dan semua daun herba.
4. Reneh atas api kecil dalam 2 jam. Kurang 2 jam sikit pun boleh.
Ads
5. Setengah jam terakhir masukkan cendawan yang dihiris.
6. Dah bila kuah dah sejuk masukkan dalam paket kecil sebelum simpan dalam freezer. Kuah spageti bolognese ini boleh tahan sehingga 6 bulan.
INFO: Sos ini lebih kurang 6 kg, boleh 5 kali makan. Rasanya lagi sedap berganda dari sos dalam botol.
Ads
Cara penggunaan sos
Bila nak makan hanya perlu tumis daging cincang, tambah sos di atas dan perisakan ikut citarasa. Boleh juga tambah beefball. Boleh jadi sos lasagna atau piza.
Tip buang kulit tomato
Kelar kulit tomato kemudian celur dalam air menggelegak hingga nampak kulitnya terkoyak. Jangan lama, nanti lembik. Nanti kulit tomato mudah dikupas macam kupas pisang.
Musim bola ni memang sedap kalau layan menu ala carte yang mudah, cepat dan sedap. Sesuai makan panas-panas sambil menonton bola sepak Piala Dunia. Tak sampai 10 minit siap masak, janji semua bahan ada dalam dapur. Anda yang bujang, apa tunggu lagi jom tunjuk skil memasak.
PAD THAI UDANG
BAHAN-BAHAN:
300gm Kue Teow Thai | rendam lebih kurang 30 minit kemudian tokan
1 batang fish cake | hiris memanjang
100gm udang | buang kulit, cuci bersih dan tos
2 biji telur
50gm tauge
50gm daun kucai
4 tangkai cili padi | hiris
3 ulas bawang putih | cincang halus
2 ulas bawang merah | cincang halus
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan air asam Jawa
1 sudu makan kicap
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK;
Sebelum menggoreng sediakan sos masam manis dahulu dengan mencampurkan gula, air asam Jawa dan sos ikan kacau rata hingga gula larut. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, apabila minyak panas masukkan kue teow kacau rata lebih kurang satu minit.
Kemudian masukkan sos yang telah siap disediakan tadi. Kacau rata hingga sebati dengan minyak dan sos.
Tolakkan mi ke tepi kuali, tambahkan satu sudu minyak, tumiskan bawang putih dan merah, hirisan cili padi. Seketika kemudian masukkan pes cili.
Seterusnya masukkan pula fish cake dan udang.
Kacau rata, kemudian ketepikan kue teow dan tungkan telur dan kacau hingga menjadi telur hancur.
Kemudian perasakan dengan sos tiram, kicap, garam dan gula secukupnya.
Kacau rata dan akhir sekali masukkan daun kucai dan tauge. Kacau lagi seketika.
Tutup api, Pad Thai Udang sedia dihidangkan.
SPAGETI GORENG BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
250gm spageti | rebus dan tos
2 biji telur
100gm udang | buang kulit dan kepala
1 batang fish cake | hiris
4 biji tauhu kering | hiris
100gm sawi hijau | hiris 3cm
2 sudu makan pes cili
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
3 ulas bawang putih | titik
1/2 biji bawang besar | dadu halus
3 biji cili padi | titik
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan pula udang.
Apabila udang bertukar warna kemerahan, masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos ikan.
Kacau seketika, masukkan pula spageti, terus kacau.
Pecahkan telur di dalamnya dan masukkan sawi. tauhu dan cili yang telah dititik tadi.
Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
NASI GORENG DAGING
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi
150gm daging | hiris kecil
4 batang kacang panjang | hiris halus
5 biji cili padi merah | hiris halus
1/2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes cili
1 sudu makan kicap pekat
2 ulas bawang putih | ketuk
1/2 biji bawang besar | potong dadu kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis daging hingga kering airnya, angkat dan ketepikan.
Seterusnya, sediakan nasi goreng. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
Masukkan pes cili, hirisan cili dan kacang panjang, kacau rata dan masukkan daging.
Gaul rata, kemudian masukkan nasi, sos tiram dan kicap pekat. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Tercari-cari menu makan malam yang mudah dan sedap? Seleksi masakan panas ala gerai ini pastinya menjadi kegemaran ramai. Sajian tidak terlalu berat namun sangat sedap dan membuka selera. Bagi anda yang tercari-cari idea hidangan makan malam terbaik yang mudah dan sedap, seleksi menu hidangan makan malam gaya gerai masakan panas perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni boleh dicuba.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang holland, daun limau purut, serai, halia, lengkuas dan cili padi hingga wangi dan keperangan.
Bila sudah naik bau, masukkan hirisan isi ayam. Tambahkan juga pes tomyam.
Masukkan air dan juga perencah mi segera. Kacau rata.
Untuk memekatkan kuah, tuang sos cili dan sos tiram. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.
Kemudian masukkan hirisan bunga kubis. Masak hingga lembut.
Tambahkan juga hirisan cendawan, kalian dan juga tomato.
Masukkan hirisan sotong, udang dan juga mi segera.
Masak sekitar 1-2 minit hingga mi lembut.
Sedia untuk dinikmati.
3. MAGGI GORENG SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi segera perisa kari
1 biji bawang merah (saiz syiling 10 sen) – tumbuk
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sehingga wangi bahan tumbuk tadi. 2. Kemudian masukkan isi ayam yang dihiris nipis serta lebar. Gorenmg seketika. 3. Kemudian masukkan kicap pekat, kicap lemak manis, kicap cair, kicap sotong dan sos cili. 4. Masukkan pula hirisan sotong dan tambahkan air. 5. Seterusnya masukkan mi ke dalam kuali. Gaul hingga sebati. 6. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya. 7. Setelah urat mi menjadi lembut, masukkan udang. Selepas seminit dua, pecahkan telur. Gaul sebati. (Pastikan ada baki kuah dalam mi. Jika kering, masukkan sedikit air lagi sebelum dipecahkan telur) 8. Masukkan sawi, tauge dan hirisan cili merah. Kacau seminit sebelum ditutup api. 9. Mi Goreng sedia dihidangkan untuk makan malam. Nikmati bersama sambal cili, keropok ikan dan sedikit perahan jus limau nipis untuk rasa lebih enak.
Memang sedap mi goreng basah seafood. Boleh dimakan pagi atau untuk minum petang. Kalau tetamu datang pun, boleh hidangkan. Nak masak senang, rasa pun sedap. RASA berikan resipinya. Cubalah. Confirm tak kecewa.
MI GORENG BASAH SEAFOOD
BAHAN TUMBUK
6 biji cili padi
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
4 sudu kecil lada hitam
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram udang
Setengah cawan air
3 sudu besar sos tiram
Kicap manis secukupnya
1 biji tomato (potong kiub)
200 gram mi kuning
Garam dan gula jika perlu
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong dan udang. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis.
4. Masukkan sayur dan mi. Gaul sebati.
5. Boleh tambah garam dan gula jika suka. Biar seketika dan matikan api.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!