Apa cara untuk menyedapkan masakan? Selain menggunakan serbuk perasa, kaedah ini menyedapkan masakan iaitu dengan menggunakan air rebusan udang. Air rebusan udang rasanya manis dan lebih tahan lama berbanding dengan rebus semata-mata.
Menurut Siti Hazneza Abdul Hamid, air rebusan udang boleh digunakan untuk buat kuah mi Hokkien Pulau Pinang (berkuah, bukan goreng seperti di Kuala Lumpur); mi Jawa; pasta kuah putih dengan makanan laut dan nasi berperisa.Boleh dipelbagaikan dengan menambah bawang putih, lada hitam/putih dan cili.
Cara membuat:
1.Kulit dan kepala udang dibasuh bersih dan ditoskan. Lebih kering lebih baik.
2.Panaskan minyak dalam kuali/ periuk.
3.Masukkan kulit dan kepala udang dalam minyak yang sudah panas.
Ads
4.Goreng sehingga air kering (jika masih berair) dan warna kulit udang berubah
5.Tambah air sehingga hapus kulit udang.
6.Apabila sudah mendidih, renehkan untuk seketika (5-10 minit)
7.Tapis air rebusan.
8.Tapisan pertama, warna air rebusan agak jernih/ cair.
9.Masukkan kulit dan kepala udang dalam blender dan mesin kasar dengan sedikit air.
10.Cukup sekadar begini, tidak perlu terlalu halus.
11.Tapis air kisaran kulit dan kepala udang.
Ads
12.Warna air kisaran lebih pekat dan lebih berperisa.
13.Boleh simpan dalam tempat sejuk beku dan guna apabila perlu.
Suka tomyam? Ha..Biasanya anda mesti buat tomyam kuah merah yang guna pes tu kan? Apa kata, kali ni cuba pula buat Tomyam Udang Campur tapi versi tak guna pes pun. Ada juga yang panggil Tomyam Putih. Memang dijamin sedap! Resipi ni adalah perkongsian Puan Zira Tag. Selamat mencuba.
RESIPI TOMYAM PUTIH UDANG
BAHAN-BAHAN:
Udang segar secukupnya – boleh tambah aneka bahan lain seperti sotong, lala, kepah dan sebagainya.
Isi ayam secukupnya
1 biji bawang besar – belah 4
1 biji tomato – belah 4
3-4 batang serai
5-6 helai daun limau purut
Aneka sayur kegemaran – cendawan, lobak merah, bunga kubis dan sebagainya
Jus limau nipis secukupnya
Sedikit susu cair
Daun ketumbar secukupnya
Akar ketumbar – dibersihkan
Garam dan perasa secukupnya
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan bahan kisar. Masukkan juga akar ketumbar.
Setelah air mendidih, masukkan serai, daun limau purut, ayam, udang dan lain-lain bahan mentah yang digemari. Masak lebih kurang tiga minit.
Kemudian masukkan susu cair diikuti perahan jus limau nipis, garam serta perasa. Kacau sebati dan padamkan api.
Tabur daun ketumbar. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF:Jika ingin campur dengan sotong, celur sotong dalam periuk berlainan kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk tomyam. Ia bertujuan mengekalkan rasa manis udang dalam kuah tomyam.
Udang boleh dipelbagaikan masakannya. Selain digoreng biasa, menu berkuah seperti udang masak merah madu ni sedap rasanya. Ada rasa masam, manis dan pedas. Nak special lagi boleh gandingkan dengan nasi minyak. Tetamu datang bolehlah jamu lauk ni, pasti ramai yang suka.
Anda yang suka makanan yang pedas-pedas, jangan lupa singgah di Restoran Rumah Cibiuk, Seksyen 14, Shah Alam. Restoran ini menyajikan masakan Sunda yang rata-rata masakananya adalah pedas sedap. Tak cukup pedas ! Boleh tambah sambal dari enam variasi yang ada.
Kalau nak cuba masak sendiri, ini ada empat resipi yang dikongsikan bersama. Tapi jangan tak cuba. Lebih jimat kalau masak sendiri.
NASI LIWET AYAM BAKAR KAMPLIT
BAHAN NASI LEWET:
500gm beras wangi
3 ulas bawang merah | kisar halus
3 ulas bawang putih | kisar halus
2cm halia | kisar halus
2 sudu makan marjerin
1 sudu makan minyak
1 cawan santan
Air secukupnya
4 helai daun salam
4 helai daun limau purut
1 batang serai | titik
Garam secukupnya
BAHAN AYAM PANGGANG:
1 ekor ayam kampung | belah empat
200ml air
BAHAN KISAR UNTUK AYAM BAKAR:
2 helai daun salam
3cm lengkuas
4 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
Garam dan gula secukupnya
BAHAN SAMPINGAN:
Sambal goreng bawang
Hirisan ikan masin
Hirisan jering goreng
Hirisan tempe goreng
Hirisan tauhu goreng
Ulam-ulaman
CARA MEMASAK:
Panaskan marajerin bersama minyak, tumiskan bahan kisar bersama serai,halia,daun salam dan daun limau purut hingga wangi.
Masukkan beras wangi diikuti air dan santan.
Kemudian perasakan dengan garam secukup rasa.
Tutup periuk dan masak seperti biasa dalam periuk elektrik.
Setelah nasi masak, letakkannya di atas daun pisang dan letakkan ditengahnya dengan sambal bawang, daun kemangi.
Gulungkan dan kemas di kedua-dua hujung gulungan. Ketepikan.
Sementara itu sediakan ayam panggang. Gaulkan ayam bersama bahan kisar berserta air, garam dan gula secukupnya. Masak hingga airnya kering.
Kemudian sediakan pemanggang atau panaskan ketuhar dengan suhu 180C. Panggang atau bakar ayam lebih kurang 15 minit. Setelah masak , ketepikan.
Hidangkan Nasi Liwet bersama ayam bakar, tempe goreng, tauhu goreng dan jering goreng.
AYAM BAKAKAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam kampung | bersihkan dan tos
1000ml sanatan pekat
3 helai daun salam
3cm lengkuas | titik
1 batang serai | titik
1 sudu makan gula merah
1 sudu teh serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji buah keras | goreng sangai
2cm halia
2cm lengkuas
6 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan bahan kisar halus.
Kemudian masukkan dalam periuk, tuangkan santan di dalamnya bersama daun salam, serai dan lengkuas titik, garam dan gula secukup rasa.
Tutup periuk dan masak atas api sederhana hingga kuah pekat.
Tutup api dan biarkan ayam sejuk seketika.
Siapkan pemanggang. Panggang ayam hingga garing .
Hidangkan bersama hirisan tomato dan timun.
IGA BAKAR KICAP
BAHAN-BAHAN:
1kg tuluang rusuk lembu | potong 7cm
10 sudu makan kicap
500ml santan
1 sudu makan gula perang
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan air asam Jawa
1000ml air
Garam secukupnya
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 tangkai cili kering
3 biji buah keras
2cm lengkuas
5ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Gaulkan tulang yang sudah dicuci bersih dengan bahan kisar dan perap selama 20 minit.
Panaska minyak, tumiskan tulang yang telah diperap sehingga berubah warna.
Masukkan air, gula perang, air asam dan garam secukupnya. Masak hingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan kicap dan santan.
Kacau rata dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat.
Tutup api, biarkan tulang sejuk seketika.
Seterus sediakan pemanggang.
Sementara pemanggang panas, sampukan lebihan kuah rebusan pada tulang dan bakar hingga wangi.
CUMI BAKAR:
BAHAN-BAHAN:
500 gm sotong | buang kepala dan kulit arinya
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh perasa ayam
1 helai daun salam
Garam secukup rasa
2cm lengkuas | ketuk
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
2cm kunyit hidup
3 biji buah keras
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
UDANG PETAI BERLADA
BAHAN-BAHAN:
300gm udang segar | buang kulit dan kepala
1 cawan isi petai | buang kulit ari
1 sudu makan jus limau anaipis
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
3 biji cili merah
12 biji cili padi
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1sudu the serbuk belacan
1 biji tomato
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan air limau nipis. Biarkan lima minit, kemudian bilas dengan air bersih dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng seketika udang. Angkat dan ketepikan.
Paanaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan udang yang telah digoreng bersama petai, kacau rata.