Sup Bunjut ni memang antara bahan wajib ada kalau nak masak hidangan sup yang sedap dan enak terutamanya sup daging, sup tulang dan sup ayam. Nampak macam bahan yang ringkas je tetapi kalau tiba-tiba nak masak sup tapi tak ada bahan ni, memang tak keruan jadinya. Nak ke kedai semata-mata untuk beli uncang ni, agak tak berbaloi. Jadi anda boleh buat sendiri dengan mencuba cara perkongsian dari page Delihayat Kitchen ni. Mudah sangat-sangat. Boleh buat stok dekat dapur.
CARA BUAT CAMPURAN SUP BUNJUT
BAHAN A (untuk 1 bunjut):
- 1 keping kulit kayu manis – pecahkan jadi kecil, ambil sedikit sahaja.
- 1 kuntum bunga lawang – ceraikan
- 3 kuntum bunga cengkih
BAHAN B (dipecah-pecahkan):
- 1 sudu makan ketumbar
- 1/2 sudu teh jintan putih
- 1/2 sudu teh lada putih
- 1/2 sudu teh jintan manis
- 3 biji buah pelaga – pecahkan
- Secubit biji sawi
- Secubit biji kas-kas – jika tiada, boleh abaikan
CARA MEMBUAT:
1. Ambil bahan B dan pecah-pecahkan (tumbuk sedikit sahaja).
2. Kemudian masukkan bahan A dan B ke dalam kain kasa (kain balut luka). Kain ini boleh dibeli di farmasi.
3. Bentukkan uncang dan lilit menggunakan benang. Sedia untuk digunakan dalam masakan.
INFO RASA: Boleh buat dalam jumlah yang banyak dan simpan uncang sup bunjut dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Delihayat Kitchen
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cuba Buat! Ikut Sukatan Buat 4 Jenis Rempah Kari, Resipi 50 Tahun Terbongkar.
Orang dulu-dulu mereka lebih suka jika bahan rempah ratusnya digiling untuk mendapatkan pes yang sedap tetapi jika tidak cukup salah satu rempah ini maka tidak akan terhasil rempah kari yang sedap. Ikuti resipi yang Puan Normah kongsikan ini, datangnya dari emaknya lebih dari 50 tahun yang lalu. Cuba sukatan untuk pelbagai rempah yang disediakan ini.
Masa kecik dulu, mak selalu minta saya hantar bahan ni pada sorang Mak Cik untuk di giling, Alhamdulillah lebih 50 tahun berlalu, saya masih ingat bahan-bahan ini.
BAHAN UNTUK BUAT REMPAH KARI IKAN:
- 10-12 biji cili kering*
- 3 sb rempah biji ( ketumbar )*
- 3 ulas bawang putih *
- 1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
- Kunyit hidup
- 10-15 biji lada hitam*
- 2 sb jintan putih*
- 1 sb jintan manis *
UNTUK KARI DAGING/AYAM/SEBARANG SIPUT:
- 10-12 biji cili kering*
- 3 sb rempah biji (ketumbar)*
- 2sb jintan manis*
- 10-15 biji lada hitam*
- 2 ulas bawang putih
- 1 labu bwang besar( 5-7 ulas bawang kecil)
- Sedikit kunyit hidup
- Sebesar ibu jari halia
- 1/2 ibu jari lengkuas
JIKA ADA YG SUKA MASUKKAN SERAI
- Untuk sukatan ni 1 batang serai dah mencukupi.
- Boleh diketuk saja dan masukkan kemudian.
CARA MEMASAK:
- Bahan yang bertanda * dibasuh , tapis dan rendam dgn air panas selama 10 minit , Kemudian blend kesemuanya termasuk bahan lain sehingga betul2 halus.
- Sedia untuk dibuat kari .
- Masak la cara yg sama seperti kita guna serbuk kari.
Kalau buat rempah sendiri , kita tk kan rasa was2 lagi .
KONGSI RESIPI: Normah Bahari
Sup Daging Ala Thai Ada Rasa Masam Pedas. Makan Dengan Nasi Putih Ada Telur Dadar Paling Ngam!
Sup Daging Ala Thai menu pembuka selera yang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang masam pedas makan dengan nasi putih dan ada pula telur dadar memang ngam lah!
Kalau ada tulang dan lemak sikit masukkan semua baru sedap sup yang dibuat. Kalau yang diet nak ratah sahaja pun sesuai.
Yang suka pedas letak cili banyak-banyak perah limau. Empunya resipi menggunakan perencah sup siam bagi menyedapkan lagi hidangan sup yang dibuat.
Sup Daging Ala Thai
Bahan-bahan:
Sepeket daging frozen
2 biji ubi kentang – belah 4 atau 2
Tomato – belah 4
1 batang serai
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Sup bunjut
Saderi
1 paket perencah sup siam Adabi
Garam secukup rasa
Jus limau nipis
Cili api jika suka pedas
Daun sup – untuk hiasan
Cara memasak:
- Mula-mula rebus daging yang dah dipotong-potong. Empunya resipi menggunakan preasure cooker untuk merebus daging.
- Bila dah siap rebus, masukkan kentang size kecik yang dah dibelah 2.
- Dalam kuali yang lain tumis tumis serai 1 batang (dititik), bawang merah, bawang putih,halia dan juga sup bunjut.
- Tumis sampai caramelised
- Kemudian tuang tumisan tadi dalam air rebusan yang berisi daging tadi.
- Letak perencah sup siam Adabi
- Rebus sehingga kentang empuk, letak tomato, batang saderi, garam dan sedikit air limau nipis dan juga cili api yang telah diketuk.
- Daging sudah empuk, bolehlah taburkan daun sup.
- Siap untuk dihidangkan.
Kredit: Nik Hakimah
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Daging Masak Kicap Paling Sedap. Lelaki Ini Kongsi Resipi Air Tangan Mak Mentua
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Jom Buka Dengan Sajian Indonesia. Ramuan Mudah Dibuat & Serasi Selera
Korang mesti tau kan masakan Indonesia banyak persamaan dengan lauk Melayu. Dah nama pun negara serumpun mestilah seleranya pun lebih kurang aje. Seperti juga juadah di Malaysia, juadah Indonesia juga kaya dengan rempah. Citarasa yang serasi dengan tekak kita
Nak cuba lauk Indonesia untuk berbuka, jom ikuti resepi sajian Indonesia sentuhan idea Chef Ardy Daniel dan Chef Faridul Ataras Abdul Razak dari Hotel Crystal Crown ini.
1.OPOR AYAM
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam |dipotong 12 bahagian
- 500 gm santan segar
- 3 batang serai |diketuk
- 4 helai daun salam
- 6 helai daun limau purut |dicarik
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan dikisar:
- 3 sm lengkuas
- 8 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 6 biji buah keras
- 1/2 sudu teh biji jintan
- 2 sudu makan gula merah
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar, serai dan daun salam.
2. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, lada sulah dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan potongan ayam dan gaul hingga sebati.
4. Masukkan pula santan sehingga mendidih.
5. Kecilkan api dan apabila kuah sudah mula pekat, perisakan dengan garam dan gula merah.
6. Opor ayam boleh dihidangkan.
Saiz hidangan : 2- 3 orang makan
Masa memasak :25 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Opor ayam cukup terkenal di kalangan masyarakat Jawa. Di Johor sajian ini juga adalah di antara sajian tradisi negeri ini.
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Lauk ini banyak menggunakan santan, jadi untuk menjaga kualiti santan campurkan sedikit garam dan sebiji cili padi jika mahu menyimpan.
2.IKAN GORENG PURBAKALA
BAHAN-BAHAN:
- 600 gm ikan tilapia (1ekor)
Bahan A :
- 6 biji cili merah | dikisar
- 4 biji cili hijau |dikisar
- 4 ulas putih |dikisar
- 2 biji bawah merah |dikisar
- 10 biji cili burung (cili padi) |dikisar
- 2 batang serai |dikisar
- 1 sm belacan |dibakar dan dikisar
- 3 sudu makan air asam jawa
- 2 sudu makan jus limau nipis
- 4 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Lumurkan ikan bersama kunyit, garam serta air asam. Perapkan selama satu jam.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan dengan api yang sederhana, angkat bila ikan sudah masak sempurna.
3. Kemudian gunakan minyak menggoreng ikan dan tumiskan semua bahan A (bahan dikisar) dalam kuali dengan api yang sederhana.
4. Biarkan sehingga kering, masukkan garam, gula, jus limau nipis dan asam jawa secukup rasa.
5. Tutup api dan ia sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 2- 3 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Penggunaan cili merah, hijau dan cili burung menyebabkan ia berperisa dan agak pedas
Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Untuk mengelakkan ikan melekat di kuali sewaktu menggoreng, gaulkan ikan dengan asam keping sampai ia meresap rasa asam itu.
3.NASI GORENG BATAM
BAHAN-BAHAN :
- 150 gm nasi putih
- 2 biji telur ayam
- 5 ekor udang harimau
- 5 keping isi ayam |dihiris
- 1 ekor sotong putih | dihiris
- 2 ulas bawang putih | dititik
- 2 biji bawang merah | dihiris
- 5 ekor udang kering |ditumbuk
- 2 sudu makan pes cili kering
- 3 sudu teh kicap pekat
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk hiasan :
Telur sarang
Keropok udang
Acar mentah
Chicken boxing
CARA MEMASAK :
1 .Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering.
2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga garing, dan masukkan kicap dan telur.
3. Masukkan ayam, udang dan sotong sampai separuh masak dan masukkan nasi.
4. Gaulkan sampai garing. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa
5. Hidangkan bersama keropok udang dan bahan hiasan yang lain.
Saiz hidangan : 1 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Nasi
Keistimewaan : Set makanan lengkap, boleh menjadi sajian pagi, tengahari mahu pun petang
Anggaran kos : RM 14
INFO CHEF: Untuk nasi tahan lama, masa masak nasi perah sedikit jus limau nipis ke dalam berasa yang sudah disukat air. Jangan risau rasa tak berubah dan menjadi lambat basi.
4.SATE AYAM BALI
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm ayam kisar halus
- 3 sudu makan minyak masak
Bahan perapan ayam :
- 8 biji bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- 2 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu makan madu
- 1 sudu makan gula merah
- 1 sudu makan gula pasir
- 2 sudu makan asam jawa
- Garam secukup rasa
Bahan sos kacang :
- 2 biji cili merah
- 5 tangkai cili kering
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu makan gula melaka | dicincang halus
- 120 gm kacang tanah| ditumbuk
- 50 ml air panas
- 4 sudu makan kicap manis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Cara buat perapan: Kisar semua bahan perapan dan masukkan minyak bagi memudahkan proses pengisaran dan hancur halus.
2. Sapukan dan gaulkan bahan kisar kepada isi ayam dan perapkan selama dua jam supaya bahan meresap dan sebati.
3. Selepas itu boleh dicucuk pada batang serai dan dipanggang.
4. Cara buat sos : Kisar bahan sos kacang dan tumiskan dalam minyak yang panas.
5. Tumis hingga naik baik dan masukkan gula melaka dan garam secukup rasa
6. Masukkan kicap manis. Dan biarkan hingga naik minyak dan masak
7. Sate ayam siap dihidangakan bersama sos kacang.
Saiz hidangan : 1-2 orang
Masa memasak : 25 minit
Cara memasak : Panggang dan bakar
Jenis masakan : Sate
Keistimewaan : Sate boleh disajikan untuk majlis keraian dan sedap dimakan bersama ketupat.Jika di Indonesia dimakan bersama tempe
Anggaran kos : RM 12
INFO CHEF : Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk isi ikan, kambing dan lembu.
5. SUP BUNTUT (EKOR LEMBU)
BAHAN-BAHAN :
- 1/2 kilo daging lembu
- 1500 ml air
- 1 senduk minyak masak untuk menumis
- 4 biji ubi kentang | dipotong dadu
- 3 biji lobak merah | dipotong dadu
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 5 ulas bawang putih| dikisar
- 8 biji bawang merah| dikisar
- 1 sm halia | dikisar
- 5 tangkai bunga cengkih
- 4 biji pelaga
- 2 biji bunga lawang
- 10 gm kulit kayu manis
- 1 sudu teh gula
- 2 biji tomato/dipotong dadu
- 2 sm kulit kayu manis
- 2 ketul stok daging
Bahan tabur :
- Bawang goreng
- Saderi/ dihiris
- Daun bawang dan daun sup /dihiris
CARA MEMASAK :
1.Cuci bersih ekor dan rebus dalam air mendidih selama 15 minit.
2.Buang airnya.
3.Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih, merah bersama rempah bunga lawang, cengkih, pelaga dan kayu manis.
4.Masukan serbuk ketumbar, jintan dan lada sulah.
5.Tumiskan bahan sampai naik bau.
6.Masukkan ekor dan tuangkan air, rebus selama dua jam
7.Selepas daging empuk , masukkan bahan seperti kentang, lobak dan tomato serta stok daging.
8.Perisakan dengan garam
9.Siap untuk dihidangkan dan taburkan bawang goreng, daun sup, saderi dan daung bawang
Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 1 jam 15 minit (jika guna pressure cooker)
Cara memasak : Tumis dan rebus/reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Jika suka anda boleh memerah limau nipis untuk melazatkan lagi sup dan mengurangkan kandungan lemak.
Anggaran kos : RM 25
INFO CHEF : Ekor lembu adalah bahagian daging yang susah untuk empuk dan mengambil masa yang lama. Anda boleh memasukkan beberapa biji kurma untuk melembutkan daging semasa merebus.
TERIMA KASIH : CHEF FARIDUL ATARAS AB RAZAK & CHEF ARDY DANIEL dari Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, Selangor