Resipi air tangan orang tua dulu-dulu, memang sedap. Hanya menggunakan bahan yang ‘basic’, tapi hasilnya memang membuka selera. Menerusi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi, beliau berkongsi resipi air asam yang diwarisi dari arwah neneknya. Mesti sedap! Ada pula ikan bakar. Fuhhh… Jom cuba!
RESIPI AIR ASAM PUSAKA & IKAN KETUKA BAKAR
BAHAN-BAHAN:
Ikan ketuka/ pari – siang bersih
BAHAN AIR ASAM:
Ads
4 ulas bawang putih – dibakar
6 biji bawang merah saiz bola pingpong – dibakar
1 1/2 inci belacan – dibakar
Beberapa biji cili padi
2 biji limau nipis saiz besar
3/4 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
3/4 sudu makan perencah Hilal – abaikan jika tiada
1/2 cawan air
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan bara dan bakar ikan ketuka/pari tanpa garam hingga masak dan garing pada kedua-dua belah. Angkat dan ketepikan.
2. Untuk menyediakan air asam, kupas bahan-bahan bakar dan tumbuk bersama cili padi hingga lumat.
3. Kemudian perasakan dengan garam, gula serta perencah. Gaul rata. Kuantiti bergantung pada citarasa. Kurangkan jika terlalu berperisa.
Ads
4. Perah jus limau nipis dan gaul sekali lagi hingga sebati. Guna tapis bagi mengelakkan biji masuk ke dalam air asam.
5. Tambahkan air masak. Gaul sekali lagi.
Ads
6. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar.
INFO: Selain ketuka atau pari, pencicah air asam ini juga sesuai dinikmati dengan aneka ikan bakar yang lain.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ada telur je dekat rumah? Bolehlah cuba resipi Telur Sambal Cili Kering ni. Kedengaran macam biasa je kan lauk ni? tapi kalau dah siap lauknya gerenti berselera bila makan bersama nasi panas. Lauk Telur Sambal Cili Kering macam ni jangan pandang sebelah mata, perah limau dan taburkan sedikit daun bawang lagi naik rasa lauk ni.
Resipi penuh telah dikongsikan oleh Wan LuQman di Facebook dan telah di kongsi banyak kali oleh pengikutnya di Facebook. Ramai yang dah cuba resipi ni dan sangat berpuas hati dan sukakan gabungan telur dan rasa cili kering. Jom kita cuba resipi ini.
Bagi anda yang pernah ke Thailand dan menikmati aneka sajian makanan laut serta kerang-kerangan, pasti pernah rasa keenakan sos pencicah yang disediakan. Pedas, masam, manis memang cukup rasa.
Malah, sos ini juga sesuai untuk dijadikan pencicah bagi ikan kukus, daging bakar atau rebus, kuah kerabu perut, Popia Vietnam dan sebagainya. Memang membuka selera!
BAHAN-BAHAN:
Cili padi merah dan hijau cincang – jumlah ikut tahap kepedasan yang diingini.
3 bji bawang merah – cincang
2 ulas bawang putih – cincang
1 batang serai – cincang
1 sudu teh cili flakes
2 bji limau nipis -perah air
2 biji limau kasturi perah air
4 sudu makan sos ikan/kicap sotong
1 tangkai daun ketumbar – cincang
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan gula pasir
Garam secubit/sesedap rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati.
Orang Johor ni kalau makan goreng pisang ,karipap, popia dan lain-lain mesti lengkap dengan sambal kicapnya. Maka sambal kicap ni memang wajib ada di rumah, mudah nak menyicah nanti. Kalau mereka yang tidak biasa boleh cuba rasa. Boleh buat sendiri sambal kicap yang sedap ni.