Fucuk soya ni memang banyak guna dan sedap dimasukkan ke dalam pelbagai masakan. Letak dalam lontong boleh, sayur goreng jawa, sup sayur dan macam-macam lagi. Rupanya senang sangat nak hasilkan fucuk ni. Menerusi FB Lemang Biru, beliau berkongsi cara-cara membuat fucuk secara homemade hanya guna air soya. Mudah sangat. Malah kebersihan lebih terjamin dan lebih yakin untuk digunakan. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT FUCUK SOYA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Air soya segar – air soya kosong tanpa gula. Untuk lebih mudah, boleh beli air soya (tanpa gula)di pasar malam.
Chopstick secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air soya ke dalam periuk. Panaskan guna api kecil sahaja. Jika guna api besar, air soya akan hangus.
Ads
2. Biarkan air soya di dalam periuk tadi memanas. Jangan kacau atau gaul. Biarkan sahaja.
3. Lama kelamaan, pada bahagian atas soya akan terbentuk lapisan berkedut-kedut. Biarkan sehingga lapisan tersebut bertukar dari putih ke warna kekuningan.
4. Dengan menggunakan pisau, potong bahagian tepi supaya senang lapisan fucuk diangkat nanti. ( boleh rujuk video di bawah).
5. Ambil chopstick dan angkat fucuk tadi. Ulang proses yang sama sampai air soya habis.
Ads
6. Keringkan air pada fucuk dan boleh dijemur hingga betul-betul kering.
Ads
Boleh disimpan dan sedia untuk digunakan dalam masakan.
Pecal antara makanan yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ia sesuai dimakan pada bila-bila masa sama ada sarapan pagi, makan tengahari ataupun malam. Rahsia keenakannya terletak pada kuah. Kalau ‘power’ kuahnya, maka sedaplah pecal anda. Nak cuba? Resipi ini pasti memukau selera.
PECAL PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
300gm pucuk ubi |dibuang tangkai
BAHAN KUAH KACANG:
150gm kacang tanah | goreng tanpa minyak
3 sudu besar gula perang atau pasir
1 biji cili merah | dihiris
5 biji cili padi
2 ulas bawang putih | dihiris
2 biji bawang merah | dihiris
1cm halia | dihiris
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Masak air di dalam periuk dan celur pucuk ubi hingga lembut. Kemudian angkat, tos dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
5. Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
6. Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati. Tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.
7. Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.
8. Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.
9. Akhir sekali tuangkan kuah kacang atas pucuk ubi, gaul rata dan sedia dihidangkan.
Tiap kali menonton drama Korea , nama makanan ni sering disebut. Sebenarnya populariti K-Pop dan K-Drama lah inilah yang turut mempopularkan sajian mereka.
So cuti hari minggu ni , jangan lupa mencuba resipi dari Chef Qayyum Irwanzi yang berpengalaman bekerja di Korea Selatan.. Baru ada ‘feeling’ Korea masa menonton tadi.
1. GYERANPPANG (MUFFIN TELUR )
BAHAN-BAHAN :
½ cawan tepung gandum
1biji telur
2 sudu besar mentega | yang dicairkan
3 sudu besar gula kaster
Secubit garam
½ cawan susu segar
½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh esen vanilla
½ sudu teh minyak masak
4 biji telur | untuk diletakkan di atas adunan.
CARA MEMASAK : 1. Campurkan mentega yang dicairkan dengan gula kaster, serbuk penaik, esen vanilla, telur, tepung dan susu. Pukul sehingga adunan sebati. 2. Panaskan oven sehingga 160-180’C. 3. Beruskan bahagian bawah tempat pembakar dengan menggunakan minyak masak, tuangkan adunan ke dalam bekas pembakar hingga separuh. 4. Pecahkan telur di atas bahagian tengah adunan. 5. Bakar lebih 13-15 minit sehingga adunan masak kuning keemasan.
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 45 minit Cara Memasak : Stim atau bakar di dalam oven Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Muffin yang gebu dengan rasa telur segar
Info chef :Telur dipecah sebiji mentah-mentah di atas adunan dan di kukus atau bakar bersama adunan sehingga masak lembut kuning keemasan. Boleh divariasikan dengan menambahkan bahan seperti keju, sosej atau sayur-sayuran.
2. HOTTEOK (PENKEK MANIS KOREA )
BAHAN-BAHAN : Bahan kek beras :
250 gm tepung pulut (atau setengah bungkus)
1 sudu kecil minyak bijan
Secubit garam
Bahan sos :
5 sudu besar minyak masak
1 cawan air
5 ulas bawang putih | dikisr
5 cili api | dikisar
3 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan cuka masak
1 sudu makan pes cili kering
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Campurkan tepung beras, garam, minyak bijan dan air. Uli sehingga sebati 2. Uli doh memanjang & potong mengikut saiz yang anda inginkan. 3. Rebus doh ke dalam air yang mendidih bersama sesudu makan minyak masak sehingga doh masak (terapung dalam air didihan). Tapis dan asingkan, ketepikan. 4. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. 5. Kemudian masukkan air dan cuka. Kacau sehingga sebati. 6. Masukkan pes cili, sos cili Thai, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati sehingga sos menjadi pekat. 7. Setelah kuah mendidih masukkan kek beras yang dimasak tadi serta sesudu minyak bijan. Taburkan bijan untuk hiasan. 8. Boleh dihidangkan sekali bersama telur rebus.
Saiz Hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 1jam 30 minit Cara Memasak : rebus dan tumis Jenis Masakan : sajian Korea Keistimewaan : Rasa pedas dan amat mengenyangkan
Info Chef: Rasa pedas pes cilinya boleh diubah suai mengikut citarasa sendiri, Tteobokki adalah antara sajian street food yang paling popular di Korea Selatan.
4. PAJEON ( PENKEK DENGAN KUCAI)
BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
1biji telur
½ cawan air
1 ikat kucai | dipotong 2 sm panjang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1.Campurkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam . Gaul sehingga sebati. 2.Pecahkan telur ke dalam adunan dan kacau hingga sebati. 3.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Jika masih pekat tambahkan sedikit air lagi dan sekiranya terlalu cair tambahkan sedikit tepung gandum. 4.Masukkan kucai. Anda juga boleh menambah bahan lain seperti cili, udang atau sotong ikut citarasa anda. 5.Panaskan kuali bersama minyak masak. Tuangkan adunan sehinggga rata di atas kuali. 6.Terbalikkan adunan dan masak sehingga kuning keemasan. 7.Hidangkan bersama kicap cair seperti kebiasaan orang Korea
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 15 minit Cara Memasak : Goreng menggunakan minyak yang sedikit Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Seperti rasa lempeng tetapi bahan sayur kucai menambah perisa
Info Chef :Sesuai dimakan untuk sarapan mahupun minum petang. Resepi ini boleh dihidangkan mengunakan bahan sayur-sayuran sahaja atau ditambah dengan makanan laut sperti udang, sotong dan sebagainya.
5. EOMUK/ODENG (CUCUK KEK IKAN )
BAHAN-BAHAN :
200gm kek ikan Korea | ada dijual di pasaraya utama
1 ikat daun bawang dihiris halus
1 sudu makan kicap
1 sudu teh bawang putih | yang dicincang
1 sudu teh lada hitam
Garam secukup rasa
6 cawan air
30 gm ikan bilis
10 gm rumpai laut kering
100gm lobak putih
CARA MEMASAK : 1. Didihkan 6 cawan air bersama rumpai laut kering dan ikan bilis di atas api sederhana. 2. Keluarkan rumpai laut dan masukkan lobak putih yang dihiris halus. 3. Kemudian tapis , ambil hanya air rebusan tadi. 4. Potong kek ikan dan cucukkannya menggunakan lidi makanan. 5. Didihkan semula air rebusan bersama kicap, bawang putih dan garam 6.Akhir sekali masukkan kek ikan dan daun bawang ke dalam air didihan. Biarkan kek ikan direbus seketika. 7. Sedia untuk dimakan
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Rebus Jenis Masakan : Sajian Korea Keistimewaan : Sedap dimakan bersama air rebusan
Info Chef :Boleh juga mengunakan air didihan atau rebusan berperisa tomyam untuk kek ikan , ituu ikut citarasa anda.
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH YANG MENEPATI KEPERLUAN ANDA, JOM LAYARI DI SINI.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!