
Andai menikmati sajian nasi ayam di restoran terkenal, pastinya pernah rasa sambal halia ni. Selain sedap, ia juga bagus untuk buang angin dalam badan. Boleh cuba resipi perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni.
SAMBAL HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1 ketul halia ( saiz 1/2 tapak tangan )
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu makan daun bawang
- 3 sudu makan minyak masak
- Sedikit garam
- Sedikit air
CARA MEMASAK:
- Kisar halia, bawang putih dengan sedikit air hingga halus.
- Tapis dan buang airnya.
- Masukkan garam dan daun bawang. Kacau rata.
- Panaskan minyak masak hingga betul-betul panas. Tuang ke dalam bekas berisi halia tadi.
- Kacau hingga sebati. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Mazliza Ahmad
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Jenis Pes Untuk 5 Jenis Lauk Paling Sedap, Yang Ibu-Ibu Suka Masak!


Pes – Masak lemak cili api/sambal tumis/rendang/tom yum/padprik


1. SAMBAL TUMIS
BAHAN-BAHAN:
- Bawang kecil 10 biji
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 5 ulas
- Halia 1 inci
- Cili boh 1 senduk besar
- Belacan bakar 2 inci
CARA MEMASAK:
Tumis semua serentak sampai pecah minyak n naik bau.
2. MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
- Serai 1 ikat
- Bawang merah 10 biji
- Bawang putih 5 ulas
- Halia 1 inci
- Kunyit hidup 2 inci
- 15 biji cili api ( boleh tambah tolak ikut berapa pedas kita nak)
CARA MEMASAK:
Nak tumis dulu boleh, tak tumis pun boleh sebab ada sesetengah tempat masak lemak tak bertumis. Tapi saya tumis.
3. TOM YAM
BAHAN-BAHAN:
- Bawang Merah 10 biji
- Bawang besar 1 biji
- Cili Boh satu senduk besar
- Cili Api 10 biji
- Lengkuas 1 inci
- Serai seikat
- Udang Kering – satu sudu besar
- Daun limau purut 5-6 helai
- Serbuk belacan bakar – satu sudu besar
- Air asam jawa – satu cawan
CARA MEMASAK:
Tumis semua bahan kecuali air asam jawa. Bila dah naik bau dan pecah minyak, baru masukkan air asam jawa. Perasakan dengan garam n gula.
🙂
🙂
4. PADPRIK
BAHAN-BAHAN:
- Bawang besar 1 biji *
- Bawang Putih 3 ulas *
- Cili padi 5 biji *
- Cili Boh satu senduk besar *
- Daun limau purut 4 helai *
- Sos Tiram satu sudu besar
- Sos Tomato satu sudu besar
- Sos Cili satu sudu besar
- Kicap masin/manis agak2
CARA MEMASAK:
Tumis semua yang bertanda * Masukkan bahan2 lain waktu nak guna/masak nanti.
5. RENDANG
BAHAN-BAHAN:
- Bawang besar 5 biji
- Bawang kecil 10 biji
- Bawang putih 6 ulas
- Halia 2 inci
- Lengkuas 2 inci
- Kunyit hidup 2 inci
- 4 ikat serai (lebih kurang 12batang)
- Cili Boh 2 senduk besar
CARA MEMASAK:
Blend & tumis semua di atas sampai pecah minyak dan naik bau. Waktu nak masak nanti, baru masuk santan, kerisik dan daun kunyit.

Kredit resipi: Rosnita Liza Mohd Noor
Sambal Belacan Belimbing Buluh, Sedap Hingga Menjilat Jari

Kata orang, sambal belacan merupakan pembuka selera dalam mana-mana hidangan. Bila ada sambal belacan ni, makan nasi bertambah-tambah pun tak sedar. Makan pula dengan ikan bakar, memang tak pandang kiri kanan dah. Tetapi, tak semua orang tahu untuk buat sambal belacan yang sedap. Kali ini, kami kongsikan resipi sambal belacan menggunakan belimbing buluh yang dikongsi oleh Leya Aalieya.
RESIPI SAMBAL BELACAN BELIMBING BULUH

BAHAN-BAHAN:
- Belacan papar (besar ibu jari)
- Belimbing buluh 4/5 biji
- Lada padi 10 tangkai
- Lada besar 2 tangkai
- Tomato 1 biji
- Bawang merah 3 ulas
- Bawang putih 2 ulas
- Udang kering 1 genggam
- Garam (secukup rasa)
- Gula (secukup rasa)
- Ajinomoto @ pati ayam
- 3 sudu makan minyak (untuk menumis)
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar semua bahan di atas bersama sedikit air, panaskan kuali bersama minyak dan tumis bahan yang sudah dikisar tadi.
2. Masukan garam, gula dan perasa secukup rasa.
3. Bila dah kering dan pekat, tutup api dan siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman serta lauk-pauk kegemaran.


Selamat mencuba.
KREDIT RESIPI & FOTO: LEYA AALIEYA
ANDA JUGA BOLEH MENCUBA RESIPI INI:
Cara Masak Sambal Totok Tumis Jawa Yang Sedap & Mudah.

Sedapnya Sambal Totok Tumis Jawa perkongsian saudari Nor Haidah Md Said ni. Kalau makan dengan nasi panas-panas, memang tak perlu lauk lain dah. Selain itu, sambal ini juga sesuai dicicah bersama lempeng, jemput-jemput, ubi kayu rebus dan macam-macam lagi. Memang kaw dan padu! Rugi kalau tak cuba.
RESIPI SAMBAL TOTOK TUMIS JAWA
BAHAN-BAHAN:
- 15 biji cili padi siam
- 3 biji cili merah besar
- 4 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 2 genggam ikan bilis – rendam sekejap
- Belacan – besar ibu jari
- Sedikit air asam jawa
- Gula, garam dan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Tumbuk cili padi, cili merah, bawang putih, bawang besar, belacan dan ikan bilis kasar-kasar. Jangan kisar guna pengisar tetapi boleh guna food processor.

2. Panaskan minyak masak dan goreng bahan tumbuk tadi hingga garing dan pecah minyak. Minyak guna banyak sikit.

3. Bila dah garing, masukkan air asam jawa. Renehkan.
4. Kemudian masukkan gula ikut citarasa masing-masing. ( empunya resipi letak 2 sudu gula kerana suka sambal yang rasa manis sedikit).
5. Seterusnya masukkan perasa. Rasa sambal dan jika kurang masin, masukkan garam secukupnya.
6. Masak sambal hingga sedikit kering. Padamkan api dan siap untuk dinikmati.


INFO: Jika nak buat sambal dalam kuantiti yang banyak, boleh gandakan adunan bahan.
Kredit resipi & foto: Nor Haidah Md Said

