Yogurt memang best. Kalau campur dengan aneka buah segar, memang sedap. Selain itu yogurt ni juga pelbagai guna. Boleh letak dalam masakan, minuman, manisan dan macam-macam lagi. Nak belajar buat yogurt secara homemade? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT YOGURT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
300gm susu tepung
1 liter air panas
7 sudu besar yogurt starter (guna yogurt yang ada LIVE CULTURE. Empunya resipi guna brand Nestle Natural Set)
CARA MEMBUAT:
Ads
A. BANCUH SUSU:
Dalam periuk, masukkan air panas dan susu tepung. Panaskan guna api sederhana. Sentiasa kacau.
Masak sampai berbuih dekat tepi periuk. Tutup api dan biarkan susu suam.
B. SAMBIL TUNGGU SUSU SUAM, STERIL BALANG KACA.
1. Penuhkan balang dengan air panas. Steril selama 10 mins 2. Kemudian keringkan secara ‘air dry’. Jangan lap ye. Nanti terkena bakteria.
C. MASUKKAN YOGURT STARTER
1. Bila dah suam kuku, masukkan yogurt 7 sudu besar dan kacau. Kalau ada termometer, suhunya (susu) 60c. ( Nota: JANGAN MASUKKAN YOGURT MASA SUSU PANAS) 2. Kalau tak ada termometer, test dengan hujung jari. Susu masih panas tapi jari tak melecur.
D. MASUKKAN DALAM BALANG
1. Setelah masukkan yogurt dalam balang, pastikan ada ruang kosong macam balang saya. Ia bertujuan membolehkan bakteria bernafas.
Ads
E. SEDIAKAN INKUBATOR
1. Lapik 2-3 helai surat khabar lama dalam bekas tu.
F. SEDIAKAN AGEN PEMANAS
1. Isi air panas dalam beberapa plastik begini.
Ads
G. PERAM!
1. Masukkan balang kaca dalam inkubator. Selitkan plastik air panas di ruang kosong. 2. Pastikan ada sehelai dua surat khabar antara plastik air panas dengan balang. 3. Tutup inkubator. Peram 8 jam. 4. Kalau lepas 8 jam, yogurt anda belum betul-betul kental, gantikan air panas baru dan peram lagi 2-3 jam.
Next time nak buat lagi tak payah beli starter di kedai. Boleh guna yogurt homemade yang ini saja jadi starter. Selamat mencuba!
Roti jala kalau buat dalam jumlah yang banyak, pasti agak sukar nak tentukan jumlah bahan-bahannya. Tapi menerusi perkongsian saudari Azwa Mohtar, beliau menunjukkan cara-cara serta sukatan bahan untuk buat roti jala yang sempurna dan pasti menjadi. Mudah je rupanya! Enak dimakan bersama kuziatau kari ayam. Selamat mencuba. Boleh hidang untuk tetamu di hari raya nanti.
SUKATAN ADUNAN ROTI JALA YANG ‘PERFECT’
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
1 sudu makan marjerin
1 sudu makan garam halus
1 sudu teh pewarna kuning telur
1.7 liter air biasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pastikan tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.
2. Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan.
3. Angkat dan gulung dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan.
Takoyaki,street food dari Jepun yang diperbuat daripada bancuhan tepung dan dimasak bersama kubis cincang serta berintikan sosej, hirisan sotong, udang atau ketam. Dihidangkan bersama mayones dan bonito flakes menjadikan hidangan ini semakin digemari rakyat Malaysia. Jika dulu hidangan ini boleh diperolehi di restoran atau pasaraya tertentu, namun kini di pasar malam pun ada yang jual Takoyaki ni. Teringin nak masak sendiri? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Nora Abdullah. Pakai acuan Kuih Cara je.
6. Sengetkan kuih dalam acuan dan masukkan bancuhan tepung lagi sampai dapat bentuk takoyaki bentuk bulat ( jika pakai acuan takoyaki) atau bujur ( jika pakai acuan cara).
7. Golek-golekkan takoyaki hingga masak dan sedikit garing.
1. Masukkan air dan gula dalam kuali. Kacau sampai air gula menggelegak, kemudian masukkan pewarna pilihan. 2. Kacau-kacau sekejap. Bila agak-agak warna dah sebati, masukkan bihun. 3. Kacau lagi sampai warna dan bihun bersalut rata.
4. Bila dah bersalut elok, boleh angkat letak dalam dulang atau apa-apa bekas. 5. Panaskan minyak dalam 1kg. Bila minyak dah panas, ambil sedikit bihun dan goreng sekejap, masukkan dalam apa-apa acuan.
Kalau ada kuah kari lebih, selain buat lempeng atau cucur apa kata buat roti Arab pula. Cara membuat dan bahannya mudah saja. Jika nak hasil yang gebu lembut boleh ikut resipi yang dikongsi ini.