
Bercadang nak masak pulut kuning untuk sajian pagi raya nanti? Resipi pulut kuning ni anda boleh cuba. Sangat mudah dan tak perlu kukus pun. Dalam masa 30 minit, pulut kuning sedia untuk dinikmati. Kalau makan dengan rendang, perghh…memang terangkat habis!
PULUT KUNING RICE COOKER
BAHAN-BAHAN:
- 300gm beras pulut – basuh & tos air
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh garam halus
- 2 sudu makan gula
- 2 sudu makan minyak masak
- 2 helai daun pandan
- Santan dari 1/2 biji kelapa – anggaran 200-250ml
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Beras pulut dicuci dan ditoskan air. Masukkan ke dalam periuk nasi.

2.Masukkan serbuk kunyit, garam, gula, minyak masak dan air menyamai paras pulut.

3.Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.

4. Masak pulut menggunakan rice cooker seperti masak nasi.

5. Lepas 10 minit, akan jadi macam ni. Kacau-kacau pulut supaya sekata.

6. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Bila pulut nampak basah, berhenti tuang santan. Tak perlu habiskan. Biarkan selama 5 minit supaya pulut menyerap santan.

9. Tekan butang on pada rice cooker sekali lagi. Biarkan pada posisi warm sahaja. Biar pulut masak dan berkilat lebih kurang selama 10 minit.

10. Siap dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nazra Queen
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Soto Daging & Bihun Sup Bebola. Sajian Ringkas Tapi Sedap Untuk Tetamu Datang Beraya.

Dua resipi yang admin kongsikan ini antara yang anda boleh masak untuk sajian tetamu yang datang beraya nanti. Mudah, sedap dan cepat disediakan. Pasti memenuhi citarasa. Selamat mencuba!
1. SOTO DAGING

BAHAN-BAHAN:
- 1 kapit nasi impit segera | rebus hingga lembut, sejukkan dan ketepikan
BAHAN UNTUK KUAH:
- 500ml air
- 400gm daging | rebus empuk, carik-carik
BAHAN UNTUK SUP:
- 50gm rempah sup
- 1 biji bawang merah
- 1 inci halia
- 2 biji buah pelaga
- 1 batang kulit kayu manis
- Air rebusan daging secukupnya
- 30ml minyak masak untuk menumis
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN SAYUR:
- 30gm tauge
- 40gm kacang goreng
- Limau kasturi
- Sedikit daun bawang
BAHAN UNTUK SAMBAL KICAP:
- 50gm cili padi
- 40ml kicap manis
- 30gm gula pasir
- 20ml air
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan untuk sup kecuali minyak dan air rebusan.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi.
- Masukkan air rebusan, diikuti dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Gaul sebati.
- Biarkan ia mendidih, tutup api.
- Untuk menyediakan sambal kicap; kisar kesemua bahan hingga sebati.
- Untuk menyediakan soto; masukkan nasi impit ke dalam mangkuk. Tuang sup dan letakkan daging yang telah dicarik-carik, tauge, hirisan daun bawang, limau kasturi dan kacang goreng di atasnya.
- Sedia dinikmati bersama sambal kicap.
2. BIHUN SUP BEBOLA DAGING

BAHAN-BAHAN:
- 100gm bihun | celur ke dalam air panas hingga lembut, sejukkan
- Bebola daging secukupnya
- Air rebusan daging secukupnya
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 50gm rempah sup
- 1 biji bawang merah
- 1 inci halia
- 2 biji buah pelaga
- 1 batang kulit kayu manis
- Minyak masak secukupnya
BAHAN SAYUR:
- 30gm tauge
- Sedikit daun sup
- Sedikit limau nipis
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat sup; Kisar kesemua bahan kisar. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit bau.
- Masukkan air rebusan daging, bebola daging bersama garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sekata.
- Biarkan mendidih, tutup api.
- Untuk menghidang; masukkan sedikit bihun ke dalam ke dalam mangkuk. Tuangkan sup, atur bebola daging di atasnya.
- Letakkan sedikit tauge, hirisan daun sup dan limau nipis di atas.
- Sedia dinikmati bersama sambal kicap.
Sedap & Mudah, Resipi Nasi Ayam Hainan Versi Abah Masak


Nasi Ayam Hainan adalah resepi yang popular di kalangan orang-orang Cina. Lain orang lain cara buatnya. Kalau anda nak cuba kelainan, bolehlah cuba resipi yang ini.
Melalui perkongsian daripada Adnan Mat Abu ini, resipi nasi ayam Hainan ini versi yang paling mudah dibuat dan ada teknik untuk bagi ayam empuk dan lembut.
RESIPI NASI AYAM HAINAN VERSI ABAH MASAK

BAHAN UNTUK NASI:
6 cawan air rebusan ayam
4 cawan beras basmathi
2 sudu besar planta
TONTON Dapur Rasa Live: Asam Pedas Ikan Kembung
TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk
CARA-CARA:
1. Basuh beras dengan bersih dan toskan. Kemudian, campurkan air rebusan ayam dengan beras.
2. Masak di dalam periuk elektrik. Apabila nasi dah kering air, baru digaulkan dengan planta. Ketepikan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
BAHAN UNTUK REBUSAN AYAM:
1 ekor ayam (saya punya ayam berat 1.8kg)
Daun bawang
3 inci halia – beli online di sini
5 ulas bawang putih – beli online di sini
1 biji bawang Holland – beli online di sini
Kiub pati ayam – beli online di sini

[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]
CARA-CARA:
1. Ayam dilumur dengan garam. Bila air dan bahan-bahan rebusan dah mendidih, celupkan ayam selama 15 saat dan angkat. Rehat 15 saat, celup semula selama 15 saat. Ulang sebanyak 3 kali.


2. Kecilkan api, rebus ayam selama 30 minit. Air rebusan ini akan digunakan utk memasak nasi, buat sambal kicap dan sup.

3. Setelah 30 minit, angkat ayam dan masukkan ke dalam periuk yang mengandungi air bercampur air batu. Rehatkan ayam dalam air ais selama 10 minit.

4. Angkat ayam dan gantung. Saya bukakan kipas untuk pengaliran udara yang baik untuk ayam.

CARA POTONG AYAM:
1. Mula-mula belah dua. Sebahagiannya saya nak siram dengan kuah kicap je. Sebelah lagi nak dilumurkan dengan kicap, madu dan dibakar seketika untuk garingkan kulitnya.

2. Setelah dipotong dua, ayam dipotong lima (seperti dalam gambar). Kemudian ayam dipotong kecil-kecil.


3. Ayam disiram dengan kuah kicap. Baki ayam yang lain, diperap dengan madu dan kicap. Kemudian, dibakar.

BAHAN UNTUK KUAH KICAP:
3 sudu besar kicap lemak manis – beli online di sini
2 sudu besar sos sotong
2 sudu minyak bijan – beli online di sini
½ cawan air rebusan ayam
CARA-CARA:
Campurkan kicap lemak manis, sos sotong, minyak bijan dan air rebusan ayam. Kacau sehingga semuanya sekata.

BAHAN UNTUK SAMBAL:
5 biji cili padi merah – beli online di sini
3 biji cili besar merah – beli online di sini
3 ulas bawang putih – beli online di sini
1 inci halia – beli online di sini
½ cawan air rebusan ayam
Gula – beli online di sini
Cuka – beli online di sini
Garam – beli online di sini

CARA-CARA:
1. Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat. Siramkan dengan 2 sudu minyak masak yang dipanaskan.
2. Masukkan dalam alat pengisar dan kisar bersama cili padi, cili merah besar.
3. Tambah air rebusan ayam, gula, cuka dan garam.

Kredit resipi: Adnan Bin Mat Abu
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
7 Tips Gulai Ayam Kelate Jadi Cantik & Sedap, Boleh Cuba Resipi Ini
Resipi Mi Goreng Basah Tauhu Hancur. Sangat Sedap & Tak Guna Telur
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Set Nasi Kukus Kismis Bersama Lauk Kari Udang & Ayam Masak Berlada.

Teringin nak masak menu istimewa untuk suami dan anak-anak di hari cuti ni? Menu yang RASA kongsikan ni memang sedap. Nasi Kukus Kismis bersama dua menu lauk yang sangat mudah dan sedap! Jom cuba. Pasti tetamu berselera.
1. NASI KUKUS KISMIS

BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi
- 3 cawan air rebusan ayam
- 1 batang serai | titik
- 4cm halia |mayang halus
- Garam secukup rasa
- Kismis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Rendam beras sejam. Toskan.
- Kukus bersama serai dan halia hingga separuh masak.
- Tuang air rebusan ayam/daging yang dicampurkan sedikit garam ke atas nasi yang sedang dikukus dan gaul rata.
- Kukus lagi hingga nasi benar-benar masak.
- Tabur kismis ke dalam nasi yang telah masak dan gaul rata.
- Angkat dan sedia dinikmati.
2. KARI UDANG

BAHAN-BAHAN:
- 500gm udang | saiz XL
- 2 biji bawang besar | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 2cm halia | kisar
- 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
- 3 sudu makan serbuk kari ikan
- 2 sudu makan pes cili kering
- 2 sudu makan air asam jawa
- 100ml santan kotak
- 2 sudu makan minyak masak
- Garam dan gula secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bahan yang dikisar digaul bersama serbuk kari hingga sebati. (dijadikan pes).
2. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, Apabila daun kari sedikit layu, masukkan pes dan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan pes cili, sedikit gula dan garam sesedap rasa dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
4. Masukkan santan dan kacau perlahan lahan sehingga pecah minyak..kemudian tambah air ikut suka.
5. Setelah mendidih,masukkan udang dan gaul bersama sehingga udang masak..
6. Udang kari sedia dihidang
INFO CHEF: Jangan masak udang terlalu lama.
3. AYAM MASAK BERLADA

BAHAN-BAHAN:
- 500gm ayam | potong 7-8 ketul dan goreng
- 1 biji bawang besar | hiris kasar
- 1 biji bawang besar | kisar
- 4 ulas bawang putih | kisar
- 1 batang serai | kisar
- 1 sudu makan pes cili kisar
- 4 biji cili merah | kisar kasar
- 2 biji cili hijau | kisar kasar
- 1 asam keping gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
3. Tumiskan bahan kisar sampai pecah minyak dan masukkan daun limau purut dan asam gelugor.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan ayam yang dah siap goreng tadi bersama bawang besar yang telah dihiris.
6. Bila bawang layu, angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Jika tidak suka daun limau purut tidak perlu masukkannya. Atau ingin tambah bunga kantan juga boleh.

