
Pucuk ubi memang enak dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Kalau dicelur, selalunya ia dijadikan sajian pecal, gado-gado ataupun dinikmati bersama sambal belacan dan budu. Tapi pernah tak jadi bila anda celur, daun pucuk ubi akan bertukar warna coklat dan pucat? Nampak tak menarik!
Menerusi saudari Erra Fazira Mahdi, beliau berkongsi petua dari ibu tercinta; Puan Jamaiah Binti Aini untuk hasilkan pucuk ubi rebus yang kekal hijau dan nampak menyelerakan. Jom cuba!
CARA CELUR PUCUK UBI AGAR KEKAL HIJAU & NAMPAK SEGAR
BAHAN-BAHAN:
- Pucuk ubi – dibersihkan
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- Air secukupnya
CARA-CARA:
- Sediakan air rebusan dan masukkan daun ubi.
- Kemudian masukkan soda bikarbonat. Tunggu hingga daun lembut.
- Angkat dan toskan. Selain pucuk ubi, cara ini juga boleh digunakan untuk mencelur sayur-sayuran yang lain juga.

Kredit resipi & foto: Erra Fazira Mahdi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Aneka Resipi Berasaskan Petai Yang Membuka Selera. Sedap Tak Terkata!

Walaupun rasanya mungkin pahit tetapi ia tetap menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Selain dimakan begitu sahaja, petai juga boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan yang enak. RASA kongsikan enam variasi resipi menarik berasaskan petai yang boleh anda cuba.
1. SAMBAL HIJAU PETAI BILIS

BAHAN-BAHAN:
- 250gm ikan bilis | dikopek
- 200gm cawan isi petai
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 1 sudu makan air asam jawa – beli online DISINI
- Minyak secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
- 6 biji cili hijau
- 10 biji cili padi hijau
- 3 ulas bawang putih – beli online DISINI
- 6 ulas bawang merah – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
- Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
- Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
- Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
- Angkat dan hidangkan.
Info Chef: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
2. SAMBAL PETAI BERSAMA SOTONG

BAHAN-BAHAN:
- 300gm sotong | bersih dan buang kulit arinya
- 200gm isi petai
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 4 sudu makan pes cili
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang kisar
- 3 biji cili merah
- 2cm halia muda – beli online DISINI
- 2cm belacan | jika suka – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
- Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
- Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
- Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
3. SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI

BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis | dikopek
- 200gm isi petai
- 3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
- 1 biji bawang besar | dihiris
- Garam dan gula secukup rasa
- 3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 3 tangkai cili merah
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
- Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
- Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
- Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
4. SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI

BAHAN-BAHAN:
- 30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
- 200gm isi petai
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 4 sudu makan pes cili
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
- 6 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang kisar
- 3 biji cili merah
- 2cm halia muda
- 2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
- Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
- Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Selain telur puyuh boleh sahaja gunakan telur ayam biasa.
5. GULAI LEMAK PETAI MUDA BERSAMA UDANG

BAHAN-BAHAN:
- 2 papan petai muda | kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
- 500gm udang saiz XL | bersihkan
- 2 batang serai | dititik
- 2 keping asam gelugor
- 1 helai daun kunyit | carik-carik dan simpul
- 3 cawan santan
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
- 15 biji cili padi
- 2 tangkai cili merah
- 1 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
- Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
- Tuangkan santan dan gaul rata.
- Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
- Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
- Gulai sedia dihidangkan.
Info Chef: Anda boleh tukar udang dengan ketam mahupun ikan. Ikut selera dan cita rasa anda sekeluarga.
6. IKAN BILIS PETAI DAN CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk ikan bilis | goreng garing
- Bawang putih | dihiris
- Bawang holand | dihiris
- Petai | dibelah dua
- Cili api | dihiris
- Garam
- Gula
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, garam, gula dan petai.
- Masukkan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang sudah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.
Kredit resipi & gambar: Marina Ismail
Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Peria Goreng Yang Rangup & Buat Anda Tak Berhenti Mengunyah
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Chef Sue Arukin Kongsi Cara Mudah Buat Tempe Homemade Guna 3 Bahan.

Tempe homemade hasil air tangan Chef Sue M Arukin ni nampak best je. Putih bersih, pasti sedap. Tempe adalah makanan yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Macam-macam menu boleh masak guna tempe ni. Kalau goreng cicah sambal kicap je pun dah cukup berselera. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA-CARA BUAT TEMPE HOMEMADE GUNA 4 BAHAN

BAHAN-BAHAN:
- 500gm kacang soya (soy bean) – beli online DISINI
- 1 sudu teh ragi tempe – beli online DISINI
- 1 sudu makan cuka masakan
- Daun pisang secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Rendam kacang soya semalaman (minimum 24 jam). Basuh dan bersihkan.
2. Rebus dalam air secukupnya selama 30-45 minit. Kupas kulit luarnya dan belah kacang.
3. Rebus sekali lagi kacang soya dengan air secukupnya. Tambah cuka dan didihkan selama 10-15 minit lagi. Toskan dan bilas.
4. Tabur kacang (berjarak) di dalam dulang yang besar dan jemur hingga air benar-benar kering (dalam 1-2 jam).

5. Tabur ragi tempe ke atas kacang soya yang dah kering dan gaul rata (guna sarung tangan bagi mengelak lebihan air/peluh bercampur yang akan merosakkan tempe).

6. Timbang 50gm campuran kacang+ragi dan letakkan dalam daun pisang.

7. Bungkus daun pisang kemas-kemas. Balut balas dengan kertas atau pembungkus makanan jika ada.



8. Susun bungkusan tempe dalam bekas dan letakkan ditempat gelap dan kering (Chef Sue letak dalam berpenutup dan simpan dalam stor).

9. Peram tempe selama 1-2 hari. Di hari ke-3 bolehlah buka bungkusan dan tengok samada tempe dah jadi atau belum jadi sepenuhnya (kadang-kadang masih kelihatan kacang yang belum tersalut putih yang terhasil dari proses peraman).

10. Tempe yang dah jadi sempurna bolehlah dipotong dan dimasak mengikut cita rasa.

INFO DARI CHEF SUE:
1. Kacang soya boleh dibeli dimana-mana kedai/pasaraya/kedai barangan bakeri. Chef Sue guna kacang soya organic.
2. Ragi tempe boleh dibeli di kedai-kedai runcit atau secara online.
3. Selain daun pisang, boleh juga bungkus tempe dengan daun ketapang, daun lirih, daun nyirik dan apa jua daun bersaiz besar yang tidak bertoksid/beracun. Sebagai alternatif, boleh gunakan pembungkus makanan (warna coklat cair) atau plastik (pilihan terakhir).
4. Tempe akan matang setelah diperam sekurang-kurangnya 24jam. Tapi biasanya setelah 2-3 hari tempe akan jadi dengan sempurna.
5. Timbang 50gram setiap bungkus dari 500gm keseluruhan berat kacang soya menghasilkan 15-16 biji tempe saiz kecil. Kalau suka tempe size besar dan padat, boleh gandakan kuantiti kacang soya dalam setiap bungkusan.
Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/koleksi-resipi-lauk-pauk-bajet-mudah-masak-sedap/
https://www.rasa.my/kompilasi-resipi-lauk-masak-lemak-sedap-mudah-buka-selera/
https://www.rasa.my/aneka-resipi-telur-dadar-yang-diolah-lebih-sedap-mudah-masak/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Peria Goreng Yang Rangup & Buat Anda Tak Berhenti Mengunyah

Peria goreng merupakan antara menu ringkas yang sering menjadi pilihan. Bukan sahaja boleh dimakan dengan nasi, peria goreng juga boleh dimakan begitu sahaja. Sambil menonton TV pun boleh jadikan peria goreng sebagai kudapan. Jom cuba buat peria goreng di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Iedaa Jahaya.
PERIA GORENG RANGUP

BAHAN-BAHAN:
- Sebiji peria
- 4 sudu tepung bestari pedas
- 4 sudu tepung beras – beli online DISINI
- 4 sudu tepung bestari biasa
- Serbuk kari – beli online DISINI
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong peria nipis-nipis. Rendam dalam air garam dalam 30 minit.

2. Selepas merendam, tuang di dalam penapis dan cuci. Toskan sehingga air betul-betul kering. Boleh juga lap dengan tisu bagi menyerap air. Bila sudah kering, ketepikan.
3. Campurkan semua tepung di dalam satu bekas. Lebih baik cari bekas yang besar supaya mudah untuk menggaul.

4. Masukkan peria di dalam bekas tadi dan gaulkan hingga semua peria bersalut tepung. Gaul tanpa air.

5. Panaskan minyak dan masukkan peria yang sudah bersalut tepung tadi. Masukkan sedikit demi sedikit supaya peria tidak melekat antara satu sama lain.

6. Angkat bila peria sudah garing. Siap!

Kredit resipi & foto: Iedaa Jahaya
Nak beli KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI. Banyak pilihan untuk anda.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Cara Mudah Buat Bawang Jeruk Homemade Guna Bawang Putih Biasa
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

