Cara Goreng Hati & Pedal Ayam Tanpa Meletop & Mercik Minyaknya.

Share

Mesti  ramai di kalangan korang  yang risau  bila menggoreng hati dan pedal ayam yang sedap bila digoreng kemudian dibuat sambal.. Sebabnya dia benda ini akan meletup-letup, pendek kata dapur akan kotor dengan percikan minyak.  Disebabkan masalah ini juga ramai yang membuang saja hati dan pedal ayam,  Sayakan kalau dibuang begitu je, Ok, ini RASA kongsikan beberapa petua menggoreng hati dan pedal ayam dengan aman tanpa gangguan pecikan minyak.

Apa yang anda perlukan ialah:

  1. Bersihkan hati dan pedal dengan membuang lemak yang melekat padanya.
  2. Masukkan ke dalam periuk dan isi air sama paras dengan hati dan pedal. Rebus hingga masak dan toskan airnya hingga betul-betul kering.
  3. Gaul hati dan pedal tadi bersama garam serta kunyit.

4. Goreng seperti biasa. Hasilnya hati danm pedas tidak akan  meletup bahkan rasanya lebih garing serta enak.

Selamat mencuba!

Published by
Norasida Myasin