
Petang-petang begini memang enak kalau dapat nikmati aneka makanan celup tepung seperti pisang goreng. Pekena pula dengan teh atau kopi panas. Memang layan! Cuma kadang-kadang nak dapatkan bancuhan tepung gorengan yang sempurna tu agak susah. Tapi jangan risau sebab ni ada resipi mudah perkongsian dari saudari Aini Ahmad yang boleh dicuba. Moga bermanfaat!
RESIPI TEPUNG BANCUHAN PISANG GORENG
YANG RANGUP & BERKERAK
BAHAN-BAHAN:
- 450ml air
- 2 cawan tepung gandum
- 4 sudu makan tepung beras
- 4 sudu makan marjerin
- 1 sudu teh garam – agak-agak
- 1 sudu teh serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
1. Masukkan air, tepung gandum dan tepung beras ke dalam mesin pengisar / blender.
2. Kemudian tambahkan marjerin, garam secukup rasa dan serbuk kunyit.
3. Kisar hingga semua bahan sebati dan menjadi bancuhan yang tidak berketul dan lembut.
4. Sedia untuk dicelup dengan pisang atau lain-lain bahan ikut citarasa.
5. Goreng dengan minyak yang panas hingga kekuningan dan garing. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Aini Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tengah Lembut Tepi Garing, Sebijik Rasa Apom Lenggang Pasar Malam

Isi Kandungan
ToggleApom Lenggang sememangnya digemari ramai. Kuih tradisi ini sememangnya sangat popular terutamanya di negeri-negeri belah Utara.
Kuih lama ni memang terbaik dek kerana rasanya yang lemak-lemak manis. Kelihatan seakan lempeng namun ada sedikit berbonjol di bahagian tengah. Bila dimakan, memang rasa tak jemu. Satu tak cukup ni. Makan 2-3 keping barulah puas.
Bagi anda yang suka sangat makan Apom Lenggang yang sedap seakan pasar malam, resipi mudah perkongsian saudari Nor Atika Nazirah ini harus dicuba. Jom lihat cara-caranya. Anda pasti tak sabar nak cuba ni.
RESIPI APOM LENGGANG SEDAP & MUDAH ALA PASAR MALAM
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung beras –beli online disini
1/2 cawan tepung gandum – beli online disini
3/4 cawan gula
1 biji telur
1 cawan air
1 cawan santan
1/2 cawan kelapa parut – jika suka.tak letak pun tak apa
1 sudu teh mauripan – beli online disini
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali kelapa parut.
2.Kisar semuanya, tapis ke dalam bekas dan tutup. Perap selama satu jam.
3.Kemudian buka bekas tadi dan kacau adunan. Masukkan kelapa parut dan kacau lagi hingga sebati.

4.Panaskan kuali, sapu minyak dan tuang sesenduk adunan tadi.
5.Lenggang adunan di kuali dan tutup.
6.Bila kuih kelihatan masak dan kekuningan, bolehlah angkat dan gulung.

7.Apom Lenggang sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nor Atika Nazirah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ikan Rebus Goreng Stail Pantai Timur Yang Sedap Sampai Ke Tulang
Kuah Sedap & Pekat Sempurna, Resipi Asam Laksa Ni Memang Kena Cuba
Resipi Aiskrim Jeruk Mangga Macam Dulu-Dulu. Begini Cara Buatnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Apam Balik Nipis Rangup Homemade Paling Mudah

Terasa nak makan Apam Balik panas-panas tapi tak tau nak beli dekat mana? Maklumlah situasi sekarang ini membuatkan pasar malam tidak dibuka. Kalau teringin, mari cuba buat sendiri. Resipi perkongsian saudari Marliza Ghazali ni memang mudah. Sekejap je dah siap dan boleh makan. Pasti seronok dapat makan Apam Balik Nipis ni. Hmm… Tak sabar nak cuba!
CARA BUAT APAM BALIK NIPIS RANGUP
BAHAN-BAHAN:
½ cawan gula pasir – beli online disini
1 biji telur
1 ½ cawan air
2 cawan tepung gandum – beli online disini
½ sudu teh soda bikarbonat – beli online disini
1 sudu teh baking powder – beli online disini
Pewarna kuning – beli online disini
BAHAN TABUR:
Gula pasir
Jagung krim
Kacang tanah – ditumbuk kasar – beli online disini
Marjerin – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Kisar gula dan telur hingga kembang. Masukkan air dan kisar lagi.
2. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Kisar hingga sebati.
3. Panaskan kuali ‘non-stick’ atau sapukan sedikit planta pada acuan apam balik.
4. Tuang 1 senduk adunan tadi, nipiskan supaya rangup bila masak.
5. Biarkan seketika, kemudian tabur gula, jagung krim kacang dan marjerin. Biarkan sekejap.
6. Apabila sudah masak, angkat dan lipat dua. Makan semasa panas lebih sedap dan rangup.
Kredit petua & foto: Marliza Ghazali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
5 Resipi Homemade Paling Mudah & Sedap Boleh Masak Guna Cendawan
Cara Bancuh Teh Ais, Kopi Ais, Milo Ais & Nescafe Ais Ikat Tepi Paling Sedap
Resipi Nasi Goreng Sosej Paling Senang.Tak Letak Sayur, Tak Letak Bawang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Inovasi Baru KuihTradisional, No 2. Wajib Cuba!

Seiring dengan perkembangan zaman, dunia masakan juga semakin berkembang dengan pelbagai resipi baru tercipta. Bahkan, resipi-resipi tradisional juga turut diolah dan diberikan sentuhan moden. Untuk itu, Chef Zetti berkongsi empat resipi kuih tradisional yang telah diberi inovasi baru. Jom kita cuba.
BINGKA UBI KELAPA
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan ubi kayu | parut
- 2 cawan santan
- 1 cawan gula
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 cawan kelapa parut | yang putih saja
- 1/2 cawan buah ceri
- Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
- Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga gula larut dan sebati.
- Bakar dalam loyang 8 inci x 8 inci empat segi yang telah dioles dengan sedikit mentega
- Bakar pada suhu 200C selama 1 – 1 jam 30 minit atau sehingga garing permukaan atas.
- Biar betul-betul sejuk baru dipotong.
- Kuih sedua dihidangkan.
KUIH BAKAR KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan kacang hijau yg telah direbus | simpan sedikit untuk hiasan
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan santan pekat
- 2 cawan air
- 2 sudu makan minyak sapi
- 3 biji telur
- Secubit garam
- Beberapa titik pewarna hijau
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan bersama satu cawan kacang hijau dan kisar sampai sebati. Minyak sapi gunakan satu sudu sahaja.
- Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna ‘whisk’. Guna api sederhana.
- Masukkan satu cawan kacang hijau yang tidak dikisar tadi dan gaul rata.
- Masukkan satu sudu makan minyak ke dalam loyang dan oleskan rata.
- Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
- Taburkan sedikit kacang hijau yg telah direbus tadi dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam atau sehingga garing.
- Guna api atas dan bawah.
- Setelah sejuk, sedia dihidangkan.
KUIH TALAM PELANGI
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
- 1/4 cawan tepung ubi
- 1 cawan gula pasir
- 1 cawan santan pekat
- 3 cawan air
- Secubit garam
- Pewarna merah, oren, kuning, hijau, biru, purple
CARA MEMASAK:
- Satukan ketiga-tiga jenis tepung, garam dan gula.
- Masukkan air dan santan pekat. kacau sebati. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapis
- Bahagikan adunan kepada enam bahagian dan masukkan pewarna.
- Panaskan pengukus dan sapukan sedikit minyak pada loyang dan alas plastik (plastik mesti besar sikit dari loyang)
- Masukkan 1 bahagian warna (warna bawah sekali – ungu) dan kukus selama 10 minit atau sehingga adunan keras sikit. Ulangi langkah ini sehingga semua 6 warna habis.
- Kukus selama 20 minit untuk adunan terakhir.
- Sejukkan dahulu baru potong menggunakan pisau plastik supaya tidak melekat.
- Sedia dinikmati.
PUTERI AYU BANDUNG KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur
- 250gm tepung gandum
- 300gm gula
- 2 sudu teh ovallate
- 1 sudu teh baking powder
- 250ml santan
- Pewarna pink secukupnya
- 2 sudu teh kordial air sirap
- Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
- Kacang merah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan kukusan.
- Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
- Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, Kordial air sirap, kacang merah dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
- Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
- Masukkan adunan yang telah dimasak tadi dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
- Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.
- Sedia dinikmati.