Daging sering digunakan dalam pelbagai menu masakan antaranya ialah rendang, stew, daging bakar dan sebagainya. Namun, daging boleh menjadi kurang bersih, berbau hamis, liat dan lambat empuk sekiranya tersalah cucian atau potongan. Sekaligus mempengaruhi rasa masakan. Jom kita lihat langkah-langkah mencuci daging untuk menghilangkan bau hamis daging.
Menu Air Asam Perut ni memang sedap! Bahan-bahannya ringkas sahaja namun hasilnya memang terbaik. Nak cuba buat sendiri di rumah? Ini resipi yang boleh dicuba!
AIR ASAM PERUT KITAB
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg perut kitab – direbus sampai lembut
1 biji tomato – hiris kasar
1 tangkai daun kesum – hiris kasar
Garam, ajinomoto dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR KASAR:
4 biji cili/ cabai- jika nak pedas, lebihkan.
Jus limau nipis/asam jawa – nak masam, lebihkan.
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
Hiris perut menjadi kepingan kecil.
Satukan perut, bahan kisar, bahan hiris dan perasakan secukupnya.
Ada lagi stok daging dekat dalam peti ais? Kalau ada, mari cuba hidangan ringkas daging goreng rempah kerin. Menu tidak berkuah menjadi pilihan tapi ia penuh dengan rasa rempah enak.
DAGING GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging ] hiris nipis
1 biji bawang Holland ] hiris bulat
1 batang seleri ] hiris serong
3 tangkai daun kari ] lurutkan dari tangkai
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan yogurt
3 sudu makan minyak masak untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunya lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis, daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak.
3. Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu.
4. Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland.
5. Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa.
6. Angkat dan hidangkan panas-panas.
Saiz hidangan: 10-12 orang Waktu Memasak: 30 minit Cara Memasak: Tumis Jenis Masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Enak dan kaya dengan rasa rempah kari. Anggaran kos: RM35
Info: Elakkan dari memasak daging ini terlalu lama. Untuk mendapatkan rasanya yang berjus dan lebih lembut.
Daging yang di goreng ringkas tapi rasa masam kendondong menambahkan lagi kesedapan pada hidangan. Lengakap dengan rasa manis, masam dan pedas yang cukup membangkitkan selera makan.
DAGING KERABU KEDONDONG
BAHAN-BAHAN:
150gm daging ] rebus atau panggang
2 ulas bawang merah ] hiris bulat
6 biji cili padi ] hriis halus
1/2 batang lobak merah ] hiris halus memanjang
2 biji kedondong ] hiris memanjang
1 tangkai cili merah ] hiris memanjang
1 biji tomato ] potong dadu
BAHAN SOS:
2 sudu makan sos cili Thai
1 biji lemon ] ambil perahan jusnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Daging rebus dihiris memanjang, kemudian ketepikan.
2. Kemudian campurkan semua bahan hirisan termasuk daging dalam mangkuk. Gaul rata.
3. Sementara itu campurkan jus lemon dengan garam dan gula tadi.
4. Kemudan tambahkan sos cili Thai. Kacau sebati.
5. Seterusnya tuangkan sos ini di dalam bekas yang berisi bahan hirisan.
6. Gaul rata, Kerabu Daging sedia dihidangkan.
Info Chef: Jika tidak ada hirisan kendondong boleh tukarkan dengan hirisan mangga muda.
Saiz hidangan: 6 orang. Waktu Memasak: 10 minit. Cara Memasak: Rebus dan gaul rata. Jenis Masakan: Appetizer Keistimewaan: Enak dan rasa daging yang berjus dan terasa masam, masin manis dan pedasnya. Anggaran kos: RM20
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!