
Makanan yang sihat pastinya menjadi pilihan ibu-ibu yang prihatin terhadap pemakanan dan kesihatan ahli keluarga. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi Ayam Panggang air fryer ini. Resipinya cukup ringkas dan tidak guna minyak langsung! Hanya perlu masak guna air fryer. Hasilnya, sama macam ayam panggang yang anda beli di restoran. Jom cuba. Pasti puas hati.
RESIPI AYAM PANGGANG AIRFRYER @ AYAMMAS BLACK PEPPER ADIB

BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 sudu makan garam
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan kicap masin
- 1 sudu teh serbuk Cukup Rasa
- 1 sudu makan sos cili
- 5 ulas bawang putih/ serbuk bawang putih
CARA PENYEDIAAN:
1.Satukan semua bahan diatas dan adun sebati.
2.Ambil ayam dan lumurkan hingga rata. Lumur juga di bahagian dalam ayam.
3.Perap ayam selama 1 malam atau paling minimum 5 jam.
CARA MEMASAK:
1.Masukkan ayam ke dalam air fryer dan masak 10 minit pertama menggunakan suhu 180C. Ia bertujuan untuk mendapatkan warna kulit ayam yang garing dan cantik.
2.Kemudian turunkan suhu ke 160C. Biar ayam selama 40 minit.
3.Seterusnya alihkan atau pusingkan kedudukan ayam depan dan belakan. Ia bertujuan untuk memastikan ayam masak sekata.
4.Angkat dan Ayam Panggang air fryer sedia untuk dinikmati.
Nak cari Air Fryer tapi tak pasti jenama mana yang sesuai dengan bajet anda? Boleh servey-servey dekat SINI. Dekat rumah patut ada satu. Buat kek pon boleh guna Air Fryer ni tau.
Kredit resipi & foto: Muhd Adib Danial
Link posting asal: https://goo.gl/5CjjTz
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Akok Kedut Mini Guna Acuan Kuih Cara.

Akok merupakan kuih tradisi kegemaran orang Pantai Timur. Tapi ramai yang ‘gerun’ nak cuba buat sendiri kerana menganggap kuih ini susah dihasilkan. Menerusi perkongsian saudari Ain Niey, beliau telah menunjukkan cara mudah untuk membuat kuih Akok Kedut yang sedap hanya menggunakan acuan Kuih Cara dan masak guna dapur gas je. Menarik kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH AKOK KEDUT HOMEMADE

BAHAN A:
- 3 keping nise atau gula melaka saiz kecil – beli online disini
- 1 cawan air
- 2 helai daun pandan – simpul
BAHAN B:
- 10 biji telur ayam gred A
- 1 cawan santan + 50ml air – empunya resipi guna santan kotak – beli online disini
- 1/2 cawan tepung gandum – beli online disini
- 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan A dan masak hingga gula melaka larut.
2. Tapis airnya dan keluarkan daun pandan. Sejukkan pada suhu bilik.
3. Kemudian satukan bahan-bahan B ke dalam blender.
4. Tambahkan juga air gula melaka yang telah disejukkan tadi. Kisar hingga sebati dan tidak berketul.
5. Ambil acuan kulih cara dan sapu sedikit minyak masak.

6. Tuang adunan kuih Akok tadi ke dalam acuan. Tutup guna penutup periuk yang sama saiz dengan acuan.

7. Bakar menggunakan dapur gas menggunakan api kecil hingga kuih masak. Bila Akok sudah kembang dan naik, bolehlah diangkat.

8. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ain Niey
INFO RASA: Jika tiada acuan Kuih Cara, boleh guna acuan muffin dan bakar dalam ketuhar.
Anda ada banyak tip memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda.
Nak Kongsi Tip Memasak anda? Klik DISINI untuk penyertaan
Dapatkan OVEN pelbagai jenama dengan harga mampu milik DISINI.
Cuba pelbagai resipi menarik dari laman web kami www.rasa.my
Aneka Resipi Lauk Pauk, Kuih & Manisan Boleh Masak Guna Pucuk & Ubi Kayu
Resipi Lepat Pisang Klasik. Kuih Warisan Tok Nenek Dulu-Dulu.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kak Ros Kongsi Resipi Sotong Tumis Pedas Warisan Mertua. Anak-Anak Memang Suka!

Sedapnya sajian Sotong Tumis Pedas ni. Menurut Puan Rosni Musa, resipi ini adalah dari mertuanya dan menjadi kegemaran anak-anak. Cara masaknya mudah sahaja dan sangat ringkas. Namun rasanya memang memikat selera. Bagi anda yang bercadang nak cuba menu mak mertua Kak Ros ni, berikut adalah bahan-bahan serta cara memasaknya. Selamat mencuba!
RESIPI SOTONG TUMIS PEDAS WARISAN MERTUA PALING SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 200-300gm sotong
- 1 biji bawang besar (beli online DISINI)
- 1 ulas bawang putih (beli online DISINI)
- 13 biji cili api merah & hijau (beli online DISINI)
- 2 inci belacan (beli online DISINI)
- 1 biji tomato (boleh gantikan dengan asam keping)

CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bahan-bahan rencah kecuali sotong dan tomato.

2. Tumbuk kasar-kasar sahaja. Jika suka, boleh tumbuk hingga lumat.

3. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan-bahan tumbuk tadi. Tumis sampai sedikit garing.

4. Bila tumisan dah naik bau, masukkan tomato yang sudah dibelah empat. Kacau rata. Jika tiada buah tomato, boleh digantikan dengan asam keping.

5. Masukkan sedikit air ke dalam lesung untuk habiskan sisa-sisa bahan tumbuk. Kemudian tuang ke dalam kuali. Jangan masukkan banyak kerana nanti sotong akan mengeluarkan air sendiri.

6. Perasakan dengan garam dan juga perasa.

7. Seterusnya, masukkan juga sedikit gula. Kacau biar sebati.

8. Kemudian masukkan sotong yang telah dibersihkan.

9. Kacau-kacau lagi sehingga sotong dan rencah bergaul sebati.

10. Renihkan sehingga sotong masak. Pastikan sotong tidak dimasak lama bagi mengelakkan ia menjadi liat.

11. Sotong Tumis Pedas siap untuk dinikmati. Boleh dihidangkan dengan lauk pilihan yang lain.

Kredit resipi & foto: Rosni Musa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:
Resipi Parpu Teloq Sedap Tak Terkata. Bau Aroma Bahan Tumis Darat Sungguh Membuka Selera
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Kuih, Dessert Berasaskan Pisang Yang Mudah & Sedap

Buah pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, malah juga boleh menghasilkan pelbagai jenis resipi yang menarik dan enak.
Tak kiralah resipi kuih atau pencuci mulut, yang pasti rasanya sedap dan pasti anak-anak suka.
Jom kita cuba resipi-resipi ni! Boleh dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga.
COKODOK PISANG

BAHAN-BAHAN:
5 biji pisang bersaiz besar (jika kecil, boleh guna 8-10 biji. Empunya resipi guna pisang bunga)
2 sudu makan marjerin – beli online di sini
5 sudu makan gula pasir – beli online di sini
1 sudu teh soda bikarbonat (sukatan tidak terlalu membukit)
1 sudu teh garam
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
TONTON Menu Simple, Tapi Rasa Mantap Di Little Bourke
CARA PENYEDIAAN:
1. Satukan semua bahan (kecuali tepung gandum) dan lenyek hingga sebati.
2. Bila dah sebati, masukkan tepung gandum. Gaul lagi hingga sekata bersama adunan pisang tadi. Rehatkan adunan selama 10-15 minit.
3. Panaskan minyak dan jemputkan adunan tadi. Goreng guna api perlahan hingga garing dan masak. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
NOTA:
1. Tujuan guna marjerin ialah untuk merangupkan tekstur luaran kulit cekodok bila digoreng nanti. Malah ia juga menghalang minyak dari terserap ke dalam isi. Cekodok akan menjadi wangi tetapi masih mengekalkan rasa asli.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
2. Jangan goreng cekodok dengan api besar kerana nanti akan hangit dan tidak masak di dalam.
3. Untuk hasil cekodok yang cantik, hanya jemputkan bancuhan ke dalam minyak. Nanti ia akan membulat dengan sendiri (jika bancuhan tu dibuat dengan baik)
Kredit resipi & foto: Cik Pooja
APAM PISANG GEBU

BAHAN-BAHAN
8 biji pisang emas/6 biji pisang berangan
4 biji telur A
1 cawan gula – beli online di sini
¾ cawan minyak jagung/minyak masak/mentega cair – beli online di sini
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam (optional)
TONTON Top 5 Menu Pilihan Makan Di Mana
CARA PENYEDIAAN:
1. Panaskan kukusan. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
2. Kisarkan pisang, telur, gula, garam dan minyak hingga hancur dan sebati.
3.Tuangkan ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata secara kaup balik.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Sudukan adunan ke dalam acuan/loyang kecil-kecil (sapukan sedikit minyak pada acuan terlebih dahulu).
5. Kukus dengan api sederhana selama 15 minit (jika gunakan loyang besar, masa mengukus adalah 40 – 45 minit).
NOTA:
*Boleh gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri tapi tidak perlu tambah baking powder dan soda bikarbonat.
*Boleh tambah coklat urai ke dalam adunan jika suka. Jika guna acuan kecil-kecil, masa mengukus 15 minit sudah memadai.
Kredit resipi & foto: Lyza Sweetnely
BINGKA PISANG

BAHAN-BAHAN (loyang 8 inci):
1 sisir pisang masak (10-13 biji) | dilenyek kasar
1 cawan tepung gandum*
¾ cawan gula pasir*
1 cawan santan* – beli online di sini
1 cawan susu sejat/cair* – beli online di sini
1 biji telur*
2 sudu besar mentega* | cairkan dulu, biarkan suam – beli online di sini
Sedikit garam
TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari
CARA PENYEDIAAN:
1. Kisar semua bahan bertanda *. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan digaul rata.
2. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan mentega.
3. Bakar dengan suhu 180C selama 1 jam atau lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
4. Sejukkan kemudian baru dipotong. Nak lagi sedap boleh masukkan dalam peti ais.
Kredit resipi & foto: Yatie
LEMPENG PISANG

BAHAN-BAHAN:
1 kg pisang Abu | lenyekkan
300gm kelapa parut | ambil putih sahaja
250gm tepung gandum | jika kurang boleh tambah
5 sudu makan gula kabung – beli online di sini
Sedikit garam halus
Daun pisang secukupnya
TONTON Spageti Rendang Daging
CARA MEMASAK: – beli onlien
1. Campurkan kelapa di dalam mangkuk adunan yang berisi pisang yang sudah dilenyek.
2. Gaul rata, kemudian tambahkan garam, gula kabung yang telah dihancurkan.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang diperlukan.
4. Panaskan kuali non-stick, letakkan daun pisang di atasnya dan tepekkan adunan lempeng pisang di atasnya dan panggang hingga masak. Enak dihidangkan panas-panas.
BANANA FILLED FRENCH TOAST

BAHAN-BAHAN:
Roti Bata
Nutella/Peanut Butter Lady’s Choice
3 biji telur
½ cawan susu kotak
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji pisang | dihiris bulat
Mentega
TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan telur, susu dan esen vanilla dalam mangkuk, kacau sebati. Ketepikan.
2. Potong roti bata lebih kurang 1 inci, buat poket di tengah. Sapu nutella di bahagian dalam poket, kedua belah. Kemudian, susun hirisan pisang di dalam poket.
3. Celupkan roti ke dalam campuran telur dan goreng dalam kuali dengan sedikit mentega. Biarkan masak kekuning-kuningan.
4. Sudah boleh dihidangkan (boleh ditabur dengan gula icing)
Kredit resipi: Aimi Muhamad
BANOFEE PIE

BAHAN-BAHAN:
1 tin susu pekat manis | direbus selama 3 jam di dalam air mendidih
2 biji pisang ranum | dihiris
Hirisan coklat secukupnya
200gm krim putar
BAHAN KERAK:
200gm biskut digestive
50gm mentega
80gm gula
50gm serbuk badam
BAHAN KRIM:
2 biji kuning telur
45gm gula kastor – beli online di sini
25gm tepung kastad (boleh ganti tepung jagung) – beli online di sini
50gm dairy heavy cream
200gm susu segar
CARA PENYEDIAAN:
1. Bagi menghasilkan kerak, campurkan biskut, serbuk badam dan gula. Kisar halus.
2. Kemudian cairkan mentega dan gaul bersama bahan kisar tadi. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit suhu 170⁰C. Sejukkan dalam peti sejuk.
3. Untuk krim pula, campurkan semua bahan dan masak di atas air kukusan sehingga kental dan sejukkan.
4. Pukul krim putar sehingga separa kental, masukkan krim yang dimasak tadi dan teruskan pukul sehingga kental.
5. Tuang susu pekat manis yang direbus ke atas kerak dan taburkan hirisan pisang.
6. Paip krim di atasnya dan taburkan hirisan coklat. Sedia untuk dinikmati.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:



