Masakan singgang selalunya sinonim denganikan. Tetapi untuk resipi kali ini, kita akan gunakan ayam untuk dimasak singgang. Ia cukup mudah dan cepat untuk dimasak. Paling penting, rasanya sedap. Jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan oleh empunya resipi, saudari Myra Edora.
Bagi individu yang suka masak, selalunya memang akan gunakan tauge sebagai bahan campuran dalam masakan. Tauge boleh dimasukkan dalam mi goreng, mi sup, kuetiau goreng.
Selain itu, tauge juga digunakan dalam hidangan seperti tauhu sumbat, soto dan ada juga yang menjadikan tauge sebagai ulam secara mentah atau celur.
Berkongsi tip menanam tauge di rumah, wanita bernama Liza Idris ini menunjukkan cara menanam tauge di dalam botol. Menariknya, tauge lebih bersih kerana tidak terdedah berbanding menanam tauge dalam bekas terbuka seperti besen.
Jom kita lihat langkah demi langkah menanam tauge.
LANGKAH DEMI LANGKAH TANAM TAUGE DI DALAM BOTOL
3 genggam kacang hijau dimasukkan ke dalam mangkuk berisi air.Rencam kacang hijau selama 8 jam.3 botol air mineral isian 1 liter dilubangkan.Isi 1 genggam kacang hijau dalam setiap 1 botol.Tutupkan botol tadi dengan plastik hitam. Simpan di tempat gelap.Basahkan anak tauge sehari 2 atau 3 kali. Tutupkan dengan plastik hitam dan simpan kembali.Hasil pada hari kedua.Hasil hari ketiga.Hasil hari keempat. Bolehlah dimakan.
Kalau korang biasa makan dangai bakar, boleh cuba buat dangai kukus ni. Mak oii. Memang sedap rupanya.
Dangai kukus Bahan-bahan: 3 cawan kelapa parut putih saja.Kalau dapat yang agak muda lagi sedap. 1 cawan tepung pulut 1/2 cawan gula halus Secubit garam
Cara memasak: 1.Gaul sebati. 2.Masuk dalam acuan lompang. Buat lubang sikit. Boleh letak coklat ataupun gula melaka.Kukus 10 minit.
Ada pelbagai jenis laksa dan setiap satunya punya rasa dan keenakan yang tersendiri. Hari ni RASA kongsikan tiga resipi laksa yang boleh dicuba dan ianya sesuai dihidangkan buat tetamu di majlis rumah terbuka. Memang sedap!
1. LAKSA PENANG
BAHAN BAHAN:
1 bungkus laksa
2kg ikan kembung | rebus dan ambil isi
2 biji bawang besar
15 bawang merah
2 ibu jari belacan
1 senduk cili kisar
15 keping asam keping
2 bunga kantan | belah 4
1 ikat daun kesum
Garam
BAHAN HIASAN
Telur | rebus dan belah 2
Timun | hiris
Salad | hiris
Bawang besar | hiris
Cili hidup | hiris
Limau kasturi | belah 2
Daun pudina | jika suka
Cili padi (jika suka)
Otak udang (jika suka)
CARA MEMASAK:
Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah.
Kisar isi ikan jangan sampai hancur untuk dapatkan kuah yang terasa isi ikannya.
Kisar bahagian kepala ikan dan tulang. Kemudian tapis airnya.
Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam air rebusan ikan.
Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
Masukkan isi ikan yang di kisar tadi.Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih.
Masukkan garam dan sesuaikan rasa serta kepekatannya.
Bolehlah dihidangkan bersama kuah laksa dan bahan hiasannya.
Info chef: Pastikan ikan kembung adalah segar untuk mendapat kuah laksa yang benar-benar enak.
2. LAKSA LEMAK PANTAI TIMUR
BAHAN-BAHAN:
2kg laksa basah
8 ekor ikan selayang | direbus dan ambil isinya
2 cawan santan pekat
2 cawan air untuk tambahan | untuk sesuaikan pekat/cair
1 labu bawang besar | kisar
8 ulas bawang merah | kisar
1 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia | kisar
½ sudu teh lada hitam | tumbuk halus
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa
BAHAN SAMBAL LADA:
Cili padi
Garam
Belacan
BAHAN ULAM-ULAMAN/HIASAN:
Tauge
Kacang panjang | hiris halus
Timun | hiris halus
Bunga kantan | hiris halus
Kubis| hiris halus
CARA MEMASAK KUAH:
Kisar isi ikan bersama air hingga halus.
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan kacau hingga sebati.
Jerang atas api dan hendaklah sentiasa dikacau sehingga mendidih untuk dapatkan tekstur kuah yang halus.
Pastikan api tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Kacau hingga mendidih.
Sesuaikan rasa dan tutup api.
CARA BUAT SAMBAL LADA:
Satukan semua bahan dan kisar sehingga halus.
Sesuaikan rasanya.
Info chef: Jika kuah terlebih pekat boleh masukkan sedikit air panas.
3. LAKSA SARAWAK
BAHAN–BAHAN PES LAKSA SARAWAK (200gm)
8 biji bawang merah | kisar halus
4 ulas bawang putih | kisar halus
10-12 tangkai cili kering | kisar halus
1 inci lengkuas | kisar halus
1 sudu teh ketumbar | kisar halus
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
3 biji buah keras | kisar halus
2-3 batang serai | kisar halus
1 inci belacan bakar | kisar halus
1/4 cawan kacang tanah | digoreng dan dikisar halus
1/4 cawan bijan | digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KUAH:
200gm pes laksa
Isi ayam secukupnya | direbus dan dicarik halus
1/2 kilo udang basah
1 bungkus bihun | direndam dan dicelur
4 biji telur | didadarkan dan dihiris halus
2 batang serai | diketuk
250ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
Taugeh | dicelur
Sedikit daun ketumbar | diracik
Limau kasturi secukupnya | dibelah dua
BAHAN SAMBAL UDANG KERING :
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit belacan bakar | dikisar
Segenggam udang kering | dikisar halus
4-5 sudu makan cili kisar
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula
CARA MEMASAK PES:
Satukan semua bahan yang telah dikisar halus.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
CARA MEMASAK KUAH LAKSA:
Panaskan 2 liter air dalam periuk. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang.
Masukkan pes laksa ke dalam air rebusan udang tadi dan kacau menggunakan api perlahan. Boleh tambah air jika perlu.
Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas.
CARA MEMASAKSAMBAL UDANG KERING:
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.
Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.
Info chef: Simpan pes di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk menyimpan dalam tempoh lama.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.