Ayam Sirsau adalah menu popular di kalangan masyarakat Banjar, rasa pedas dan kaya dengan aroma serai dan daun limau purut ini sangat sedap dan mudah dimembuatnya. Kalau korang ingin mencuba, tidak ada masalah, resipinya RASA ada kongsikan.
AYAM SIRSAU BAHAN-BAHAN:
Ads
6 ekor ayam | potong kecil
6 biji tomato | potong empat
30 biji cili padi merah dan hijau | buang tangkai
18 batang serai | titik
4 kiub pati ayam
1 mangkuk air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
Ads
Ads
30 tangkai cili kering | potong dan rebus kemudian tos
20 biji cili padi merah
20 biji cili padi hijau
16cm kunyit hidup
30 ulas bawang merah
24 ulas bawang putih
1 keping belacan saiz kecil
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan serai diikuti kiub pati ayam dan ayam.
Setelah ayam kecut masukkan air asam jawa dan sedikit air.
Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum angkat masukkan tomato, cili padi merah dan hijau.
Setelah cukup rasa dan kuah sedikit pekat. Tutup api.
Ayam Sirsau sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda peminat sup ayam? Anak-anak paling suka bila dihidangkan sup ayam. Macam-macam cara nak buat sup ayam yang sedap. Dikongsikan cara membuat sup ayam. Hirup panas-panas memang layan.
Sup Ayam
Bahan-bahan:
½ ekor ayam
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
Sehiris halia
Empat sekawan (atau sup bunjut)
Ubi kentang (potong besar supaya tak cepat hancur)
Bawang goreng
Daun sup
Cara memasak:
1.Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian satukan dalam periuk bersama ayam.
2.Isi air sehingga ayam tenggelam. Buka api perlahan dan tutup periuk.
3.Di pertengahan,boleh letak ubi kentang. Kalau berbuih macam ni, belum masak lagi sup dan ayamnya.
4.Bila terbit minyak asli dari ayam tu, tandanya sup dah masak.
5.Boleh letak daun sup dan bawang goreng.
6.Boleh letak garam untuk perasakan serta gula jika suka.
1.Tumbuk kasar bawang putih, bawang meah dan halia.
2.Dalam periuk, masukkan air. Satukan semua bahan tumbuk dengan ayam. Masukkan serai yang diketuk.
3.Kemudian didihkan saja. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4.Boleh tambah daun bawang. Siap. Mudah kan? Sedap pula tu. Tip untuk lebih sedap, didihkan dengan api perlahan hingga ayam tu masak.
5.Jika suka ada rasa masam, boleh tambahkan sedikit asam keping saiz yang paling kecil, Jangan bubuh pes asam jawa, nanti warna sup tak cantik. Tapi kalau tak ada asam keping, boleh je lah. Nak tambah lada putih pun boleh.
Kali ini RASA ingin kongsikan resipi daging masak merah. Lauk ini sinonim dengan hidangan masakan Thailand. Kebiasaannya memang ada dihidangkan di kedai makan masakan Thai.
Jom kita lihat resipinya.
DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN
250 gram daging lembu
Air secukupnya
Sedikit pewarna merah
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 sudu kecil cili boh
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil sos tiram
2 inci lobak merah (hiris nipis)
5 tangkai cili padi (potong 2)
1 sudu besar sos ikan
1 cawan air rebusan daging
1 biji tomato (potong kecil)
1/2 labu bawang holland (hiris)
Daun limau purut
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, rebus seketul daging. Masukkan pewarna merah. Rebus sehingga daging lembut. Kemudian, angkat daging dan sejukkan.
2. Hiris daging. Ketepikan.
3. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng daging yang telah dihiris tadi. Angkat dan ketepikan.
4. Kurangkan minyak masak dalam kuali sehingga cukup-cukup untuk menumis sahaja.
5. Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga agak garing.
6. Masukkan daging yang telah digoreng tadi. Kacau seketika.
7. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau lagi.
8. Masukkan lobak merah, cili padi, sos ikan dan air rebusan daging. Kacau lagi.
9. Akhir sekali, masukkan tomato, bawang holland dan daun limau purut. Kacau seketika, matikan api dan sedia dihidang.
Menyelerakan!Sedap dimakan bersama nasi panas dan telur dadar.
Kalau terasa nak makan kari mamak, boleh je cuba buat sendiri. Resipi ini dikatakan gabungan antara kari cara mamak dan kari cara Melayu. Bolehlah cuba. Resipi dikongsikan oleh pengguna facebook, Bunga di facebook group RASA Share Resipi.
KARI KEPALA IKAN NYOK-NYOK
BAHAN ASAS
2 ketul kepala ikan nyok-nyok (basuh dan bersihkan dengan asam limau serta asam jawa)
BAHAN A
Minyak masak untuk menumis
1 sudu makan halba campur
4 ulas bawang merah (dipotong nipis)
5 tangkai daun kari (dikoyak untuk lebih menaikkan aroma apabila ditumis)
5 senduk makan minyak masak (dipanaskan dalam kuali dengan api yang kecil)
BAHAN B
3 bungkus kecil rempah kari
1 cawan air
BAHAN C
3 cawan santan pekat
2 cawan air asam jawa pekat
Air secukupnya
BAHAN D
10 biji kacang bendi (dipotong dua)
4 biji tomato masak (dibelah dua)
4 biji cili hijau (dibelah dua)
Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Tumis BAHAN A sehingga naik bau.
2. Masukkan BAHAN B. Kacau sebati dan biarkan pecah minyak dengan api perlahan.
3. Masukkan pula BAHAN C. Kacau sekata dan masukkan pula BAHAN ASAS iaitu kepala ikan. Biarkan mendidih sebentar supaya kepala ikan masak sekata. Kuah perlu dikacau sentiasa secara perlahan-lahan supaya santan tidak pecah minyak.
4. Masukkan BAHAN D. Tutup kuali. Biarkan mendidih perlahan supaya BAHAN D masak sekata.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!