Beef Stew atau Daging Stew adalah menu barat yang rasanya hampir dengan rasa gabungan masak kicap dan lada hitam. Tambahan herba seperti daun Thym dan bay memberikan sedikit pengaruh menu masakan barat. Namun rasanya sangat sedap dan sesuai dengan selera kita dan mereka yang tidak suka pedas dan kanak-kanak mesti sukakannya. Berikut disertakan resipinya di sini:-

BEEF STEW
BAHAN-BAHAN:
1 1/2kg daging lembu | bahagian batang pinang
1/4 + 1sudu makan tepung serbaguna
2 sudu teh garam
Sedikit lada hitam | kisar kasar.

Ads

3 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar | cincang kasar
2 sudu makan pes tomato
4 cawan air
2 kiub stok daging
2 helai daun bay
4 tangkai daun thyme | jika tiada boleh guna yang kering)
3 batang lobak merah | potong dadu kasar
3 batang daun celery | potong

  1. biji kentang |potong empat atau dua

1cawan kacang pis dalam tin

Ads

CARA MEMBUAT:

Ads
  1. Campurkan tepung bersama garam serta lada hitam, gaul sebati.
  2. Potong daging seperti kiub sebesar 1 atau 1 1/2 inci. Kemudian gaulkan daging bersama tepung tadi.
  3. Panaskan minyak. Toskan daging daripada tepung tadi dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga keperangan, angkat dan ketepikan.
  4. Menggunakan periuk yang sama, masukkan pula bawang besar, sedikit garam dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga layu.
  5. Kemudian masukkan pes tomato, dan gaul sehingga sebati.
  6. Masukkan 1 sudu besar tepung dan kacau sebati. Masak selama 2-3 minit supaya tepung itu betul-betul masak.
  7. Kemudian masukkan daging, air, kiub stok lembu, daun bay dan daun thyme. Tutup periuk dengan penutup dan masak dengan api yang sederhana.
  8. Biarkan ianya mereneh selama 1 jam atau sehingga daging empuk. Tambah air jika perlu
  9. Setelah daging empuk, masukkan sayur- sayuran dan ubi kentang. Masak sehingga empuk.
  10. Setelah itu masukkan kacang pis dan perasakan secukupnya dengan garam dan lada hitam

Olahan semula oleh: Ayah Aiman

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI