Cara Masak Bubur Lambuk Sedap Guna 2 Cawan Beras

Share

Bubur Lambuk memang popular dan sinonim dengan bulan puasa. Pendek kata kalau tak makan juadah ni waktu berbuka, rasa tak lengkap. Namun disebabkan PKP ni, tiada bazar dan susah nak membelinya. Bagi anda yang teringin nak cuba masak Bubur Lambuk, saudari Jamal Dan Asmahan ada kongsikan resipinya. Jom cuba.

RESIPI BUBUR LAMBUK MUDAH & SIMPLE DALAM SUKATAN SEDIKIT

BAHAN-BAHAN:

  • 2 mug beras – rendam 20 minit
  • 1/2 kg daging – campur yang berlemak
  • 1 bungkus kecil rempah sup
  • 250ml santan
  • 3 sudu makan lada hitam
  • 3 biji bawang merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 ruas jari halia
  • 2 biji ubi kentang
  • 2 batang lobak merah
  • 1 ikat daun sup
  • Bawang goreng secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga bawang agak garing.

2. Masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah masak.

3. Masukkan hirisan daging. Gaul sebati dan masukkan beras.

4. Goreng beras seketika dan masukkan air. Rebus beras hingga nampak lembut.

5. Masukkan santan, garam dan serbuk lada hitam.

6. Seterusnya masukkan ubi kentang dan lobak merah.

7. Bila sayur telah lembut, tabur daun sup dan bawang goreng.

8. Sesuaikan rasa dan tambah perisa jika perlu.

9. Bubur Lambuk siap untuk dihidangkan.

INFO: Selain daging, boleh juga menggunakan ayam atau udang.

Kredit resipi & foto: Jamal Dan Asmahan

ANDA BOLEH CUBA:

Published by
Nur