Sedap juga jika ikan talapia digoreng garing dan dituang kuah bersos limau. Rasa masam, masin, manis dan pedas yang mampu membuka selera. Balance semua rasa, lagi-lagi bila dapat isi makan yang segar dan sedap. Jom kita ikut resipi yang dikongsi oleh Marina Ismail. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh ikan bersih-bersih dengan limau nipis. Bau hanyir ikan pasti akan hilang.
2. Lumurkan garam secukupnya pada ikan tadi. Perap seketika, tidak perlu letak kunyit.
3. Goreng ikan sehingga betul-betul garing. Ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Jangan terlalu garing.
5. Campurkan sos ikan, gula, jus limau nipis, cili padi dan daun ketumbar. Kacau sebati.
6. Masukkan bancuhan ke dalam kuali yang kita tumis bawang putih tadi.
7. Kacau dan rasa. Pastikan cukup rasa masam, manis, masin dan pedas. Apa yang kurang, boleh adjust.
8. Dah cukup rasa, tuangkan ke atas ikan yang digoreng tadi.
9. Sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Marina Ismail
Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: