Bagi sesetengah dari kita, resipi Kari Ayam memang mudah sebab dah biasa masak menu ni. Namun ada juga yang belum mahir. Malah, Kari Ayam ni pun ada banyak jenis dan menggunakan bahan-bahan yang berbeza. Nak cuba resipi perkongsian saudari Nurul Jannah Zakariar ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. 

 

CARA MASAK KARI AYAM PALING MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam saiz sedang – bersihkan dan potong kecil
  • 4 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
  • 3-4 ulas bawang merah – dimayang
  • 2 ulas bawang putih – dimayang
  • 1cm halia – dimayang
  • Minyak masak secukupnya
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 paket kecil serbuk kari ayam
  • 1 paket kecil serbuk cili
  • 2 sudu teh cili boh
  • Garam kasar secukup rasa
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 kotak kecil air – sukat guna kotak santan
  • 3 biji ubi kentang
  • 1 sudu teh pes asam jawa
  • Sedikit gula – tujuan untuk melemakkan kari
  • 4 biji cili merah – belah 2

 

CARA MEMASAK:

1. Tuangkan minyak. Bila dah panas, masukkan 4 sekawan, hirisan bawang merah bawang putih dan halia.

Ads

Cara Masak Kari Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Ekor Ayam.

2. Tumis sampai naik bau. Kemudian masukkan daun kari.

Cara Masak Kari Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Ekor Ayam.

3. Seterusnya masukkanrempah kari ayam/daging dan cili serbuk. ( empunya resipi guna serbuk kari adabi dan serbuk cili babas). Tambah sedikit sahaja cili boh. Gaul rata, tambah air sedikit.

Cara Masak Kari Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Ekor Ayam.

4. Masukkan garam kasar dengan secukup rasa.

Cara Masak Kari Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Ekor Ayam.

5. Kemudian masukkan ayam yang telah dicuci bersih.

Cara Masak Kari Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Ekor Ayam.

6. Gaul rata kesemua bahan.

Cara Masak Kari Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Ekor Ayam.

7. Masukkan santan segar atau santan kotak. Jika nak pakai kara mcm ni, tuangkan air dalam kotak sebanyak dua kali.  

Cara Masak Kari Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Ekor Ayam.

Ads

8. Masukkan ubi kentang.

Cara Masak Kari Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Ekor Ayam.

9. Kemudian masukkan pes asam jawa.

Cara Masak Kari Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Ekor Ayam.

10. Tambahkan sedikit gula. Ia bertujuan untuk melemakkan kari.

Cara Masak Kari Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Ekor Ayam.

Ads

11. Campak cili merah belah tengah dan biarkan masak.

Cara Masak Kari Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Ekor Ayam.

12. Siap! Sedia untuk dinikmati.

Cara Masak Kari Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Ekor Ayam.

 

Kredit resipi & foto: Nurul Jannah Zakariar

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI