Nikmatnya kalau dapat makan tengahari dengan lauk Ikan Percik. Ramai yang takut-takut nak masak kerana bimbang tidak menjadi. Janganlah risau, jika nak masak sendiri di rumah, tidak susah pun. Malah lagi puas hati. Kalau makan bersama nasi kerabu, memang nikmat. Nak cuba masak ? Jom lihat resipi yang dikongsi oleh saudari Suhasnida Ismail. Istimewa resipi ini dimasak menggunakan cara tradisional. Nanti bolehlah cuba. Kalau guna ayam pun boleh.
RESIPI IKAN KEMBUNG PERCIK SEDAK DOOH
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kembung atau 1 1/2 ekor ayam saiz 2 kg – bersihkan
1. Kisar bahan A. Lumur pada ikan dan perap sejam. Jika menggunakan ayam, lumur bahan kisar pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak. Ketepikan.
2. Kisar bahan-bahan B yang perlu dikisar dan masukkan dalam periuk.
Ads
3. Tambahkan cili kering kisar.
4. Kemudian masukkan santan pekat, bahan perasa dan limau nipis dengan secukupnya.
5. Masak kuah percik sampai mendidih dan pekat. Ketepikan.
Ads
5. Cucuk lidi pada ikan supaya ikan tidak patah masa dibakar. Kepitkan guna pemanggang buluh yang dipanggil nama ‘pranggey’ . Kemudian bakar ikan atau ayam yang telah diperap tadi sampai masak.
6. Kemudian salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar sebentar. Ulang langkah salut dan bakar ini sebanyak 4 kali supaya rasa percik bertambah sedap.
Sesekali dapat menikmati nasi Bukhari kambing memang puas rasanya. Aroma nasi dengan rempah ratusnya membuatkan rasanya enak. Jika anda ingin membuatnya sendiri, boleh ikut resepi mudah ini. Memang berbaloi cuba.
NASI BUKHARI KAMBING
Bahan-bahan: Minyak masak Daging kambing (dipotong dadu) Bawang besar/Holland (fdihiris nipis) Lobak merah-dipotong runcing Garam Jintan manis Mentega Daun bay 2 biji tomato
Cara memasak:
1. Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Jangan banyak sangat minyak dan tak terlalu sedikit.
2. Masukkan daging kambing yang dipotong kiub. Alih-alihkan daging tu dalam kuali selama lebih kurang 15 minit. Kemudian keluarkan. Daging kambing tu jangan letak apa-apa. Garam pun jangan letak. Biar kosong. 3. Masukkan bawang besar atau bawang Holland yang dihiris nipis. Goreng sampai garing dan masukkan lobak merah yang dipotong runcing. Terus goreng. 3. Masukkan garam jintan manis,mentega,daun bay dan masukkan tomata yang sudah dikisar. Saya guna dua biji sahaja sebab nasi dalam dua cawan. Masukkan sedikit air. Bila dah mendidih,masukkan semula daging yang digoreng tadi. Biar di atas api lebih kurang 15 minit.
4. Kemudian tuangkan semua yang ada dalam kuali tadi ke periuk beras yang sudah direndam lebih kurang setengah jam tadi. Tambah sedikit lagi garam jika perlu. Tutup permukaan periuk dengan aluminium foil bagi kemas dan masukkan dalam ketuhar dengan suhu (250c) selama setengah jam dan 200 selama setengah jam lagi. Semua sejam.
5. Siap dah boleh makan. Air jangan terlalu banyak. Masak nasi dalam ketuhar tak sama dengan yang biasa. 6. Rempah yang digunakan hanya satu sahaja, iaitu jintan manis. Memang sedap. Letak juga cili jika nak rasa pedas. Kredit: Ashafizrol Ab Hamid
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuah Kacang mesti ada semua rasa dan tekstur. Masam, masin, manis dan pedas. Kacangnya jangan dikisar terlalu halus. Biar kasar-kasar sedikit. Sedap bila tergigit. Daging pula menambah kesedapan. Jangan lupa masukkan sekali air rebusan daging. Ini rahsia Asrinna Bakri masak Sambal Kacang Daging. Marilah kita cuba resipi yang dikongsikannya.
RESEPI SAMBAL KACANG DAGING
BAHAN-BAHAN:
½ kg kacang tanah ½ kg daging lembu. Rebus dan hiris jangan terlalu tipis. 1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih –BELI ONLINE 1 inci halia –BELI ONLINE 1 inci lengkuas –BELI ONLINE 1 batang serai 2 sudu makan udang kering (boleh juga guna udang geragau) 1 cawan cili kisar 2 sudu kicap manis (optional) Air asam jawa – BELI ONLINE Gula melaka – BELI ONLINE Gula putih – BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar kasar.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan udang kering.
3. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar halus bersama cili kisar. Goreng sehingga cili masak pecah minyak.
4. Masukkan kacang tanah dan air rebusan daging secukupnya. Selepas itu masukkan pula daging. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan gula melaka, gula pasir, air asam jawa, kicap dan garam secukup rasa. Kicap hanya untuk menambah warna. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat. Bolehlah dihidangkan bersama nasi impit.
TIP: Kacang tidak perlu dibuang kulit. Goreng dengan api perlahan sehingga sedikit keperangan tetapi hati-hati supaya kacang jangan sampai terlebih goreng kerana nanti akan ada rasa pahit. Rasa pahit itu nanti akan mempengaruhi rasa kuah dan kurang enak.
Esok bermula PKP tahap kedua hinggalah 14hb April, PKP ini diperketatkan lagi peraturannya. Jadi jika anda ingin memasak carilah resipi yang ringkas dan tidak memerlukan bahan ramuan yang banyak untuk menjimatkan barang runcit anda.
Bihun goreng ala Mama Imani ni boleh dicuba. Gunakan ikan bilis, kangkung dan bawang aje sebagai rencah utama. Pemilik resipi Sabariah Sareh Saad yang membahasakan dirinya Mama Imani berkongsi resipi kegemarannya sekeluarga yang mudah dan ringkas.
BIHUN GORENG KAMPUNG RINGKAS
BAHAN-BAHAN : 1paket bihun 7 biji cili padi | ikut citarasa kepedasan masing-masing 1 biji cili hijau Kangkung Bawang besar-1biji Bawang putih -2ulas 2 biji telur Segenggam ikan bilis Kicap secukupnya Garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Rendam kejap bihun letak air biasa je.
2. Tumbuk/kisar bawang besar,bawang putih,cili padi,cili besar hijau dan ikan bilis.Mama Imani guna pengisar chopper tarik tu je.
3. Panaskan kuali tumis bahan tumbuk/kisar.Kemudian masukkan garam jangan banyak sangat sebab ikan bilis masin sedikit.
4. Kemudian letak telur (konsep macam buat nasi goreng kampung je)
5. Masukkan bihun dan kacau rata.Kemudian letak kicap lemak manis untuk jadikan kaler gelap sket je.
6. Letak kangkung dan kacau rata.Siap goreng adjust rasa jom boleh makan dah hihi
Pa:Nak tabur ikan bilis goreng rangup pon boleh jugak Selamat mencuba
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.