Mee Calong ini antara hidangan yang paling popular di Terengganu dan juga Pahang. Ia juga dikenali dengan nama Laksa Tumis. Istimewa menu ini ialah bebola ikannya dibuat sendiri menggunakan ikan segar dan tidak menggunakan bebola ikan yang sedia ada di pasaran. Memang sedap lain macam. Anda nak cuba? Saudara Muliadi Ramli ada kongsikan resipi dan cara-cara memasak. Selamat mencuba!

RESEPI MEE CALONG TERENGGANU YANG SEDAP & MUDAH

 Cara Masak Mee Calong Terengganu, Sedap Dimakan Panas-Panas
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan Selayang
2 sudu besar tepung ubi beli online di sini
½ bungkus bihun
1 sudu besar kicap pekat (untuk gelapkan kuah sikit)
2 sudu besar kicap Golden Mountain / Kicap Bukit (optional) – beli online disini
2 sudu besar sos cili – beli online di sini
Garam & gula secukupnya
1 kiub pati ayam
BAHAN TUMIS:
½ biji bawang holland (kuah rasa lebih manis jika guna bawang holland) – beli online di sini
3 biji bawang putih | mayang
½ inci halia | dimayang
2 sudu besar lada hitam | ditumbuk halus
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
5 biji cili padi (buat yang suka pedas)
*kisar halus, supaya kuah kita lebih pekat dan berperisa
BAHAN SAYUR:
Sawi
Lobak merah
Bunga kobis/ketiak jagung
Cendawan
Cili besar merah/hijau
*kuantiti ikut suka masing-masing
CARA MEMASAK:
1. Ikan Selayang dibuang kulit dan tulang diambil isinya sahaja. Kemudian isi ikan ditumbuk.
Cara Masak Mee Calong Terengganu, Sedap Dimakan Panas-Panas Cara Masak Mee Calong Terengganu, Sedap Dimakan Panas-Panas2. Bila agak lumat, masukkan sedikit garam, perasa dan tepung ubi serta dibentuk menjadi bulat-bulat.
Cara Masak Mee Calong Terengganu, Sedap Dimakan Panas-Panas3. Panaskan periuk dengan minyak masak.
4. Kemudian masukkan bahan tumis. Tumis sampai bawang garing dan naik baunya.
5. Masukkan bahan kisar. Tumis lagi sampai agak kering dan wangi baunya.
6. Kemudian masukkan 4 cawan air. Tunggu air mendidih. Masukkan kiub ayam, sos dan kicap.
7. Masukkan bebola ikan tadi. Bila bebola ikan timbul, menunjukkan ia sudah masak.
8. Boleh masukkan bihun dan masukkan sayur-sayur. Akhir sekali masukkan garam, gula dan perasa.
Cara Masak Mee Calong Terengganu, Sedap Dimakan Panas-Panas9. Bagi mendidih sekejap, kemudian tutup api. Siap.

Cara Masak Mee Calong Terengganu, Sedap Dimakan Panas-Panas  Cara Masak Mee Calong Terengganu, Sedap Dimakan Panas-Panas

Kredit resipi & foto: Muliadi Ramli

 

Ads

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

2 Resipi Masak Sardin Cara Baru, Sesuai Jadi Lauk Musim Hujan

Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe, Sedap Makan Sejuk-Sejuk

Memang Terliur, Gulai Ayam Kelantan Sedak Sengoti!  

Ads

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Ads

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI