Sedapnya Rendang Kerang Pedas ni. Makan dengan pulut kuning, ketupat atau nasi panas memang terbaik. Istimewa buat anda, RASA kongsikan salah satu resipi Rendang Kerang terbaik yang tentunya buat anda terliur. Bagi anda yang teringin nak masak menu ni, resipi perkongsian saudara Aezach AR yang ni memang wajib cuba. Pasti tak menyesal!
RENDANG KERANG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
3kg kerang – gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10 minit, ambil isi.
Ads
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah ros
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2 inchi halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai – ambil bahagian dalam putih sahaja
10 biji cili api kampung
BAHAN LAIN:
10 tangkai cili kering – buang biji, rebus dan kisar halus
Santan dari 1 biji kelapa
3 sudu makan kerisik
2 keping asam gelugur
3 helai daun kunyit – hiris halus
Ads
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, masukkan bahan kisar dan cili kering kisar. Tumis sampai kering dan pecah minyak 2. Masukan santan. Biarkan merenih dengan api perlahan. 3. Masukan kerisik dan asam keping. Renih lagi sampai pekat. 4. Masukan isi kerang dan gaul rata. Keringkan rendang dengan api perlahan.
5. Masukan daun kunyit yang di hiris halus dan perasakan dengan garam secukupnya. 6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Salah satu cara nak buat udang goreng yang sangat sedap. Campur dengan mentega dan juga keju mozarella. Resipi ini dikongsi oleh Bunga di facebook group Rasa Share Resipi. Jom tengok, lepas tu boleh try buat.
UDANG HARIMAU GORENG BUTTER MOZARELLA
BAHAN-BAHAN
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukupnya (BELI DI SINI)
5 ekor udang harimau
Minyak masak secukupnya
5 sudu besar mentega (BELI DI SINI)
1 biji bawang holland (hiris nipis)
5 tangkai cili padi (potong serong)
Keju mozarella secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Lumur serbuk kunyit dan garam pada udang. Gaul. Panaskan minyak masak. Goreng udang selama seminit. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan mentega. Masukkan bawang holand dan cili padi. Tumis sampai naik bau.
3. Masukkan udang tadi. Gaul rata. Matikan api. Angkat dan letak dalam pinggan.
4. Ketika udang masih panas, taburkan keju mozarella. Biarkan keju mencair. Sedia dihidang.
Ketam masak apapun tetap sedap, memang rugi korang yang tak makan ketam. Selain sedap, ketam juga sangat mudah dan cepat masak. Sebab tulah seafood bercengkerang ini sangat disukai ramai dan harga pun boleh tahan. Korang yang nak cuba ini ada lima cara masak ketam yang sedap, senang dan simple.
KETAM GORENG BERCILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | dicuci bersih.
4 tangkai cili merah | dikisar
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 batang serai |dikisar
1 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos cili
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ketam, kemudian ketepikan.
Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan pes cili, cili merah kisar dan sos cili, kacau hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api, masukkan ketam. Gaul rata dan tutup api
Sedia dihidangkan.
KETAM TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam | dibersihkan
1 biji tomato | didadu kecil
1 biji bawang besar |didadu kecil
1 pokok daun ketumbar |dihiris halus
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng
BAHAN KISAR KASAR:
3 tangki cili merah
5 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2cm halia
CARA MEMASAK:
Ketam yang telah dibersihkan gauL bersama garam dan serbuk lada sulah secukupnya.
Panaskan minyak, goreng ketam hingga cengkerang bertukar warna kemerahan. Ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan secukupnya untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar kasar hingga naik bau dan masukkan bahan dadu, sos cili, jus limau nipis, gaul rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kemudian masukkan ketam. Gaul rata dan taburkan hirisan daun ketumbar di atasnya.
Sedia dihidangkan.
KETAM KICAP BERSOS CILI
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam saiz XL | dipotong dan bersihkan
5 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2.5cm halia muda | dikisar
1 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili kering. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan sos cili, sos tiram dan air asam jawa, kacau lagi.
Masukkan ketam, perasakan dengan kicap, garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga ketam bertukar warna kemerahan dan kuah agak pekat,
KARI KETAM TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | bersihkan dan toskan
4 ulas bawang merah | kisar kasar
3 ulas bawang putih | kisarkasar
2.5cm halia | kisar kasar
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
Sedikit rempah penumis | kulit kayu manis, pelaga dan bunga lawang
2 sudu makan air asam jawa
150ml susu rendah lemak
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Cuci bersih ketam kemudian toskan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis sehingga naik bau.
Masukkan daun kari, biarkan seketika.
Kemudian masukkan rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, susu rendah lemak dan diikuti ketam. Terbalik-terbalikkan ketam sehingga masak.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
KETAM KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam saiz XL
4cm halia muda | dihiris memanjang
1 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | dititik
2 batang serai | dititik
1 batang seleri | dihiris menyerong
5 biji cili padi | dititik
1 sudu teh lada hitam | dikisar kasar
1 biji limau nipis | diambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
Bersihkan ketam, kemudian letakkannya di dalam bekas untuk dikukus. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan hirisan dan titik.
Tuangkan di atas ketam, kemudian tuangkan juga jus limau kasturi, taburkan garam dan gula secukupnya.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 10 minit, angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang dan sup.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.