
Sotong goreng tepung merupakan antara menu yang mudah untuk dimasak dan menjadi kegemaran ramai. Tetapi, adakalanya sotong akan meletup ketika dimasak. Salah satu tip untuk elak sotong tidak meletup, tidak makan minyak dan rangup adalah menggunakan tepung ubi, tepung jagung dan tepung bestari. Nak tahu resipi lengkap? Ayuh baca perkongsian oleh Rafidah Arshad menggunakan resipi asal oleh Nurul Faidha.
RESIPI SOTONG GORENG TEPUNG

BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung ubi
- 1 cawan tepung jagung
- 2 sudu tepung bestari
- 1 biji telur
- Sotong
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil lada hitam

CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan tepung-tepung ke dalam bekas dan kacau sebati.
2. Potong sotong mengikut saiz yang anda mahukan.

3. Pecahkan telur dan masukkan sotong ke dalam telur tersebut.

4. Kemudian, angkat sotong dan golekkan ke dalam tepung. Pastikan semua bahagian disaluti tepung.
5. Panaskan minyak dan pastikan minyak betul-betul panas. Api jangan terlalu kuat.
6. Masukkan sotong yang sudah disaluti tepung dan biarkan sehingga kekuningan.
7. Angkat & siap! Sudah boleh dimakan.

NOTA:
– Saya tambah 1 sudu kecil garam dan lada hitam. Tepung bestari pula saya letak dalam 2 sudu makan penuh.
Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
KREDIT RESIPI & FOTO: RAFIDAH ARSHAD
Artikel berkaitan yang boleh dibaca:
Sotong Goreng Kunyit Berkuah, Sedap Dimakan Dengan Nasi Panas
Resipi yang boleh anda cuba di rumah:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mudah & Sedap, Koleksi Pelbagai Resipi Nasi Goreng Untuk Keluarga

Kadangkala pening kepala memikirkan apa menu untuk disajikan buat anak-anak dan suami masa sarapan. Apa kata anda cuba pelbagai jenis resipi Nasi Goreng yang RASA kongsikan ini. Lebih mudah kerana menu ni memang ringkas dan sedap. Masa dan tenaga juga boleh dijimatkan. Selamat mencuba!
1. NASI GORENG CILI KERING TUMBUK

BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk besar nasi sejuk yang dah diramas
Garam secukup rasa
6-7 tangkai cili kering (rendam sampai lembut)
5 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
1/2 cawan ikan bilis
Sedikit minyak
2 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Tabur rata garam atas nasi.
2. Tumbuk cili kering sampai lumat. Tumbuk sekali bawang dan bawang putih. Akhir sekali tumbuk ikan bilis. Biar semua sebati.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk sampai garing.
4. Masukkan telur. Kacau.
5. Masukkan nasi. Kacau sampai semua sebati, secukup rasa & berasap. Siap untuk dinikmati.
2. NASI GORENG ISI IKAN LADA TUMBUK

BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi sejuk
Isi ikan goreng secukupnya (boleh ganti ikan bilis goreng)
1 paket perencah nasi goreng ikan bilis adabi
Garam secukup rasa
Segenggam cili kering (basuh bersih, potong, rendam air panas sampai lembut, toskan)
3 biji bawang besar – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
2 biji telur
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Kisar kering @ tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili kering sampai hancur.
2. Tabur isi ikan, perencah nasi goreng dan garam atas nasi.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi sampai garing. Pecahkan telur. Biar 10 saat baru kacau.
4. Masukkan nasi dan gaul rata sampai semua bahan sekata dan masak. Hidangkan.
3. NASI GORENG ULAM BUDU

BAHAN-BAHAN:
3-4 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
Cili api merah
Segenggam ikan bilis
Nasi sejuk secukupnya
Garam secukup rasa
Budu
2 batang serai
3-4 helai daun limau purut
Segenggam daun kesum
Cili api hijau
Ulam ulam (empunya resipi guna pucuk paku merah, timun dan kubis. Lagi sedap kalau ada pegaga, selom, ulam raja, petai, jering, hempedu bumi & bunga kantan)
Sedikit minyak
Limau nipis
Keropok keping
CARA MEMASAK:
1.Hiris halus serai, daun limau purut, daun kesum, cili api hijau dan semua ulam-ulaman.
2.Kisar kering atau tumbuk bawang besar, bawang putih, cili api merah dan ikan bilis.
3. Tabur rata garam atas nasi. Jangan banyak sangat kerana ikan bilis & budu sudah masin.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai garing.
4. Masukkan nasi. Kacau dan tuang budu. Kacau sampai semua sebati. Rasa. Kalau kurang perasa, tambah apa yang patut.
5. Masukkan semua bahan hiris. Kacau semua sampai masak dan rata.
6. Sebelum makan, perah limau nipis, gaul nasi & makan dengan keropok.
4. BEEF PATTI FRIED RICE

BAHAN-BAHAN:
3-4 cawan nasi putih sejuk
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang holland
1 paket perencah nasi goreng ayam
Garam & lada hitam secukup rasa
Sedikit minyak
3 keping daging burger (potong dadu)
CARA MEMASAK:
1. Ramas-ramas nasi. Tabur perencah, garam dan serbuk lada hitam di atas nasi.
2. Kisar kasar semua bawang.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai naik bau. Masukkan daging burger dan kacau sampai garing.
4. Masukkan nasi tadi. Kacau rata. Kalau nak pedas, boleh tambah cili api yang diketuk. Siap untuk dinikmati.
5. NASI GORENG KAMPUNG & TELUR MATA

BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili api
Segenggam kecik ikan bilis
6 biji kacang buncis (hiris bulat halus)
Sekeping isi ayam (hiris halus)
Nasi sejuk secukupnya
Minyak untuk menumis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Relaikan nasi. Kemudian tabur garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit. Jangan gaul, biar sahaja.
2. Tumbuk kasar bawang, bawang putih, cili api dan ikan bilis.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sampai garing. Masukkan isi ayam. Kacau sampai sebati.
4. Masukkan nasi dan hirisan kacang buncis. Kacau rata sampai masak. Siap.
TIP: Nak tahu garam sudah merata dalam nasi goreng, tabur garam bersama serbuk yang berwarna (contoh: serbuk kunyit atau serbuk lada hitam) atas nasi sebelum digoreng. Jadi bila masuk nasi dalam kuali, kacau rata. Bila warna kunyit atau lada hitam kelihatan merata, ia bermakna garam pun sudah rata.
6. NASI GORENG SARDIN

BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi (ramas dan tabur sedikit garam)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu makan cili boh / cili giling
2 cili api (ketuk)
Sedikit pes asam jawa
1 tin kecik sardin (buang separuh sos. Isi sardin lenyek separuh hancur)
Sedikit minyak
Sedikit kicap manis
CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, cili boh dan cili api sampai garing.
2. Masukkan sardin, pes asam jawa dan kicap manis. Kacau rata.
3. Masukkan nasi. Kacau sampai semua sebati. Siap.
7. NASI GORENG ISI IKAN

BAHAN-BAHAN:
4 cawan nasi sejuk
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk perasa
2 ekor ikan goreng – ambil isinya dan racik halus
2 biji telur
3 tangkai kacang panjang – hiris
Minyak untuk menumis
BAHAN TUMBUK KASAR:
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili api
CARA MEMASAK:
1. Ramas nasi sampai hancur. Tabur atas nasi garam, serbuk kunyit, serbuk perasa dan isi ikan goreng diracik halus.
2. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili api. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sampai garing.
3. Masukkan telur dan kacau. Masuk nasi bersama kacang panjang hiris dan kacau rata sampai masak. Siap.
8. NASI GORENG SEAFOOD CHICKEN CHOP

BAHAN-BAHAN:
3 cawan nasi sejuk (relaikan)
Garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
2 senduk cili kisar (lada kering+bawang besar+bawang putih diksiar halus)
1/2 senduk minyak
Udang dan sotong hiris secukupnya
Sayuran pilihan (saderi,lobak,brokoli dan bunga kubis)
2 sudu sos ikan
2 sudu sos tiram
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak. Tumis cili kisar sampai garing. Masukkan udang dan sotong. Kacau sampai masak.
2.Tabur garam rata atas nasi.
3. Masukkan gula, sos ikan dan sos tiram ke dalam kuali. Tambah sayur. Kacau sebati.
4. Masukkan nasi yang telah digaram tadi. Kacau 3 ke 4 minit menggunakan api besar. Siap.
CHICKEN CHOP
BAHAN-BAHAN:
4 keping peha ayam (buang tulang)
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 cawan tepung gorengan bistari
1/2 cawan tepung jagung
3 sudu air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur dengan garam sampai berbuih. Masukkan peha ayam. Perap 20 minit.
2. Masukkan semua tepung dan air. Kacau sampai semua ayam bersalut tepung.
3. Panaskan minyak, goreng ayam sampai garing.
4. Hidangkan Chicken Chop dengan nasi goreng seafood td. Jika suka, picit sos cili dan mayones dengan secukupnya.
9. NASI GORENG UDANG GERAGAU

BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
Cili api
Segenggam udang geragau kering
Sedikit air
Sedikit minyak
1 biji telur
Kacang panjang (hiris halus)
Garam & serbuk pati ayam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Kisar kasar bawang bawang, cili api dan udang geragau.
2. Tabur rata garam dan serbuk pati ayam atas nasi
3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai garing. Masukkan telur, kacau.
4. Masukkan kacang panjang dihiris dan nasi. Kacau rata sampai nasi masak. Siap untuk dihidang.
10. NASI GORENG KHOMOK/KUNYIT

BAHAN-BAHAN:
3 mangkuk nasi putih
Garam, serbuk kunyit dan ajinomoto secukup rasa
1 sudu teh gula
1 senduk kecik minyak
4 ulas bawang putih – ketuk
1 biji bawang besar – hiris halus
2-3 biji cili api – ketuk (lebihkan jika suka pedas
Sawi bok choy secukupnya – potong
1 keping dada ayam – potong dadu
3 sudu sos ikan
CARA MEMASAK:
1. Gaul nasi sampai relai. Tabur garam, gula, serbuk kunyit & ajinomoto di permukaan nasi. Jangan kacau. Biar je. Ketepikan.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api sampai naik bau. Masuk ayam. Kacau rata.
3. Masukkan sos ikan dan kacau. Masukkan nasi tadi dan kacau lagi sampai nampak serbuk kunyit rata. Bila serbuk kunyit dah rata bermakna garam, gula dan perasa pun dah rata.
4. Masukkan sayur dan kacau lagi sampai semua masak.
5. Nasi goreng sedia dihidang.
11. NASI GORENG BUDU ISI IKAN

BAHAN-BAHAN:
3 mangkuk nasi sejuk – diramas
Garam secukup rasa
3 ekor isi ikan
1 biji bawang merah besar – dadu halus
3 ulas bawang putih – diketuk
Cili api secukupnya – ketuk
Minyak untuk menumis
Budu secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Tabur rata garam atas nasi.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili api sampai naik bau.
3. Masukkan isi ikan yang diramas kasar. Kacau sampai garing.
4. Tambah budu. Kacau sampai agak kering.
5. Masukkan nasi dan kacau sampai masak. Siap.
12. NASI GORENG KEROPOK

BAHAN-BAHAN:
Cili api secukupnya – hiris
Cili besar – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
1 biji bawang besar – hiris
Segenggam keropok keping mentah
Sedikit air
Nasi sejuk secukupnya
2 biji telur
Sedikit minyak
Garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit.
CARA MEMASAK:
1. Masukkan keropok keping mentah dalam pengisar, patah-patahkan sikit. Masukkan air. Rendam kejap.
2. Masukkan semua bahan hiris ke dalam pengisar tadi. Kisr kasar semua bahan.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai garing.
4. Pecahkan telur. Biar beberapa saat. Kacau sikit. Masukkan nasi sejuk yang sudah diramas / direlaikan.
5. Tabur garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit. Kacau rata sampai masak.
6. Hidang nasi goreng bersama telur mata kuning cair dan keropok keping goreng.
13. NASI GORENG PATTAYA (CHICKEN BALL KICAP)

BAHAN-BAHAN:
3 pinggan nasi putih – yang sudah disejukkan dan diramas hancur
Beberapa biji chicken ball – belah 2
Segenggam cili api – ditumbuk halus
Kicap manis secukupnya
2 ulas bawang putih – diketuk
Bahan perasa secukupnya
Sayur pilihan
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih dan cili api hingga garing. Masukkan chicken ball. Kacau rata.
2. Masukkan nasi, kicap dan bahan perasa. Kacau rata.
3. Masukkan juga sayur. Goreng selama 10-15 minit, kemudian tutup api.
UNTUK TELUR DADAR:
1 biji telur – dipukul dengan secubit garam
Sedikit minyak
Tisu dapur
1 cawan nasi goreng
CARA MEMASAK:
1. Celup tisu dlm sedikit minyak, tatakan dalam kuali. Biar hingga kuali betul-betul panas.
2. Tuang telur dan ratakan. Letak nasi di tengah-tengah telur dadar.
3. Balut nasi dan biar sampai telur masak.
4. Angkat perlahan-lahan ke dalam pinggan. Hidangkan bersama sos cili.
Kredit resipi & foto: Nur Fakhira Mohd Rosli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Makan Satu Dah Kenyang. Resipi Mi Gulung Sedap Untuk Makan Malam
Sapu Butter & Minyak Bijan. Tip Buat Nasi Ayam Biasa Jadi Lebih Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Laksam Tiga Warna Ikut Sukatan Cawan, Serius Sedap

Hari ni masak laksam rainbow..ingat nak buat 6 warna tapi tak larat menggulung sorang maka terhasillah laksam tiga warna saja. Untuk santapan sekeluarga nak makan. Tak payah tunggu raya baru nak buat menu ni.
Mi Laksam
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung (utk laksam kekal cantik)
4 cawan air sejuk
2 cawan air suam
sedikit garam
campur semua bahan-bahan di atas sehingga sebati.
*pastikan kuah betul-betul cair. Kalau tak cair nanti keras mi nya. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat
Bahagikan pada tiga bahagian untuk warna (putih/merah/purple)
Kuah laksam
• 12 ekor ikan selayang atau ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je. Air rebusan ikan jangan buang, digunakan untuk kuah nanti.
• 14 biji bawang merah besar
• sedikit halia
• 1/2 sudu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
• 1kg santan pekat
• garam , gula secukup rasa
• asam keping
ulaman
kacang panjang
timun
daun kesom
tauge
kobis
bunga kantan
sambal lada
sedikit belacan (dibakar)
lada merah
cili api merah
garam sikit
credit : Nur Raisyah Alesyah
#mahn
Nak beli PERIUK KUKUSAN baru? Pilih DI SINI.
INGIN MENUKAR BLENDER BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.
Jemput-Jemput Berinti Sambal, Tak Payah Cicah-Cicah Pun Dah Sedap
Resipi Ayam Golek Mudah & Masak Guna Oven Je.

Resipi Ayam Golek mudah perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan. Hanya bakar menggunakan ketuhar sahaja. Di hujung minggu macam ni, sesuai sangatlah mak-mak cuba.
AYAM GOLEK OVEN
BAHAN-BAHAN:
- 1 senduk minyak zaiton
- 1 senduk sos tiram
- 1 senduk sos chicken marinade – senduk yang betul bukan sudu teh atau sudu makan.
- 2 sudu makan lada hitam
- 5 sudu makan kicap abc
- 1 sudu makan basil
- 1 sudu makan oregano
- Seekor ayam (saiz besar)
- 3 sudu makan serbuk cili babas
- Garam,ajinamoto secukupnya
- 5 sudu makan madu
- 1 sudu makan mentega
- Kentang
- 1 ulas bawang besar – belah dua
- 1 labu bawang putih – belah dua jangan buang kulit
*campur kesemua bahan-bahan diatas.

CARA MEMASAK:
- Basuh ayam bersih-bersih, kemudian lap dengan tisu. Bila sudah betul-betul kering, perap ayam dgn bahan-bahan diatas. Perap selama 2 jam, tak payah masuk peti sejuk.
- Kemudian, panaskan oven dengan suhu paling panas (oven saya jenama cornell 43L)
- Kemudian turunkan suhu kepada 180C, api atas bawah, tempoh masa membakar dalam 1jam 40min bergantung pada ketuhar masing-masing. Kalau tak ada pencucuk macam oven saya ni, guna redai besi yang jarang-jarang tu letak kat tengah-tengah, pastu letakkan tray pada lapisan bawah. Jangan lupa letak air ke dalam tray, supaya ayam tadi tak kering dan lembut serta ‘juicy’ bila dimakan.
- Masukkan bawang, kentang dan air ke dalam tray.
- Bila ayam sudah masak, jangan keluarkan dari ketuhar. Biarkan ayam dalam ketuhar selama 10 ke 15 minit.
https://www.facebook.com/MrsKhai86/videos/10211123020849704/?t=1
INFO:
*setiap 10 minit, glis ayam dengan bahan perapan. Bila ayam dah bertukar warna, boleh berhenti glis ayam tu.
*Fungsi air ialah untuk mengelakkan ayam daripada kering bila di bakar.
* Ubi kentang pula hanya bahan sampingan, manakala bawang untuk menambahkan lagi aroma.
Kredit Resepi & gambar: Nana Sabrina Sarsan

