Kalau petang-petang tetiba rasa teringin nak makan apam balik, boleh je buat sendiri. Senang sungguh caranya. Tak susah pun.
Apam balik yang nipis dan kecil ni selalunya dijual di pasar malam. Kadangkala di majlis kenduri kahwin pun ada disediakan apam balik kecil ni. Rasanya manis dan memang sesuai untuk dijadikan kudapan.
Seorang wanita yang menggunakan facebook Deyana Hatazad telah berkongsi resipi apam balik mudah untuk disediakan. Lagi senang apabila nak memasaknya hanya menggunakan kuali biasa tanpa perlu kuali khas untuk membuat apam balik. So, korang pun boleh try buat nanti ya.
BAHAN-BAHAN
1 biji telur ayam
1/2 cawan gula perang
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan air
Sedikit pewarna kuning (tak letak pun tak apa)
2 cawan tepung gandum
Sedikit yis
Mentega | untuk masak
BAHAN TABUR
Kacang tanah (goreng, tumbuk dan kisar )
Mentega
Gula perang
Jagung krimer
Chocolate chips
Badam
Choclate rice
CARA MEMBUAT
1) Putar telur, gula perang, soda bikarbonat dan baking powder selama 5 minit. Masukkan air dan pewarna kuning. Kacau lagi.
2) Masukkan tepung gandung dan yis. Kacau sekejap dan biarkan 5 minit.
3) Lengserkan mentega di kuali dan letak 2 senduk adunan tadi.
4) Letak BAHAN TABUR ikut kreativiti. Biarkan nampak garing di tepi baru lipat dan keluarkan.
Selamat mencuba!
Resipi Oleh Deyana Hatazad
Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU. Nanti boleh kisar bawang dengan blender baru. Yeeha!
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7