Di negeri pantai timur hidangan nasi minyak ini tak perlu tunggu majlis kahwin. Ia jadi hidangan harian yang kebiasaannya dinikmati waktu pagi.
Ini kerana hidangan nasi minyak dibuat dengan cara yang mudah. Tak perlu guna beras basmathi pun. Jika terasa nak makan nasi minyak cara mudah dan sedap ini boleh ikut resipi perkongsian Mizah Ngatiman.
Suka makan Nasi Daging? Ada resipi mudah yang guna Kurma Daging yang hangat dikongsi di aplikasi Tiktok. Resipinya sangat mudah. Hanya menggunakan Kurma Daging Adabi dalam tin, anda boleh menyediakan sajian istimewa ini dengan begitu mudah sekali. Menerusi perkongsian saudari Cik Sara, beliau tunjukkan cara-cara untuk menyediakan hidangan Nasi Daging menggunakan Kurma Adabi. Selamat mencuba!
CARA MASAK NASI DAGING GUNA KURMA DAGING
BAHAN-BAHAN: 1 tin Kurma Daging – beli online disini Beras (anggaran 2-3 orang makan) – basuh bersih Air secukupnya Lobak merah – potong kecil Bawang merah – potong Cili – jika suka 1-2 helai daun pandan Rempah 3 sekawan
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak atau mentega, tumis bawang merah, rempah 3 sekawan dan daun pandan hingga naik bau. 2. Kemudian masukkan Kurma Daging. Kacau seketika.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh bersih ke dalam periuk nasi bersama bahan tumis tadi.
4. Tambahkan air mengikut sukatan biasa anda guna untuk masak nasi. 5. Tekan ‘on’ dan tunggu nasi masak. 6. Nasi Daging sedia untuk dinikmati. Boleh dihidang bersama air asam, acar, dalca, Ayam Masak Merah dan sebagainya mengikut selera masing-masing.
NOTA:
Jika tiada masa, boleh sahaja masukkan beras, Kurma Daging dan air (sukatan biasa anda guna untuk masak beras) terus ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
Ada juga yang memasak nasi ini dengan sukatan 1 tin Kurma Daging = 2 1/2 @ 3 pot beras.
Nasi Lemak. Menu kegemaran rakyat Malaysia yang simple tapi ramai yang ‘fail’ untuk masak nasinya. Ada yang mentah, ada yang lembik. Susah nak dapatkan tekstur nasiyang sempurna macam yang peniaga jual tu. Namun, ada panduan yang boleh anda cuba. Menerusi perkongsian saudari Ruviantie Roslan, beliau berkongsi tip untuk hasilkan nasi lemak yang sempurna menggunakan sukatan yang betul. Bolehlah cuba!
CARA MASAK NASI LEMAK YANG MENJADI & SEMPURNA
BAHAN-BAHAN:
2 gelas beras
1 1/2 gelas air
1 1/2 gelas santan
Secubit garam
1-2 ulas bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
2 inci halia ( anggaran sebesar ibu jari kaki)
Halba secukupnya – boleh abaikan jika tidak suka
Daun pandan – disimpul
CARA-CARA:
1. Untuk memulakan proses memasak, guna sukatan gelas yang sama untuk ceduk beras, air dan santan.
2. Cuci beras hingga bersih. Masukkan ke dalam periuk.
3. Kemudian masukkan air, santan, daun pandan serta garam.
4. Masukkan juga hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan halba ( jika suka).
5. Kacau sebati semua bahan dalam periuk tadi. Kemudian masak seperti biasa.
6. Bila nasi hampir nak masak, kacau sedikit supaya santan rata dan tidak berkumpul di bahagian atas. Kacau sekali sahaja.
7. Nasi lemak siap untuk dinikmati!
INFO CHEF
Boleh guna apa sahaja jenis atau saiz gelas. Yang penting, guna gelas yang sama untuk sukat semua bahan.
Jika guna pot beras ( cawan sukatan beras yang dapat masa beli periuk nasi), juga boleh guna kaedah yang sama.
Guna gelas yang besar jika nak masak nasi dalam jumlah yang banyak. Atau jika guna gelas kecil @ sederhana, boleh gandakan bahan mengikut panduan diatas.
Nasi goreng sesuai dihidangkan tidak kira masa antara sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Nasi goreng kampung mesti pedas sebab lagi sedap dan ada ikan bilis rangup.
NASI GORENG KAMPUNG DENGAN SAYUR KUBIS
BAHAN-BAHAN:
7 Senduk besar nasi putih
20 Biji cili padai(Ikut Selera Pedas Yee)
2 Biji telur
Sos Tiram
2 Biji bawang merah
8 Ulas bawang putih
Sedikit belacan
4 Sudu makan minyak
Kubis (Boleh tukar sawi)
Ikan bilis ( Kopek & bersihkan)
Isi Ayam / Daging
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bahan-bahan asas cili padi, ikan bilis, bawang putih dan belacan. Akhir sekali bawang merah sebab berair.
2. Panaskan minyak dan goreng isi ayam. Bila sudah garing boleh angkat dan toskan.
3. Guna minyak yang sama tdai. Tumis bahan-bahan yang sudah ditumbuk. Tumis sampai garing dengan api sederhana.
4. Ini pilihan, pecahkan telur biarkan seketika dan kacau hingga hancur.
5. Selepas itu masukkan sos tiram dan garam. Gaul sebati dan biarkan tumis dalam 2 minit.
6. Masukkan isi ayam yang digoreng tadi serta sayur kobis. Boleh tukar atau tambah sayur ikut kesukaan anda.
7. Kacau rata dalam 1-2 minit biar kering sedikit dengan api sederhana supaya tidak hangit.
8. Akhir sekali masukkan nasi putih. Kacau rata dalam 3 atau 4 minit. Siap boleh dihidangkan.
INFO:
1. Sebelum masak simpan nasi dalam peti sejuk dalam 10-15 minit supaya nasi yang untuk digoreng tidak lembik.
2. Hidangkan dengan taburan ikan bilis rangup dan telur mata.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!