
Masak nasi menggunakan periuk elektrik atau periuk biasa, pasti meninggalkan kerak nasi. Sayangnya! Nak makan tak sedap, nak dibuang sayang. Oleh itu, apa kata cuba masak nasi secara kukus. Dengan cara ni nasi tak akan ada kerak malah lebih sedap dan cepat masak. Nasi pun tak lebih dan boleh elakkan pembaziran. Jadi jika periuk nasi elektrik anda rosak, jangan susah hati. Boleh masak cara saudari Ita Marsita kongsikan ni.
CARA MASAK NASI GUNA LOYANG & PERIUK KUKUS
BAHAN-BAHAN:
- Beras – ikut sukatan yang biasa anda masak
- Air – ikut sukatan air untuk masak nasi yang biasa
CARA-CARA:
1. Bersihkan beras macam biasa dan sukat air.
2. Masukkan beras dan air ke dalam loyang dan letak dalam periuk kukusan. Kukus hingga masak.
3. Untuk tahu nasi sudah masak atau belum, jika air dalam loyang dah kering, itu tandanya nasi dan masak.
4. Jika masak nasi untuk seorang, boleh guna bekas kecil sahaja.
5. Masak cara ni juga boleh jimatkan masa memasak. Caranya ialah dengan kukus nasi bersama lauk dan sayur. Satu tingkat masak lauk dan satu tingkat untuk nasi.
6. Pastikan nasi berada di bahagian atas supaya air tidak jatuh atas nasi.
7. Selamat mencuba!
Kredit foto & petua: Ita Marsita
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Mudah & Cepat Masak Pulut Guna Acuan Lompang

Pulut mudah masak jika kena dengan caranya. Ia enak dimakan dengan pelbagai cara seperti dimakan bersama serawa, bubur, dibuat Pulut Inti, Pulut Sambal dan sebagainya. Namun ramai yang kurang gemar membuatnya dek kerana perlu memasak dalam jumlah yang banyak dan mengambil masa yang agak lama. Menerusi perkongsian saudari Nuraishah Binti Ibrahim, beliau kongsikan cara mudah untuk memasak pulut kukus dalam jumlah yang sedikit dan cepat dimasak. Hanya perlukan masa 10 minit sahaja. Jom lihat cara-caranya.
TEKNIK KUKUS PULUT SUPAYA CEPAT MASAK & SEDAP DIMAKAN
BAHAN-BAHAN:
Beras pulut – beli online disini
Air
Secubit garam
Acuan kuih lompang – beli online disini
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan beras pulut dan toskan airnya.
2. Isikan beras pulut ke dalam acuan lompang. Jika suka, boleh oles sedikit minyak pada acuan. Jika tidak oles pun tidak mengapa. Pulut tidak melekat.
3. Isikan air sama paras dengan beras pulut dan secubit garam.
4. Rendam atau biarkan beras pulut terendam bersama air selama 10 minit.
5. Panaskan periuk kukusan. Susun acuan lompang dan kukus selama 10 minit.
6. Jika terlebih masa kukus pun tidak mengapa. Pulut tidak akan lembik.
7. Angkat, keluarkan pulut dari acuan dan bolehlah dinikmati mengikut selera masing-masing.
Kredit resipi & foto: Nuraishah Binti Ibrahim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sweet Sour Chicken Mudah & Sedap Tanpa Guna Sos Segera
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Lontong Kering, Sarapan Sedap dan Mengenyangkan

Kali ini RASA kongsikan sarapan gaya orang Jawa. Try buat tau. Memang sedap dan mengenyangkan. Lontong kering memang agak rumit hendak dibuat sebab ada serondeng, ada sambal dan ada daging. Tapi percayalah, sangat berbaloi untuk dibuat sebab korang mesti puas makan.
LONTONG KERING DENGAN SERONDENG

SERONDENG KELAPA
50 tangkai cili kering
5 incI halia
15 batang serai
3 inci lengkuas
3 cawan udang kering
5 cawan ikan bilis
14 ulas bawang putih
25 ulas bawang merah
2 inc belacan
2 inc kunyit
Minyak masak untuk menumis
2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 biji kelapa parut (ambil putih sahaja)
CARA MEMBUAT SERONDENG KELAPA
1. Kisar semua bahan di atas kecuali kelapa, asam jawa dan gula.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar tadi sehingga garing.
3. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula. Masaklah sehingga kuah pekat.
4. Setelah garing, masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering dan berderai.
BAHAN DAGING DENDENG
5 kg daging (hiris)
2 mangkuk kicap (untuk perap bersama daging)
Minyak masak secukupnya
15 ulas bawang putih (kisar)
20 ulas bawang merah (kisar)
5 inci halia (kisar)
2 inci lengkuas (kisar)
15 batang serai (kisar)
15 senduk besar lada (kisar)
10 senduk kicap lemak manis
CARA MEMBUAT DAGING DENDENG
1. Perap daging bersama kicap.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga garing.
3. Masukkan daging. Kecilkan api. Biarkan sehingga masak. Kacau sekali-sekala supaya daging tidak hangus.
4. Masukkan kicap. Kacau lagi.
BAHAN SAMBAL KACANG TANAH DENGAN IKAN BILIS
Minyak masak untuk menumis
80 tangkai cili kering (kisar)
25 ulas bawang merah (kisar)
10 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
20 sudu kecil gula perang
1 kg kacang tanah (goreng)
1 kg ikan bilis (goreng)
CARA MEMBUAT SAMBAL KACANG TANAH DENGAN IKAN BILIS
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar.
2. Masukkan serbuk pati ayam, garam dan gula perang.
3. Biarkan mendidih seketika dan biar mengering.
4. Masukkan kacang tanah dan ikan bilis. Kacau sebati. Matikan api.
.
Selamat mencuba!
Set Beriani Istimewa Ayah, Pakar Lauk Kenduri, Gulai & Kurma Daging.

Kalau sebut nasi briyani pasti tahu lauk gandingan wajib iaitu kurma atau gulai. Ikut cita rasa sendiri samada daging atau ayam.
Resipi perkongsian daripada Nor Shakinah Md Zainal cukup istimewa kerana ini resipi warisan dari ayahnya. Katanya, “Ayah saya tukang masak rumah kenduri. Dan dia memang suka memperbaharui masakan dia terutamanya nasi. Pelbagai jenis nasi dia masak dan dia olah. Semuanya sedap2 dan semestinya mendapat pujian. Masak kerana Allah tiada sebarang caj dikenakan.”
1. NASI BRIYANI
BAHAN-BAHAN:
- 1kg beras basmathi (basuh toskan)
Sedikit daging dan tulang untuk buat stok (daging itu nanti buat kari pulak) - 2-3 labu bawang besar*
- 6 ulas bawang putih*
- 2 inci halia*
- 5-6 biji buah keras
- *Separuh dihiris separuh diblend
- 3 helai daun pandan
- Serba sedikit Jintan manis jintan putih kayu manis bunga lawang pelaga cengkih utk tumisan
- 1 senduk rempah beriani (ayah saya beli kedai mamak rempah briani ni)
- 1 senduk minyak sapi + sedikit myk masak
- Suku tin kecil tomato puri
- 1/2 tin tomato sup
- 3 sudu besar oren sunquick
- Sedikit jagung segar dan kismis
- Sedikit gula batu dan garam secukup rasa
- Secawan susu cair
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskn minyak sapi dan minyak masak.
- Masukkn bahan tumisan, bawang putih & bawang merah yang hiris.
- Sudah garing masukkan tulang dan daging. Kacau sekejap baru masukkan air dan biar sampai mendidih untuk ambil stok daging.
- Selepas itu angkat daging dan tulang itu ketepikan. Masukkan bahan kisar dan biar reneh sekejap.
- Masukkan rempah beriyani. Biar memekat.
- Masukkan tomato puri tomato sup gula batu dan oren Sunquick.
- Nampaksudah masak cantik masukkan air. Sudah menggelegak masukkan beras dan susu cair.
- Masukkan jagung dan kismis. Periksa kalau air kurang tambahkan sedikit air.
- Hendak masukkan dalam rice cooker pun boleh lagi senang. Tanak sehingga nasi masak. Bahan2 tu sahabat2 blh la agak2 ye… Sbb biasa ayah saya masak untuk ramai orang.
2.GULAI DAGING/KARI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging + tulang basuh bersih toskan
BAHAN TUMIS:
- 2 kuntum Bunga lawang
- 4 Buah pelaga
- 3 tangkai bunga cengkih
- 2.5 sm kulit kayu manis
- 1/2 biji bwg besar potong nipis
- 7 ulas bwg putih potong nipis
- 2 inci halia potong mancis
- Daun kari
BAHAN KISAR:
- 2 biji bawang besar
- 6-7 ulas bawang putih
- 5biji buah keras
- Sedikit halia
- Kentang atau rebung atau betik ikut suka la nk letak apa
- 2 senduk sederhana serbuk kari daging bancuh dgn sedikit air.. Jadikan pes
- Santan dari 1 biji kelapa
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
- Perisa kalau guna.. Biasa ayah saya guna hilal
- Sedikit gula dlm 1 sudu teh
- 1 senduk kerisik
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak. Minyak tidak perlu banyak sebab nanti daging akan keluarkn minyak.
- Tumiskan bahan tumis.
- Masukkan serbuk kari sampai pecah minyak.
- Masukkan bahan kisar dan reneh lagi sampai masak.
- Masukkan daging dan tulang. Kacau sampai daging kecut.
- Masukkan air. Masak sampai daging empok.
- Sudah empuk daging masukkan kentang/rebung.
- Seterusnya santan dan kerisik. Biarkan sahaja sampai semua masak elok dan kuah memekat.
- Perisakan dengan garam gula dan perisa. Siap.
3.KURMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging basuh bersih toskan
BAHAN TUMIS:
- Bunga lawang
- Buah pelaga
- Cengkih
- Kulit kayu manis
- Bunga lawang
- 1/2 biji bwg besar potong nipis
- 7 ulas bwg putih potong nipis
- 2 inci halia potong mancis
BAHAN KISAR:
- 2 biji bawang besar
- 6-7 ulas bawang putih
- 8 biji kentang | belah empat
- 2 senduk sederhana serbuk kurma-bancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes
- 1 biji santan kelapa
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa
- Sedikit gula
- 1 senduk kerisik
- 4 biji cili merah dan hijau-belah 2
- 3 biji bawang besar-belah 4
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak. Minyak tidak perlu banyak sebab nanti daging akan keluarkn minyak.
- Tumiskan semua bahan tumis. Masukkan serbuk kurma dan biar sampai pecah minyak.
- Masukkan bahan kisar. Reneh lagi sampai masak.
- Selepas itu masukkan daging. Kacau sampai daging kecut.
- Kemudian masukkan air. Masak sampai daging separuh empuk.
- Masukkan kentang/rebung seterusnya santan dan kerisik. Biarkan sahaja sampai semua masak elok dan kuah memekat.
- Perisakan dengan garam gula dan serbuk perasa.
- Akhir sekali masukkan cili merah, cili hijua dan bawang. Masak dalam 3-5 minit.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nor Shakinah Md Zainal