1. Kisar semua bahan. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sehingga kelihatan pekat sikit. 2. Kemudian, masukkan gula, garam dan perasa secukupnya. Bila rasa dah sesuai, tutup api.
Sesekali makan lauk simple begini, bukannya sekali tambah, Boleh jadi tak cukup nasi dibuatnya. Manakan tidak dapat nasi panas-panas digabung dengan ikan goreng bersalut tepung yang rangup. Cicah pula dengan sos thai, pergh memang lengkap rasa. Tak payah lauk lain pun tak apa.
Sambal belacan yang sedap memang boleh buat hidangan yang ringkas jadi makin sedap. Cuma nak hasilkan sambal belacan yang sedap, ada juga yang masih tak mahir membuatnya.
Untuk hasilkan sambal belacan yang sedap kena ikut sukatan bahan yang betul. Barulah cukup pedas, manis dan masamnya. Selain itu jika buat dalam kuantiti banyak ada tip dan petua perlu dilakukan supaya sambal tahan lama, wangi dan tak buat kita sakit perut walau pun pedas.
Cara buat stok sambal belacan, sukatan bahan dan semua tip untuk hasilkan sambal belacan yang pedas, sedap, tahan lama dan wangi ini dikongsi oleh Nurulain Insyirah.
Sukatan & petua buat stok sambal belacan yang sedap, pedas & tahan lama
Jom buat stok sambal belacan simpan dalam peti ais Ikut petua ini dulu;
Petua 1
Bakar belacan sekejap supaya sambal kita lebih beraroma.
Petua 2
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam supaya sambal belacan tahan lama.
Petua 3
Limau kasturi kisar bersama kulit (buang biji) agar sambal lebih wangi dan sedap. Info: kulit limau kasturi tidak rasa pahit.
Petua 4
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai, petua supaya tak sakit perut makan sambal.
Ikut sukatan ini
6 biji limau kasturi (buang biji)
50g belacan yang telah dibakar
3 biji cili merah + 1biji cili hijau
8 biji cili padi hijau
25 biji cili padi merah
100ml air asam jawa pekat
Masukkan sedikit gula dan garam
Cara membuat:
Kisar kasar semua bahan ini
Boleh tambah bahan jika mahu buat dalam kuantiti yang lebih banyak.
Sedapnya kalau dapat berbuka dengan aneka jus buahsejuk yang sejuk dan enak. Ada pelbagai resipi jus yang boleh dihasilkan sendiri secara homemade tanpa mengeluarkan kos yang mahal. Maklumlah jika dibeli, harga jus asli ni boleh tahan mahal. Menerusi perkongsian Kak Wan dari blog Resipi Citarasawan, beliau kongsikan aneka resipi jusbuah enak yang mudah dan sedap yang boleh anda buat sepanjang bulan Ramadan ni. Selamat mencuba!
KOLEKSI RESIPI JUS BUAH HOMEMADE
1. JUS JAMBU BANDUNG
BAHAN-BAHAN:
3 biji jambu batu pink ( pink guava)
3 sudu makan sirap gula
1 cawan air mineral
1 sudu makan jus limau nipis
Ketulan ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN: 1. Kisar jambu menggunakan slow juicer. 2. Masukkan ke dalam jug bersama sirap gula, air mineral dan jus limau nipis. 3. Tambah ais dan sedia untuk dinikmati.
2. JUS TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji tembikai tanpa biji
1 cawan air mineral
Gula – jika suka
Sedikit perahan jus limau nipis
Ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN: 1. Kisar tembikai, air dan gula hingga halus. Tuang ke dalam jug. 2. Tambahkan ais secukupnya dan perahan jus limau nipis. 3. Kacau dan sedia untuk dinikmati.
3. JUS MARKISA
BAHAN-BAHAN:
8 biji buah markisa
1/2 liter air mineral /ejuk
Sirap gula pekat secukupnya
Ketulan ais secukupnya
Daun pudina
Sirap gula: Masak 100gm gula pasir, 50ml air, 2 sudu makan jus limau kasturi dan sedikit pewarna hijau. Biar sejuk.
CARA PENYEDIAAN: 1. Belah buah markisa, korek keluar isinya. Campurkan air dan kacau hingga jusnya keluar. Tak perlu kisar atau tapis. 2. Masukkan sirap gula dan ketulan ais ke dalam gelas. Tuang jus markisa. 3. Masukkan daun pudina jika suka. Sedia untuk dinikmati.
4. JUS SODA HERBS
BAHAN-BAHAN:
1 botol besar air aiskrim soda
1 tin lainci – ambil buah sahaja
1 batang serai – titik sedikit
Beberapa tangkai daun pudina
1 biji lemon – hiris nipis
5 biji asam boi putih
Ketulan ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN: 1. Masukkan daun pudina, hirisan lemon, asam boi dan laici ke dalam jug. 2. Tuang air soda secukupnya diikuti ais. 3. Akhir sekali masukkan serai yang dititik. Sedia untuk dinikmati. Jika nak rasa lebih sedap, biarkan jus selama beberapa jam supaya rasa pudina dan serai bersatu.
5. MELON SODA SANGRIA
BAHAN-BAHAN:
Tembikai, cantaloupe & honeydew secukupnya
1 liter air soda sejuk
3 sudu makan madu
3 sudu makan jus limau nipis
2 biji limau nipis – potong bulat
Daun pudina secukupnya
Kiub ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Scoop buah tembikai, cantaloupe dan honeydew menjadi bebola kecil. 2. Atur buah ke dalam bekas plastik. Bekukan hingga keras. Jarakkan susunan buah supaya ia tidak melekat apabila beku. 3. Dalam jus besar, masukkan air soda sejuk, jus limau nipis dan madu. Kacau rata. 4. Masukkan ketulan buah tembikai beku, cantaloupe, honeydew, daun pudina dan hirisan limau nipis. 5. Tambahkan ais secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.
6. JUS CARROT SUSU
BAHAN-BAHAN:
1 batang lobak merah
1 gelas air sejuk dari peti sejuk
2-3 sudu makan susu pekat manis
Ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN: 1. Kisar lobak merah bersama air sejuk hingga halus. Tapis. Jika menggunakan slow juicer tidak perlu tapis. 2. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan susu pekat manis. Kacau dan tambah ais secukupnya. 3. Sedia untuk dinikmati.
7. JUS EPAL ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
2 biji epal hijau
1 gelas air
Sirap gula secukupnnya
5 biji asam boi putih
Ketulan ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN: 1. Bersihkan epal, buang biji dan potong kecil. Masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus. Tapis. 2. Kemudian masukkan sirap gula, ais dan asam boi ke dalam gelas. Tuang jus epal. 3. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!