Sebut je Japanese Cheese Cake,mesti ramai suka, tapi ramai yang teringin lebih suka membeli dari membuat sendiri. Sedangkan kek ini sangat mudah dibuat, yang penting tau Teknik penyediaan dan ikut resipi yang betul. Tak percaya cuba resipi yang dikongsikan ini, ia sangat mudah dan hasilnya tidak mengecewakan, harap percubaan korang menjadi dan selepas ni kalau teringin baking sendiri. Katakan tidak untuk membeli.

Cara Paling Mudah Buat Sendiri Japanese Cheese Cake.
.JAPANESE CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN:
ADONAN KUNING:

Ads
  • 6 biji kuning telur
  • 250 gm cream cheese
  • 80ml minyak masak
  • 120ml susu segar
  • 60gm tepung jagung | ayak
  • 50gm gula pasir

ADUNAN PUTIH:

  • 6 biji putih telur
  • 2 sudu makan jus lemon
  • 100gm gula pasir
  • Sedikit garam halus

CARA MEMASAK:

  1. Double boil cream cheese, minyak dan gula,
  2. Angkat dari api tambahkan kuning telur satu persatu adun sampai sebati tambahkan susu lalu tambhkan maizena aduk rata sisihkan.
  3. Putar putih telur dan tambah sedikit garam halus.
  4. Masukkan pula jus lemon dan gula sedikit demi sedikit, putar lagi sampai soft peak.
  5. Campurkan kedua-dua adunan sedikit secara bertahap hingga tercampur rata
  6. Tuang dalam loyang ukuran 22cm yang sudah dialasi baking paper.

Cara Paling Mudah Buat Sendiri Japanese Cheese Cake.

Ads

Ads
7. Bakar dengan kaedah au bain marie selama 80 minit, dengan suhu 120 C, api atas bawah. Atau ikut kesesuaian ketuhar masing.
Cara Paling Mudah Buat Sendiri Japanese Cheese Cake.
8. Setelah sejuk sedia dihidangkan.

Saurce : Epipastry
By :@thuliink_

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI